Skip to main content

Tahukah anda bahawa setiap pekerja di Malaysia berhak mendapat sekurang-kurangnya 11 hari cuti umum berbayar? Ya, betul! Seorang pekerja layak dan majikan perlu memberikan cuti pada hari-hari tertentu dalam setahun.

Artikel ini menerangkan kepada anda cara pengiraan cuti umum dengan contoh praktikal yang mudah difahami. Ketahui juga jenis cuti wajib dan pilihan serta cara peraturan di bawah Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) diaplikasikan dalam melindungi hak pekerja.

Apa Itu Cuti Umum?

Cuti umum ialah hari cuti yang diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan Malaysia, di mana pekerja berhak mendapat cuti berbayar. Cuti ini terbahagi kepada dua kategori utama:

  1. Cuti Wajib
    • Hari yang diwajibkan sebagai cuti umum oleh kerajaan persekutuan atau negeri. Contoh: Hari Kebangsaan, Hari Malaysia.
    • Majikan wajib memberikan cuti berbayar kepada semua pekerja.
  2. Cuti Pilihan
    • Hari cuti tambahan yang boleh ditetapkan oleh majikan atau syarikat. Contoh: Hari Keputeraan Sultan (bergantung kepada negeri).
    • Bilangan cuti pilihan bergantung kepada polisi syarikat.

Anda boleh semak jenis-jenis hari pada kalendar tahunan yang ditakwimkan setiap tahun.

Cara Betul Kira Cuti Umum

1. Rujuk kepada Akta Kerja 1955

Menurut Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022), pekerja yang tertakluk kepada undang-undang ini berhak:

  • Minimum 11 hari cuti umum berbayar setahun.
  • Termasuk 5 cuti wajib:
    • Hari Kebangsaan
    • Hari Malaysia
    • Hari Pekerja 
    • Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong
    • Hari Keputeraan Yang Dipertua Negeri atau Hari Wilayah di Wilayah Persekutuan

2. Penetapan Polisi Syarikat

Majikan boleh menambah cuti umum lain berdasarkan polisi syarikat, contohnya:

  • Cuti perayaan tambahan seperti Tahun Baru Cina seminggu.
  • Cuti tambahan seperti cuti pada malam hari raya (jika diamalkan).

3. Jika Cuti Jatuh pada Hari Rehat

Sekiranya cuti umum jatuh pada:

  • Hari rehat mingguan: Cuti ganti perlu diberikan pada hari bekerja berikutnya.
  • Hari cuti tahunan: Pekerja berhak menuntut cuti tambahan.

4. Kadar Bayaran Gaji

Jika pekerja bekerja pada hari cuti umum, mereka layak untuk menerima OT pada kadar bayaran berikut:

  • 2 kali ganda sekiranya bekerja tidak melebihi daripada jumlah waktu kerja biasa.
  • 3 kali ganda setiap jam selepas bekerja melebihi daripada jumlah waktu kerja biasa 

Penting: Kadar OT perlu dikira selepas jam bekerja sehari iaitu kalau waktu bekerja anda 8 jam maka, selepas daripada 8 jam baru OT dikira.

Tanggungjawab Majikan dan Pekerja Berkaitan Cuti Umum

Majikan

  • Menyediakan jadual cuti umum tahunan.
  • Memastikan pematuhan kepada Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022).

Pekerja

  • Memaklumkan kepada majikan jika bercuti atas sebab keagamaan atau keperluan peribadi.
  • Memahami hak mereka berdasarkan kontrak pekerjaan.

Kesimpulannya, pengiraan cuti umum dengan betul adalah penting untuk memastikan keseimbangan kerja dan kehidupan serta pematuhan undang-undang. Dengan memahami peraturan seperti yang digariskan dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022), anda dapat mengelakkan konflik dan mempertingkatkan hubungan pekerja-majikan.

Pengurusan Cuti Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis cuti pekerja terutamanya cuti khas yang tiada dalam Akta Kerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah faham, rekod yang bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasi rekod cuti pekerja: Semua cuti direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan permohonan cuti secara online: Pekerja boleh memohon cuti terus dari aplikasi, dan majikan dapat meluluskannya dengan satu klik.
  • Menyesuaikan polisi cuti: Sistem fleksibel untuk menambah atau mengubah jenis cuti mengikut keperluan syarikat.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk akses PERCUMA sistem MySyarikat sekarang!

feature mysyarikat

Leave a Reply