Skip to main content

SOCSO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) menyediakan pelbagai perlindungan sosial kepada pekerja di Malaysia. Setiap majikan dan pekerja wajib membuat caruman bulanan berdasarkan gaji. Namun, ramai yang keliru tentang cara pengiraannya.

Oleh itu, artikel ini akan menerangkan cara pengiraan caruman SOCSO yang betul dengan menggunakan kalkulator caruman yang disediakan oleh pihak PERKESO sendiri.

Apa Itu Caruman SOCSO?

Untuk pengetahuan, SOCSO merupakan sebuah agensi kerajaan yang menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969. 

Setiap pekerja berpendapatan RM3,000 ke bawah wajib menyumbang, manakala pekerja bergaji lebih tinggi boleh menyertai secara sukarela. Tujuan SOCSO ini adalah bagi melindungi pekerja sekiranya berlaku:

  • Kemalangan pekerjaan
  • Penyakit berkaitan pekerjaan
  • Kehilangan upaya
  • Kematian

Cara Kira Caruman SOCSO Mengikut Gaji

Bagi pengiraan caruman SOCSO, ia bergantung pada Kadar Caruman Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Akta 4). Berbeza dengan caruman EPF yang boleh dikira dengan mengenal pasti jumlah caruman, caruman SOCSO ini perlu mengikut jadual gaji disediakan dalam Akta 4. 

Rujukan jumlah caruman SOCSO adalah seperti jadual di bawah.

jadual caruman socso

Kalkulator Caruman SOCSO Online

Bagi yang menghadapi kesukaran mengira caruman SOCSO boleh gunakan Kalkulator Caruman yang disediakan pihak PERKESO ini. Dengan kalkulator ini anda hanya perlu masukkan jumlah gaji bulanan sahaja!

Kesalahan Umum dalam Pengiraan Caruman

Penting untuk majikan dan pekerja ambil maklum perkara ini. 

  • SOCSO dikira berdasarkan gaji penuh (termasuk OT dan komisyen)
  • Bayaran caruman SOCSO mesti dibuat sebelum hari ke-15 bulan berikutnya (penalti 6% setahun boleh dikenakan jika lewat bayar)

Baca juga: Apa Perlu Buat Jika Terlebih Bayar EPF/SOCSO/EIS?

Kesimpulannya, memahami cara kira caruman SOCSO membantu anda mematuhi undang-undang dan mengelakkan penalti. Gunakan kalkulator caruman online untuk ketepatan maksimum.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

MySyarikat - sistem HRMS/ HR software terbaik di Malaysia

Leave a Reply