Skip to main content

Angka gaji dalam surat tawaran kelihatan besar tetapi angka yang masuk ke akaun bank pada hujung bulan jumlahnya jauh lebih kecil. Jurang inilah yang sering menimbulkan persoalan, salah faham, dan kadang-kadang sedikit rasa tidak puas hati.

Di sinilah pentingnya memahami beza antara gross salary (gaji kasar) dan net salary (gaji bersih). Kedua-duanya bukan sekadar istilah teknikal HR, tetapi angka yang menentukan cara anda membina hidup, mengurus komitmen, dan merancang masa depan.

Apa Itu Gross Salary?

Gross salary ialah jumlah penuh pendapatan seseorang pekerja sebelum apa-apa potongan. Ia adalah angka di atas kertas, angka yang biasa anda lihat dalam surat tawaran kerja, dalam struktur gaji syarikat, dan dalam perbincangan semasa rundingan gaji.

Komponen yang membentuk gaji kasar termasuk:

  • Gaji pokok
  • Elaun
  • Bonus
  • Bayaran kerja lebih masa

Gross salary ialah nilai keseluruhan yang majikan sediakan, namun belum ‘diusik’ oleh potongan wajib.

Contoh Ringkas Gross Salary

Jika gaji pokok anda RM4,000 dan anda menerima elaun RM200 serta bonus RM300, maka jumlah gross salary anda ialah RM4,500. Ia biasanya digunakan dalam situasi-situasi penting seperti:

  • Rundingan gaji
  • Penilaian kredit dan permohonan pinjaman
  • Penetapan tangga dan struktur gaji dalam organisasi

Ringkasnya, gross salary ialah angka rujukan rasmi, dan bukannya angka sebenar yang anda bawa pulang.

Apa Itu Net Salary?

Net salary ialah jumlah yang benar-benar masuk ke dalam akaun bank anda setiap bulan. Ia adalah jumlah yang boleh dibelanjakan, disimpan, atau digunakan untuk membayar bil-bil yang menunggu.

Net salary datang selepas semua potongan wajib dibuat, termasuk:

  • KWSP (EPF)
  • SOCSO (PERKESO)
  • SIP / EIS
  • PCB (Potongan Cukai Berjadual)
  • Potongan lain seperti pinjaman syarikat, insurans, atau zakat (jika berkenaan)

Formula Asas Net Salary

Formula paling mudah untuk difahami:

Net salary = gross salary – potongan wajib

Perbandingan Gross Salary vs Net Salary

KategoriGross Salary (Gaji Kasar)Net Salary (Gaji Bersih)
DefinisiPendapatan sebelum potonganPendapatan selepas potongan
TermasukGaji pokok, elaun, bonus, OTGross salary – KWSP, SOCSO, EIS, PCB
KegunaanRundingan gaji, pinjamanBelanja bulanan, simpanan
JumlahLebih tinggiLebih rendah

Mengapa Penting Fahami Perbezaan Ini?

Tanpa memahami beza antara gross salary dan net salary, seseorang pekerja mudah terlebih janji dan terlebih belanja. Net salary menentukan bajet bulanan, simpanan, dan komitmen seperti sewa rumah, kereta, atau langganan harian.

  • Untuk Pekerja Baharu
    • Slip gaji pertama sering menjadi tamparan kecil bagi pekerja yang baru memasuki dunia kerja. Memahami konsep gaji kasar dan gaji bersih membantu mengurus jangkaan dan mengelakkan rasa terkejut.
  • Untuk Majikan & HR
    • Majikan yang menerangkan perbezaan gross salary dan net salary dengan jelas membina kepercayaan dan ketelusan. Ini mengurangkan salah faham dan memastikan pekerja lebih yakin dengan struktur gaji mereka.

Baca juga: Gaji : Apakah Itu Gaji Bersih, Gaji Kasar dan Perbezaannya?

Kesimpulannya, gross salary ialah jumlah penuh pendapatan sebelum potongan, manakala net salary ialah gaji bersih yang pekerja benar-benar terima setiap bulan. Perbezaan ini penting kerana gross salary bukanlah angka yang masuk ke akaun bank.

Memahami beza antara gaji kasar dan gaji bersih bukan sahaja membantu pekerja mengurus kewangan, tetapi juga memastikan proses komunikasi gaji antara majikan dan pekerja lebih telus. 

Sentiasa semak slip gaji dan fahami struktur gaji anda untuk membuat keputusan kewangan yang lebih bijak.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Leave a Reply