Ada sesetengah syarikat mengamalkan 5 hari bekerja, dan ada pula yang 6 hari bekerja. Namun, apa yang pasti dalam seminggu pekerja layak untuk mendapat satu hari rehat (rest day), yang selalunya jatuh pada hari Ahad.

Atas faktor itu terdapat persoalan tentang cara bagaimana untuk kira kerja lebih masa atau overtime (OT) pada hari Sabtu atau Ahad, andai pekerja itu bekerja 5 hari seminggu.

Asas Kiraan OT Mengikut Akta Kerja 1955

Sebelum kira apa-apa, kita perlu kembali kepada struktur asas. Di bawah Akta Kerja 1955 Pindaan 2022, kadar minimum OT adalah berasaskan gandaan berikut:

  • Hari kerja biasa = 1.5x
  • Hari rehat mingguan = 2.0x
  • Cuti umum = 3.0x

Ini bukan sekadar angka. Ini adalah kerangka undang-undang yang digunakan dalam:

  • Sistem payroll
  • Polisi HR syarikat
  • Audit pematuhan

Kesilapan dalam kadar ini boleh membawa kepada:

  • Gaji dibayar kurang atau lebih
  • Tuntutan pekerja
  • Risiko undang-undang kepada majikan

Cara Kira Gaji Sehari dan Gaji Sejam (ORP & HRP)

Setiap kiraan OT bermula dengan satu asas yang tidak boleh dielakkan iaitu Hourly Rate of Pay (HRP).

Tanpa HRP yang tepat, anda tidak dapat mengira OT dengan tepat.

Formula ORP & HRP

Gunakan formula standard berikut:

Gaji sehari (ORP) = Gaji bulanan ÷ 26

Gaji sejam (HRP) = Gaji sehari ÷ jam kerja normal sehari

Contoh Pengiraan

Ambil situasi biasa:

  • Gaji bulanan: RM3,000
  • Jam kerja: 8 jam sehari

Langkah 1: ORP (gaji sehari)

RM3,000 ÷ 26 = RM115.38

Langkah 2: HRP (gaji sejam)

RM115.38 ÷ 8 = RM14.42 sejam

Inilah ‘asas’ kepada semua kiraan OT. Salah kira HRP, maka salah semuanya.

Tentukan Status Sabtu & Ahad

Di sinilah kebanyakan kesilapan berlaku. Ramai menganggap hari Sabtu dan Ahad layak dapat bayaran OT pada kadar 2x.  Hakikatnya, tidak. Status hari bergantung sepenuhnya kepada struktur kerja syarikat.

Senario 1: Syarikat 5 Hari Bekerja

  • Isnin – Jumaat: hari bekerja
  • Sabtu & Ahad: hari rehat

Maka:

  • OT Sabtu/Ahad = 2.0x
  • Jika jatuh cuti umum = 3.0x

Senario 2: Syarikat 5 1/2 Hari Bekerja

  • Isnin – Jumaat: penuh
  • Sabtu: separuh hari

Maka:

  • Sabtu = hari kerja biasa layak 1.5x
  • Ahad = hari rehat layak 2.0x

Senario 3: Syarikat 6 Hari Bekerja

  • Isnin – Sabtu: hari bekerja
  • Ahad: hari rehat

Maka:

  • Sabtu = 1.5x
  • Ahad = 2.0x

Formula Kira OT Sabtu dan Ahad

Apabila HRP dan status hari sudah jelas, barulah kiraan menjadi tepat!

  1. OT Sabtu (Jika Hari Bekerja Biasa)

Formula:

OT = HRP × 1.5 × jam OT

Contoh:

  • HRP = RM14.42
  • OT: 3 jam

Kiraan:

  • RM14.42 × 1.5 × 3 = RM64.89

Ini adalah kadar standard untuk kerja lebih masa pada hari biasa.

  1. OT Sabtu atau Ahad (Jika Hari Rehat Mingguan)

Formula:

OT = HRP × 2.0 × jam OT

Contoh:

  • HRP = RM14.42
  • OT: 6 jam (Ahad)

Kiraan:

  • RM14.42 × 2.0 × 6 = RM173.04

Kadar ini lebih tinggi kerana ia melibatkan masa rehat pekerja.

  1. OT Jika Jatuh Pada Cuti Umum

Formula:

OT = HRP × 3.0 × jam OT

Contoh situasi:

  • Kerja pada Hari Malaysia
  • Tambahan jam kerja selepas waktu biasa

Kadar 3x mencerminkan perlindungan maksimum kepada pekerja di bawah undang-undang.

Kesilapan Biasa Dalam Kiraan OT Hujung Minggu

Kesilapan ini sering berlaku dan kesannya bukan kecil:

  • Menganggap Sabtu automatik hari rehat
  • Tidak mengira HRP dengan tepat
  • Keliru antara kadar 1.5x dan 2.0x
  • Tidak merujuk jadual kerja sebenar syarikat

Kesannya boleh menyebabakan gaji salah kira, pekerja tidak puas hati, dan dalam kes tertentu ia boleh jadi pertikaian undang-undang.

Baca juga: Cara Kira OT Gaji Basic RM1,700 Sehingga RM4,000

Kesimpulannya, untuk mengira OT, asas kepada pengiraan iaitu ORP dan HRP mesti betul. Tidak kiralah sama ada untuk mengiran OT pada hari Sabtu atau Ahad mahupun pada hari-hari kerja biasa, anda mesti fahami formula pengiraan OT yang digariskan Akta Kerja.

Tanpa menggunakan formula pengiraan yang betul, terdapat risiko undang-undang yang perlu dihadapi dan ketidakpuasa hati pekerja yang boleh meruntuhkan dinamik pekerjaan.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk mendapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Adakah Pekerja Manual Layak Dibayar OT?Asas HR

Adakah Pekerja Manual Layak Dibayar OT?

Zahin ByondZahin ByondApril 2, 2026
Cara Kira OT Pada Hari Raya: Formula & Contoh PengiraanAsas HR

Cara Kira OT Pada Hari Raya: Formula & Contoh Pengiraan

Zahin ByondZahin ByondMarch 12, 2026
picture of a doctor administrating sick employee who need to be hospitalize
Macam Mana Cuti Hospitalisasi Dikira?Asas HR

Macam Mana Cuti Hospitalisasi Dikira?

Zahin ByondZahin ByondMarch 12, 2026

Leave a Reply