Secara umumnya, pekerja yang diminta majikan untuk bekerja melebihi waktu kerja biasa layak mendapat bayaran kerja lebih masa (OT). Perkara ini telah dinyatakan dalam Akta Kerja, yang melindungi pekerja yang bergaji bawah RM4,000 dan pekerja manual.

Namun, timbul satu persoalan di sini berkaitan status kelayakan bayaran OT untuk pekerja manual, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja manual dan menerima gaji melebih RM4,000 ini.

Artikel ini akan menerangkan tentang hak pekerja manual untuk mendapat bayaran OT, dan untuk mereka yang menerima gaji melebihi RM4,000, menurut undang-undang buruh utama Malaysia, Akta Kerja 1955.

Siapa Sebenarnya Layak OT?

Di bawah Akta Kerja 1955 (pindaan 2022), perlindungan kini diperluaskan kepada semua pekerja sektor swasta. Namun, kelayakan untuk menerima kerja lebih masa (OT) tidak diberikan secara menyeluruh, sebaliknya ia ditentukan berdasarkan kategori pekerja.

Menurut penjelasan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), had RM4,000 sering dijadikan garis pemisah. Di sinilah muncul satu pengecualian kritikal yang sering diabaikan iaitu pekerja manual.

Walaupun seorang pekerja bergaji melebihi RM4,000, dia masih layak menerima bayaran kerja lebih masa jika dia tergolong dalam kategori pekerja manual.

Ringkasan Kelayakan OT Mengikut Kategori Pekerja

Untuk memahami dengan lebih jelas, berikut adalah pecahan asas:

  • Pekerja dengan gaji bawah RM4,000
    • Layak menerima kerja lebih masa (OT) di bawah Akta Kerja 1955
  • Pekerja dengan gaji lebih RM4,000 (bukan manual)
    • Tidak layak OT kecuali dinyatakan dalam kontrak pekerjaan
  • Pekerja manual (tanpa mengira gaji)
    • Tetap layak menerima bayaran kerja lebih masa (OT)

Siapa Yang Dikira Sebagai Pekerja Manual?

Dalam konteks undang-undang Malaysia, definisi pekerja manual tidak dinyatakan secara jelas dalam satu ayat yang tetap. Namun, secara prinsipnya, pekerja manual ialah mereka yang menjalankan kerja fizikal sebagai tugas utama.

Antara contoh lazim yang sering dirujuk sebagai pekerja manual di Malaysia adalah,

  • Operator mesin, operator pengeluaran, pekerja kilang
  • Technician, mekanik, dan kerja pembaikan teknikal
  • Pekerja stor, gudang, buruh binaan, buruh am
  • Pemandu lori dan pengendali kenderaan

Bagaimana Dengan Penyelia (Supervisor)?

Ini adalah titik kekeliruan yang paling kerap berlaku. Ramai menganggap bahawa gelaran ‘penyelia’ atau ‘supervisor’ secara automatik mengecualikan seseorang daripada kategori pekerja manual. Tetapi dalam undang-undang, pendekatan ini tidak tepat.

Prinsip asasnya jelas iaitu bukan jawatan yang menentukan, tetapi jenis kerja yang dilakukan. Contohnya:

  • Supervisor kilang yang turut mengendalikan mesin
  • Penyelia tapak yang terlibat secara langsung dalam kerja teknikal

Dalam situasi ini, walaupun bergaji tinggi dan memegang jawatan penyelia, mereka masih boleh diklasifikasikan sebagai pekerja manual.

Syarat Kelayakan OT Untuk Pekerja Manual

Walaupun pekerja manual layak menerima OT, pelaksanaannya tetap tertakluk kepada syarat yang ditetapkan di bawah Seksyen 60A Akta Kerja 1955. Ini termasuk had masa kerja, definisi OT, dan had maksimum yang dibenarkan.

Had Jam Kerja Biasa

  • Maksimum 45 jam seminggu
  • Tidak termasuk waktu rehat

Had Maksimum OT Sebulan

  • Tidak melebihi 104 jam sebulan

Kadar Bayaran OT Mengikut Akta Kerja 1955

Akta menetapkan kadar minimum bayaran kerja lebih masa. Majikan boleh membayar lebih tinggi, tetapi tidak boleh kurang daripada kadar ini.

  1. OT Pada Hari Bekerja Biasa
  • Sekurang-kurangnya 1.5 kali kadar upah sejam biasa
  1. OT Pada Hari Rehat
  • Sekurang-kurangnya 2 kali kadar upah sejam biasa
  1. OT Pada Hari Kelepasan Am
  • Sekurang-kurangnya 3 kali kadar upah biasa

Ini menunjukkan bahawa pekerja manual bukan sahaja layak OT, tetapi juga dilindungi dari segi kadar minimum bayaran.

Baca juga: Cara Kira OT Gaji Basic RM1,700 Sehingga RM4,000

Kesimpulannya, satu perkara yang tidak boleh dipertikaikan adalah bahawa majikan wajib mematuhi kadar dan had OT yang ditetapkan di bawah Akta Kerja 1955.

Walaupun bekerja manual, mereka tetap layak mendapat bayaran OT jika diminta bekerja melebihi waktu kerja normal.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk mendapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Pengiraan OT Bekerja Pada Hari BekerjaAsas HR

Pengiraan OT Bekerja Pada Hari Bekerja

Zahin ByondZahin ByondApril 22, 2026
Pekerja Kontrak: Apa Perlu Tahu Sebelum Sign Kontrak KerjaAsas HR

Pekerja Kontrak: Apa Perlu Tahu Sebelum Sign Kontrak Kerja

Zahin ByondZahin ByondApril 15, 2026
Cara Kira OT Sabtu atau Ahad di MalaysiaAsas HR

Cara Kira OT Sabtu atau Ahad di Malaysia

Zahin ByondZahin ByondApril 8, 2026

Leave a Reply