Ramai pekerja di Malaysia memulakan kerja tanpa kontrak kerja. Ia terasa biasa, tetapi di sebalik kemudahan itu, ada risiko yang jarang dibincangkan secara terbuka. Risiko yang tidak muncul pada hari pertama, tetapi dikemudian hari.

Secara undang-undang, pekerja masih dilindungi walaupun tiada kontrak bertulis. Namun, tanpa dokumen rasmi, perlindungan itu ‘longgar’, bukan kerana hak tidak wujud, tetapi kerana ia sukar dibuktikan.

Jadi, apakah sebenarnya risiko bagi pekerja jika majikan tidak memberikan kontrak kerja?

Adakah Pekerja Masih Dilindungi Tanpa Kontrak Bertulis?

Jawapannya, ya, tetapi dengan syarat yang tidak memihak kepada pekerja. Di bawah Akta Kerja 1955, kontrak lisan masih sah. Hubungan pekerjaan tetap diiktiraf walaupun tanpa dokumen bertulis.

Namun, perlindungan itu wujud secara teori. Tetapi apabila berlaku pertikaian, pekerja perlu membuktikan:

  • Apa yang dijanjikan
  • Apa yang dipersetujui
  • Apa yang sebenarnya berlaku

Tanpa kontrak kerja, semua ini bergantung kepada ‘cakap kosong’ dan ‘cakap kosong’ tidak cukup kuat untuk jadi ‘bukti’ di meja rundingan atau di tribunal. Masalah sebenar tidak berlaku semasa semuanya berjalan lancar. Ia bermula apabila janji mula dipersoalkan.

Masalah Jika Tiada Kontrak Pekerjaan

  1. Sukar Membuktikan Hak dan Tuntutan

Tanpa kontrak kerja, perkara paling asas menjadi kabur. Pekerja mungkin tidak dapat membuktikan:

  • Struktur gaji sebenar (gaji asas, elaun, bonus)
  • Tarikh mula kerja dan tempoh perkhidmatan
  • Hak minimum seperti cuti tahunan, cuti sakit, dan bayaran kerja lebih masa (OT)

Apabila konflik berlaku gaji tidak dibayar, cuti dinafikan, atau pemberhentian tanpa notis, pekerja sering hanya bergantung kepada:

  • Perbualan WhatsApp
  • Janji lisan
  • Rekod tidak rasmi

Masalahnya jelas, iaitu bukti sebegini mudah dinafikan dan apabila bukti lemah, kedudukan pekerja juga menjadi lemah.

  1. Risiko Pemberhentian dan Pampasan Tidak Adil

Kontrak kerja bukan sekadar formaliti. Ia adalah garis perlindungan. Tanpanya, majikan mempunyai ruang untuk:

  • Mengklasifikasikan pekerja sebagai “tidak tetap”
  • Mengelak bayaran pampasan atau notis berhenti
  • Menafikan tempoh perkhidmatan sebenar

Akibatnya, pekerja yang telah berkhidmat bertahun-tahun boleh kehilangan hak dalam sekelip mata.

Walaupun undang-undang menetapkan bahawa perkhidmatan melebihi satu bulan perlu disokong kontrak bertulis, realitinya pekerja tetap perlu membina kes mereka sendiri melalui:

Tanpa dokumen utama, tuntutan menjadi lebih panjang, lebih mahal, dan lebih memenatkan.

  1. Tiada Kepastian Hak dan Skop Kerja

Kontrak kerja memberikan kejelasan. Tanpanya, segalanya menjadi fleksibel dan pekerja mungkin tidak tahu:

  • Berapa hari cuti yang layak
  • Tempoh notis berhenti
  • Jam kerja sebenar
  • Polisi disiplin syarikat

Dalam ruang yang kabur ini, perubahan boleh berlaku tanpa persetujuan jelas:

  • Tugas bertukar secara tiba-tiba
  • Jadual kerja diubah tanpa notis
  • Status pekerjaan ditukar secara senyap

Kesan jangka panjang bukan sekadar operasi tetapi psikologi:

  • Rasa tidak selamat
  • Hilang kepercayaan
  • Keinginan untuk keluar meningkat

Apabila struktur hilang, kestabilan turut hilang.

  1. Risiko Ketidakpatuhan Undang-Undang dan Denda

Ketiadaan kontrak kerja juga mencerminkan kegagalan pematuhan majikan. Peraturan di Malaysia menghendaki majikan menyediakan surat tawaran kerja bertulis yang merangkumi:

  • Gaji
  • Skop kerja
  • Tempoh notis

Kegagalan ini boleh dikenakan tindakan oleh Jabatan Tenaga Kerja, termasuk denda sehingga RM10,000.

Namun, satu perkara perlu jelas iaitu kegagalan majikan tidak menghapuskan hak pekerja. Tanpa kontrak, pekerja perlu berjuang lebih lama untuk mendapatkan hak yang sepatutnya jelas dari awal.

  1. Kesan Jangka Panjang Kepada Pekerja

Risiko sebenar tidak berhenti apabila pekerjaan tamat. Tanpa kontrak kerja:

  • Sukar membuktikan pengalaman kerja untuk majikan baharu
  • Tiada surat pengesahan kerja atau rekod rasmi

Implikasi kewangan juga ketara:

  • Permohonan pinjaman bank menjadi lebih sukar
  • Proses permohonan visa terjejas

Dan dalam senario terburuk jika syarikat ditutup tanpa rekod yang lengkap, pekerja boleh kehilangan keseluruhan sejarah kerjaya mereka. Bukan sekadar kehilangan pekerjaan. Tetapi kehilangan bukti bahawa pekerjaan itu pernah wujud.

Apa Yang Pekerja Boleh Lakukan Jika Tiada Kontrak?

Jika anda bekerja tanpa kontrak kerja, ini adalah langkah yang boleh diambil:

  • Simpan semua slip gaji dan rekod bank
  • Arkibkan komunikasi kerja (WhatsApp, e-mel, arahan)
  • Dokumentasikan sendiri tugas dan tempoh kerja
  • Minta pengesahan bertulis walaupun ringkas

Jika berlaku pertikaian, pekerja boleh mendapatkan bantuan daripada Jabatan Tenaga Kerja. Matlamatnya bukan sekadar menyelesaikan masalah tetapi mengelakkan ia berlaku.

Baca juga: Kontrak Pekerjaan: Bertulis dan Tidak Bertulis

Kesimpulannya, tiada kontrak kerja tidak bermaksud tiada hak. Tetapi ia hampir pasti bermaksud lebih banyak risiko. Dalam dunia kerja, kontrak bertulis bukan lagi formaliti tapi ia adalah perlindungan asas yang memisahkan kepastian daripada kekaburan.

Dalam pada itu, jika anda ingin tambah kemahiran walaupun BDR, jom sertai kursus anjuran MySyarikat Academy yang merupakan program di bawah HRD Corp. Melaluinya, anda bukan sahaja boleh dapatkan kursus percuma (HRD Corp Claimable) tetapi anda juga mendapat latihan rapi yang diajar oleh HRD Corp certified trainer.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk mendapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Hak Terminate Pekerja Under Performance Di MalaysiaFakta HR

Hak Terminate Pekerja Under Performance Di Malaysia

Zahin ByondZahin ByondApril 15, 2026
Bolehkah Majikan Turunkan Pangkat/Jawatan Pekerja?Fakta HR

Bolehkah Majikan Turunkan Pangkat/Jawatan Pekerja?

Zahin ByondZahin ByondApril 2, 2026
Faedah-Faedah Pekerja Freelance di MalaysiaFakta HR

Faedah-Faedah Pekerja Freelance di Malaysia

Zahin ByondZahin ByondApril 8, 2026

Leave a Reply