Anda yakin semua transaksi sudah direkodkan dengan kemas. Sistem perakaunan tersusun. Tapi kemudian bila nak buat e-filing tiba-tiba diminta rekod e-invoice untuk tiga tahun lepas! Dan ketika itu barulah anda menyesal.

Sebenarnya ramai pembayar cukai di Malaysia masih tidak pasti tentang senarai e-invoice yang perlu disimpan. Oleh itu, artikel ini akan menjawab persoalan tersebut berdasarkan Garis Panduan E-Invois Versi 4.6 yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Apakah E-Invoice dan Mengapa Ia Perlu Disimpan?

Dalam konteks e-invoice Malaysia, e-invoice ialah dokumen transaksi elektronik yang menggantikan invois kertas tradisional. Ia dihantar, disahkan, dan direkodkan secara digital melalui sistem rasmi LHDNM iaitu Portal MyInvois.

Penyimpanan rekod e-invoice adalah sebahagian daripada kewajipan pematuhan cukai anda sebagai pembayar cukai. Setiap dokumen yang disimpan berfungsi sebagai bukti sah untuk transaksi yang melibatkan pendapatan mahupun perbelanjaan perniagaan, dan LHDNM berhak memintanya pada bila-bila masa semasa proses audit.

Memang benar bahawa e-invoice LHDN yang telah disahkan akan disimpan secara automatik dalam pangkalan data LHDNM. Namun, ini tidak bermakna tanggungjawab anda selesai di situ. Pembayar cukai tetap dikehendaki menyimpan rekod dan dokumentasi yang mencukupi di pihak mereka sendiri sebagai lapisan perlindungan apabila berlaku sebarang pertikaian, semakan, atau audit mengejut.

Senarai E-Invoice Yang Perlu Disimpan Pembayar Cukai

Apakah e-invoice yang wajib disimpan pembayar cukai? Tidak lain tidak bukan, terdapat lima jenis dokumen utama yang perlu sentiasa ada dalam rekod perniagaan anda:

Jenis e-InvoiceBila dikeluarkanTujuan Penyimpanan
Invois Apabila jualan atau transaksi dilakukanBukti pendapatan
Nota kreditUntuk pembetulan, diskaun atau pemulanganMengurangkan nilai e-invoice asal
Nota debitUntuk caj tamabhan ke atas transaksi sedia adaMenambah nilai e-invoice asal
Nota bayaran balikApabila berlaku pemulangan wang kepada pembeliMengesahkan pemulangan bayaran
e-Invoice bil kendiriTransaksi khas seperti pembelian dari pembekal asingBukti perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pembeli

Siapa Yang Perlu Menyimpan E-Invoice?

Keperluan e-invoice terpakai kepada mana-mana perniagaan yang terlibat dalam transaksi berikut:

  • B2B (Business-to-Business): transaksi antara dua entiti perniagaan
  • B2C (Business-to-Consumer): transaksi antara perniagaan dengan pengguna individu
  • B2G (Business-to-Government): transaksi antara perniagaan dengan agensi kerajaan
  • Transaksi rentas sempadan: sama ada domestik mahupun antarabangsa

Tidak kira sama ada anda menjual kepada individu, syarikat lain, atau agensi kerajaan, selagi transaksi itu melibatkan pengiktirafan hasil atau dokumentasi perbelanjaan, rekod e-invoice perlu ada dan tersimpan dengan teratur.

Berapa Lama E-Invoice Perlu Disimpan?

Tempoh simpan e-invoice yang ditetapkan oleh LHDNM ialah 7 tahun, dikira dari tarikh transaksi dilakukan.

Anda boleh memuat turun dan menyimpan e-invoice dalam pelbagai format melalui Portal MyInvois:

  • XML / JSON: format teknikal yang sesuai untuk integrasi sistem, boleh dimuat turun satu per satu atau dalam pakej
  • Metadata: maklumat ringkasan transaksi untuk rujukan pantas
  • Grid: paparan jadual yang memudahkan semakan dan penapisan
  • PDF: paparan visual lengkap dengan kod QR untuk pengesahan

Pilih format yang paling sesuai dengan sistem perakaunan anda. Malah, menyimpan dalam lebih daripada satu format adalah amalan yang bijak sekiranya satu format tidak dapat dibaca pada masa hadapan, anda masih mempunyai backup.

Transaksi Yang TIDAK Memerlukan E-Invoice

Tidak semua transaksi berada dalam skop e-invoice Malaysia. Mengikut Seksyen 1.6.7 Garis Panduan E-Invois LHDNM, beberapa kategori transaksi berikut secara khusus dikecualikan:

Kategori Contoh
Pendapatan penggajianGaji dan elaun pekerja
pencenBayaran pencen bulanan
Nafkah atau alimoniPembayaran nafkah mahkamah
Pengagihan dividen tertentuDividen dari syarikat tidak layak potongan cukai
zakatPembayaran zakat perniagaan atau individu
Sekuriti dan derivatifNilai kontrak pembelian atau jualan sekuriti di bursa saham
Derma dan sumbanganPenerimaan derma tertentu yang layak

Baca juga: Tak Lapor atau Bayar Cukai Pendapatan? Ini Kesan & Penalti

Kesimpulannya, pematuhan e-invoice bukan beban tapi ia adalah perlindungan untuk perniagaan anda.

Dengan memahami senarai e-invoice yang perlu disimpan, mengetahui jenis transaksi yang terlibat, dan mematuhi tempoh simpan e-invoice selama 7 tahun yang diwajibkan, anda sudah membina tembok perlindungan yang kukuh untuk perniagaan anda di hadapan LHDNM.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk mendapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Tak Lapor atau Bayar Cukai Pendapatan? Ini Kesan & PenaltiCukai

Tak Lapor atau Bayar Cukai Pendapatan? Ini Kesan & Penalti

Zahin ByondZahin ByondApril 15, 2026
Apa Itu Cukai Pendapatan Luar Negara?Cukai

Apa Itu Cukai Pendapatan Luar Negara?

Zahin ByondZahin ByondMarch 16, 2026
Cara Kira Rebat Cukai Zakat LHDNCukaiFakta HR

Cara Kira Rebat Cukai Zakat LHDN

Zahin ByondZahin ByondFebruary 24, 2026

Leave a Reply