Kehadiran adalah perkara yang sangat penting dalam memantapkan dan mengekalkan prestasi baik sesebuah syarikat. Oleh sebab itu, rata-rata pentadbiran syarikat memandang serius isu pekerja yang sering datang lambat pada hari bekerja. Kerajaan juga memandang isu kehadiran ini dengan serius sehinggalah ada penetapan waktu bekerja yang lebih efisien untuk kebaikan kedua-dua pihak, majikan dan juga pekerja.
Malah, rekod kehadiran juga amat penting dalam menentukan jumlah gaji seorang pekerja. Mana tidaknya, jika jumlah kehadiran tidak seimbang dengan jumlah gaji, perkara tersebut juga boleh menjadi isu di antara majikan dan juga pekerja. Setiap sen adalah amat penting untuk sesebuah syarikat.
Tindakan Majikan Terhadap Pekerja Yang Datang Lambat
1. Rekodkan Jumlah Kehadiran
Tindakan ini bukan sahaja untuk pengiraan jumlah gaji, malah sangat membantu dalam pengurusan dan dalam mendisiplinkan pekerja. Jika jumlah ketidakhadiran atau kerap datang lambat, disiplin seseorang pekerja akan terjejas dan akan memberi kesan ke atas sebuah syarikat. Sebab itulah penggunaan sistem rekod kehadiran banyak diperkenalkan pada masa kini.
Salah satunya tentulah sistem MySyarikat yang sangat efisien dalam membantu merekod kehadiran pekerja.
2. Sesi Kaunseling
Dari rekod tadi, majikan boleh menyemak bilangan hari pekerja datang lambat dan mengambil tindakan segera dengan memanggil pekerja tersebut menghadiri sesi kaunseling. Dalam sesi tersebut, majikan boleh menyoal secara terperinci sekiranya pekerja tersebut menghadapi masalah peribadi atau sebagainya.
Selain itu, sesi ini juga sedikit sebanyak dapat mengeratkan hubungan pekerja dan majikan. Tetapi, pekerja haruslah bersikap jujur dan majikan pula perlu menyemai sifat keterbukaan dan toleransi dalam menilai dan membuat keputusan terhadap isu ini.
3. Surat Amaran
Sekiranya selepas sesi kaunseling pekerja tersebut masih melakukan kesalahan yang sama, majikan boleh membuat keputusan dengan memberi surat amaran. Kandungan surat amaran tersebut boleh menyatakan kesalahan yang dilakukan oleh pekerja, tempoh yang diberikan untuk datang seperti biasa, serta tindakan yang bakal dikenakan ke atas pekerja jika masih berterusan datang lambat.
Penamatan Khidmat Pekerja
Jika berterusan kesalahan tersebut dilakukan oleh pekerja tanpa mengendahkan toleransi dari pihak majikan, maka, majikan boleh menamatkan perkhidmatan pekerja tersebut. Tindakan ini adalah tertakluk di dalam Akta Pekerja 1955 dan pekerja boleh diberhentikan serta-merta.
Sistem Kehadiran MySyarikat
Sungguhpun kesalahan datang lambat ini merupakan kesalahan kecil, tetapi kesalahan ini tidak boleh dibiarkan kerana lambat laun akan memberi kesan besar ke atas syarikat.
Penggunaan sistem Smart Attendance MySyarikat ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam pengendalian isu datang lambat ini.
Sememangnya isu datang lambat ini menjadi salah satu cabaran besar dalam pengurusan sumber manusia. Sebagai pekerja yang berwibawa, rujuklah masalah anda dengan pihak majikan agar tidak ada salah faham yang akan berlaku.
Dan jika anda merupakan seorang majikan, ambil peluang dengan penggunaan sistem MySyarikat ini kerana sistem kami adalah cekap dan efisien dalam pengendalian pentadbiran syarikat anda.
Jom segera langgan sistem kami!