Bulan Ramadan atau Bulan Puasa ialah bulan kesembilan di dalam kalendar Islam yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia. Ibadah puasa bukan sahaja untuk merebut ganjaran pahala tetapi mengajar erti sabar, disiplin dan amalan memberi iaitu bersedekah.
Malaysia mempunyai populasi penduduk yang beragama Islam terbesar di Asia Tenggara selepas Indonesia. Sudah tentu sambutan Ramadan di Malaysia disambut dengan meriah walaupun dalam kesibukan bekerja dan melakukan tugas harian.
Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Kedatangan bulan ini seharusnya menguatkan semangat dan iltizam umat Islam untuk menghargai segala nikmat ini. Justeru, kehadiran Ramadan yang mulia ini tidak boleh dijadikan alasan untuk bermalas-malasan dalam bekerja.
Sesetengah orang melihat puasa akan mengakibatkan individu kekurangan tenaga kerana lapar dan dahaga lalu menjadi kekangan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti seharian. Persepsi ini sebenarnya bercanggah dengan ajaran Islam. Puasa harus dilihat sebagai motivasi untuk bekerja lebih kuat dan berdaya saing menuju matlamat ke arah kejayaan.
Pengurangan Waktu Rehat Semasa Ramadan
Bagi kebanyakan pekerja di Malaysia, waktu bekerja bagi yang beragama Islam kebiasaannya mengalami sedikit perubahan. Perubahan ini juga tertakluk kepada jabatan-jabatan kerajaan mahupun swasta mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi satu-satu masa.
Pengurangan waktu rehat penjawat awam iaitu kakitangan kerajaan selama setengah jam bersamaan 30 minit sepanjang bulan Ramadan dilakukan bagi membolehkan pekerja pulang dari tempat kerja dengan lebih awal. Langkah ini diambil bagi memberikan kemudahan kepada mereka untuk memanfaatkan bulan Ramadan yang mulia ini dapat menjalani tanggungjawab ibadah dan keperluan untuk berbuka puasa.
Justeru itu juga, pelaksanaan pengurangan waktu rehat ini tidak akan menjejaskan aktiviti dan operasi sistem penyampaian perkhidmatan awam sepanjang bulan Ramadan kerana pelaksanaan ini tidak mengubah tempoh waktu bekerja penjawat awam sedia ada.
Waktu kerja biasa tersebut tidak boleh melebihi 8 jam sehari tidak termasuk waktu rehat, 5 jam bekerja berterusan tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit dan 40 jam seminggu. Pihak majikan dan pekerja perlulah memahami keadaan kerja seharian di bulan Ramadan.
Elemen fleksibiliti bagi waktu bekerja dalam perkhidmatan awam telah dilaksanakan sejak tahun 1998 apabila kerajaan memperkenalkan WBB.
WBF adalah merupakan masa bekerja yang fleksibel di mana pegawai diberi fleksibiliti untuk hadir bekerja dalam tempoh waktu masuk dan waktu pulang yang ditetapkan, dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari. WBF diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang sebelum ini mengguna pakai WBB.
WBF hendaklah dilaksanakan berdasarkan ketetapan di Jadual 1 yang telah ditetapkan oleh jabatan masing-masing.
Panduan Berurusan Semasa Hari Bekerja di Bulan Ramadan
Jika ingin melakukan urus niaga di Malaysia, berikut adalah panduan ringkas sepanjang bulan Ramadan.
- Perubahan waktu bekerja – Sudah tentu adat umat Islam berubah semasa bulan puasa. Dengan kata lain, ramai pekerja memilih untuk menukar waktu kerja mereka. Majikan amat digalakkan untuk menjadi fleksibel dengan keperluan pekerja yang beragama Islam sebagai ukuran amalan tempat kerja yang inklusif. Sebagai contoh, majikan boleh menghapuskan waktu rehat makan tengah hari untuk bulan tersebut supaya pekerja boleh pulang satu jam lebih awal daripada biasa.
- Fleksibiliti dalam hari bekerja – Apabila pekerja menghampiri penghujung tempoh berpuasa dan sambutan Hari Raya bakal bermula, ramai yang meminta cuti lanjutan untuk pulang ke kampung halaman. Majikan digalakkan memberi pelepasan sekiranya tiada halangan, malah dasar Sumber Manusia perlu dilonggarkan terutama bagi memberi ruang waktu bekerja yang fleksibel dan bekerja dari rumah.
- Kepentingan waktu makan, berbuka puasa – Pada bulan puasa, waktu makan juga adalah masa untuk berbuka. Ini sangat penting bagi pekerja Islam yang telah menahan lapar dan dahaga sepanjang hari. Pekerja Islam amat mengambil berat tentang waktu berbuka dan wajib berpuasa pada waktu-waktu tertentu dalam sehari. Waktu berbuka puasa mungkin berbeza bergantung pada waktu matahari terbenam. Bagi pekerja syif malam, waktu rehat dan waktu mula hendaklah diselaraskan dengan sewajarnya.
Tips Untuk Kekal Cergas dan Bertenaga
Bagi memastikan tenaga mencukupi, kita memerlukan zat daripada sumber makanan dan minuman yang penuh berkhasiat. Kuncinya ialah mencari keseimbangan antara mengamalkan ibadah di bulan Ramadhan dan mengekalkan kesihatan diri anda.
Lakukan senaman yang betul.
- Sama ada anda seorang yang mempunyai kecergasan fizikal yang baik, kerap bersenam atau tidak sama sekali Ramadhan mempengaruhi tahap tenaga anda dan cara badan anda berfungsi. Melakukan senaman yang bersesuaian dan berserdahana adalah kunci untuk memastikan anda tidak terlalu memaksa diri.
Fahami tindak balas anggota badan anda.
- Jangan takut untuk melaraskan rutin dan had waktu senaman anda supaya anda dapat terus aktif tanpa membebankan badan dan masa.
- Jika anda letih, jangan abaikan tahap kemampuan badan anda. Ambil masa untuk rehat lebih lama sehingga badan kembali cergas.
- Tidur yang cukup sangat membantu mengekalkan kecerdasan otak dan kecergasan tubuh badan anda.
Makan dengan minum yang berkhasiat.
- Makan dan minum sewaktu bersahur.
- Makan dan minum dengan betul menjadikan anda sihat sepanjang Ramadan. Ia juga memberi anda keperluan khasiat untuk mengekalkan tenaga.
- Makan secukupnya untuk menambah tenaga anda.
- Ambil makanan yang mudah dihadam dengan lebih perlahan, seperti bijirin penuh dan protein. Ini sangat membantu supaya membuatkan anda kenyang lebih lama sepanjang hari.
- Minum air kosong secukupnya.
Perancangan dalam pemakanan penting bukan sahaja untuk bekerja tetapi juga untuk melakukan ibadah dengan baik. Kebiasaannya rakyat Malaysia akan berpuasa lebih daripada 13 jam. Ini penting untuk kekal cergas dan sihat sepanjang Ramadan. Kekal aktif bertenaga memberi kita tenaga untuk menjalankan rutin harian, membantu kita fokus di tempat kerja, dapat melakukan ibadah dengan baik seperti solat tarawih mahu pun Qiyamullail.
Buat semua majikan di luar sana,pastikan anda memuat turun applikasi MySyarikat sekarang. MySyarikat boleh membantu anda!