Skip to main content
Caruman KWSP: Cara Membayar dan Melaraskan Kadar Caruman

Caruman wajib anda dikira berdasarkan pendapatan bulanan mengikut Kadar Caruman Bulanan (Jadual Ketiga). Caruman bulanan terdiri daripada syer majikan dan syer pekerja yang dibayar melalui saluran yang disediakan. Pastikan bahawa caruman KWSP anda diselaraskan dan dibayar dengan betul dengan cara dibawah dan melaraskan kadar caruman anda:

  1. Membayar caruman secara automatik
  2. Membayar caruman secara manual
  3. Melaraskan kadar caruman
  4. Memeriksa penyata caruman KWSP

Pembayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) biasanya dilakukan oleh majikan atau HR. Berikut merupakan langkah yang di lakukan:

Cara Membayar Caruman KWSP

1. Daftar masuk ke i-Akaun KWSP untuk membuat penyerahan maklumat caruman bagi semua pekerja secara dalam talian. Di bawah bahagian Contribution, sila pilih Submission of EPF Contribution (Form A). Sekiranya borang telah dihantar, anda boleh pilih Payment Only dan teruskan dengan pembayaran. 

2. Kemudian, anda perlu memilih jenis borang untuk tujuan penyerahan atau klik butan ‘Submit Contribution’.

3. Paparan seterusnya akan dikeluarkan seperti gambar di bawah. Paparan secara automatik menunjukkan bulan dan tahun yang majikan perlu selesaikan caruman. Kemudian klik ‘Next’ untuk langkah seterusnya.

4. Paparan seterusnya akan menunjukkan pilihan cara membayar caruman. Pilihan kaedah pembayaran ada disenaraikan. Kami sarankan menggunakan online banking Maybank2u, mudah, selamat dan cepat.

Klik simbol bulatan dalam senarai kaedah pembayaran yang hendak dipilih. Kemudia tekan butan ‘Proceed’.

5. Pembayaran BERJAYA!

Pastikan majikan memuat turun resit (Download Receipt) sebelum logout akaun KWSP.

Jika pembayaran dilakukan melalui majikan, pekerja hanya perlu memeriksa jumlah caruman yang dipotong dan penyata caruman.

Bayar Caruman Sendiri Secara Online

Untuk membayar caruman KWSP secara online, anda boleh membuat pembayaran melalui online banking. Berikut Adalahmerupakan cara mencarum menggunakan Maybank2u dan CimbClicks:

Caruman KWSP guna Maybank2u

  1. Layari pautan website Maybank: https://www.maybank2u.com.my/
  2. Log masuk akaun anda
  3. Pada paparan menu utama, pilih pada Investment > EPF
  4. Isikan maklumat pencarum. Anda juga boleh setkan kepada Favourite. Sekiranya ada penama lain / pekerja, boleh tambah lagi (tekan Add).
  5. Seterusnya anda boleh mulakan mencarum, terdapat dua pilihn iaitu:
    • Self Contribution
    • I-Saraan / i-Suri Contribution (sekiranya anda telah daftar dngan KWSP)
  6. Masukkan jumlah yang ingin anda mencarum
  7. Seterusnya ikuti proses pembayaran sehingga selesai

Caruman KWSP guna CIMBclicks

  1. Layari pautan website CIMBclicks: https://www.cimbclicks.com.my/
  2. Log masuk akaun anda
  3. Pada menu utama , pilih Pay & Transfer > EPF/KWSP Transfer
  4. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan.
  5. Pastikan masukkan No EPF/KWSP.
  6. Pada bahagian EPF Contribution Type terdapat 2 pilihan iaitu:
    • Self Employed
    • i-Saraan/i-Suri.
  7. Masukkan No kad pengenalan dan jumlah yang ingin di carum. (tiada had minimum)
  8. Semak butiran maklumat anda kembali, sekiranya tepat tekan pada Submit.
  9. Selesai.

Tarikh Membayar Caruman

Majikan dan pencarum perlu memastikan bahawa caruman KWSP dibayar sebelum tarikh 15 haribulan setiap bulan dan jika tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan, majikan dan pencarum mungkin dikenakan tindakan undang-undang dan denda.

Bagi individu yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai caruman KWSP, anda boleh merujuk kepada laman web rasmi KWSP di sini.

Leave a Reply