Menjadi rakyat Malaysia bukan sekadar soal kewarganegaraan. Ia datang bersama tanggungjawab iaitu membayar cukai pendapatan bagi mereka yang layak.

Di sebalik setiap jalan raya yang diturap, hospital yang dibina, sekolah yang dibuka, dan bantuan kebajikan yang diagihkan, ada satu sumber utama yang menggerakkan semuanya, cukai pendapatan.

Namun dunia hari ini tidak lagi terhad kepada sempadan geografi. Ramai rakyat Malaysia bekerja dengan syarikat luar negara, menerima bayaran dalam mata wang asing, atau menjalankan perniagaan global secara dalam talian.

Artikel ini akan menjelaskan secara ringkas dan jelas bagaimana cukai pendapatan luar negara dilihat dalam sistem percukaian Malaysia.

Sistem Pencukaian di Malaysia

Sebelum memahami isu cukai pendapatan luar negara, penting untuk memahami terlebih dahulu bagaimana sistem percukaian Malaysia berfungsi.

Malaysia mengamalkan sistem cukai progresif. Ini bermaksud semakin tinggi pendapatan seseorang individu, semakin tinggi kadar cukai yang dikenakan. Pendapatan yang dikenakan cukai boleh datang daripada dua sumber utama:

  • Pendapatan dari dalam Malaysia
  • Pendapatan dari luar Malaysia

Setiap individu yang mempunyai pendapatan bercukai perlu mendaftar sebagai pembayar cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Secara umum, sistem percukaian Malaysia terbahagi kepada dua kategori utama:

  1. Cukai Langsung

Cukai yang dikenakan secara langsung ke atas pendapatan individu atau entiti perniagaan. Contohnya:

  • cukai pendapatan individu
  • cukai pendapatan syarikat
  1. Cukai Tidak Langsung

Cukai yang dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan. Contohnya:

  • cukai jualan
  • cukai perkhidmatan
  • duti import

Bagi pekerja makan gaji pula, pembayaran cukai biasanya dibuat melalui Potongan Cukai Bulanan (PCB) yang dipotong terus daripada gaji oleh majikan. Sistem ini membantu pembayar cukai mengurus kewajipan mereka secara ansuran sepanjang tahun.

Di Malaysia, musim cukai pendapatan biasanya berlaku antara bulan Mac dan April setiap tahun. Pada tempoh ini:

  • majikan akan mengeluarkan Borang EA kepada pekerja
  • individu perlu mengisytiharkan pendapatan melalui sistem e-Filing LHDN

Cukai Pendapatan Luar Negara

Persoalan tentang cukai pendapatan luar negara semakin relevan hari ini. Ramai rakyat Malaysia kini bekerja secara remote, menjalankan bisnes global, atau menerima bayaran daripada syarikat luar negara.

Secara asasnya, pendapatan yang diterima dari luar Malaysia dikenali sebagai Foreign Source Income (FSI).

Namun, sejarah percukaian Malaysia menunjukkan pendekatan yang agak unik.

Sejak tahun 2004, pendapatan yang diterima dari luar negara secara umumnya dikecualikan daripada cukai di Malaysia. Kemudian kerajaan memperkenalkan satu lagi dasar penting:

  • Pengecualian cukai ke atas pendapatan luar negara bagi individu pemastautin bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2026.

Menurut LHDN, pengecualian ini terpakai kepada:

  • individu pemastautin Malaysia
  • syarikat pemastautin
  • perkongsian liabiliti terhad (PLT / LLP)

Namun terdapat beberapa syarat tertentu yang perlu dipenuhi, khususnya bagi entiti perniagaan.

Antara kriteria yang biasanya terlibat termasuk:

  • Pendapatan dividen telah dikenakan cukai di negara asal
  • Kadar cukai tertinggi di negara asal sekurang-kurangnya 15%
  • Mematuhi keperluan substance ekonomi
  • Aktiviti ekonomi sebenar dijalankan di Malaysia

Sebagai contoh, bagi syarikat atau perkongsian yang menerima pendapatan luar negara, mereka perlu:

  • menggaji pekerja yang mempunyai kelayakan yang sesuai
  • menjalankan aktiviti ekonomi sebenar di Malaysia
  • menanggung perbelanjaan operasi yang mencukupi

Secara mudahnya, buat masa ini pendapatan luar negara (Foreign Source Income) bagi individu pemastautin tidak dikenakan cukai di Malaysia sehingga tahun 2026, tertakluk kepada dasar semasa kerajaan.

Walau bagaimanapun, pembayar cukai digalakkan untuk sentiasa merujuk maklumat terkini melalui:

Ini kerana polisi percukaian boleh berubah mengikut dasar fiskal semasa negara.

Baca juga: Cukai Pendapatan: Apa Rakyat Malaysia Perlu Tahu?

Sama ada pendapatan diperoleh dari dalam negara atau luar negara, perkara paling penting ialah memahami tanggungjawab sebagai pembayar cukai.

Cukai pendapatan bukan sekadar kewajipan undang-undang. Ia adalah mekanisme yang memastikan pembangunan negara terus bergerak daripada infrastruktur awam hinggalah kepada sistem kesihatan dan pendidikan.

Lebih menarik lagi, kerajaan turut menyediakan pelbagai pelepasan cukai dan rebat cukai setiap tahun bagi meringankan beban rakyat.

Akhirnya, cukai yang dibayar hari ini akan kembali kepada rakyat dalam bentuk kemudahan dan pembangunan untuk masa depan negara.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk mendapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Tak Lapor atau Bayar Cukai Pendapatan? Ini Kesan & PenaltiCukai

Tak Lapor atau Bayar Cukai Pendapatan? Ini Kesan & Penalti

Zahin ByondZahin ByondApril 15, 2026
Cara Kira Rebat Cukai Zakat LHDNCukaiFakta HR

Cara Kira Rebat Cukai Zakat LHDN

Zahin ByondZahin ByondFebruary 24, 2026
Di Mana Nak Dapatkan Nombor TIN? Cara Semak & Mohon TIN LHDNCukai

Di Mana Nak Dapatkan Nombor TIN? Cara Semak & Mohon TIN LHDN

Zahin ByondZahin ByondFebruary 25, 2026

Leave a Reply