Di Malaysia, tenaga kerja asing memainkan peranan penting dalam ekonomi dan mengisi sektor yang ramai rakyat tempatan enggan ceburi seperti pembinaan, perladangan dan perkilangan. 

Namun, di sebalik peluh dan kerja keras itu, timbul satu persoalan besar, adakah pekerja asing benar-benar dilindungi oleh undang-undang buruh tempatan? Jawapannya, YA. 

Menurut Akta Kerja 1955, pekerja asing didefinisikan sebagai mana-mana individu yang bukan warganegara Malaysia. Walaupun bukan rakyat tempatan, mereka tetap berhak kepada kontrak perkhidmatan sah yang mengandungi semua terma dan syarat kerja yang diiktiraf undang-undang.

Hak-Hak Pekerja Asing di Malaysia

Hak penggajian pekerja asing tidak hanya terhad kepada Akta Kerja 1955. Ia turut diperkuat oleh beberapa akta lain seperti:

  • Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)
  • Akta Pasport 1966 (Akta 150)
  • Peraturan-peraturan Imigresen 1963
  • Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670)

Mengikut Seksyen 60K, Akta Kerja 1955, majikan tidak boleh menggajikan pekerja asing tanpa kelulusan Ketua Pengarah. Ini bermaksud setiap majikan perlu mengemukakan permohonan rasmi terlebih dahulu sebelum sebarang pengambilan dibuat.

Prosedur ini dikawal ketat oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan tiada eksploitasi berlaku. Antara syarat utama termasuk:

  • Pengambilan dibenarkan hanya bagi sektor Perkilangan, Pembinaan, Pertanian, Perladangan dan Perkhidmatan.
  • Permohonan tertakluk kepada kelulusan kuota daripada Pusat Kelulusan Setempat (OSC) di bawah KDN.
  • Umur pekerja mesti antara 18 hingga 45 tahun semasa permohonan.
  • Pekerja mesti disahkan sihat oleh pusat pemeriksaan kesihatan di negara sumber.
  • Tidak tersenarai dalam kategori individu dilarang masuk seperti di bawah Seksyen 8(3), Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua syarat ini bertujuan bukan sekadar melindungi kepentingan negara, tetapi juga memastikan hak asasi pekerja asing dijaga dengan adil.

Faedah dan Perlindungan Sosial untuk Pekerja Asing

Mulai 1 Januari 2019, semua pekerja asing di Malaysia diwajibkan untuk didaftarkan di bawah PERKESO.

Perlindungan ini diperkenalkan menerusi Skim Bencana Kerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4). Melalui skim ini, majikan perlu mencarum 1.25% daripada gaji bulanan setiap pekerja asing bagi memberi perlindungan sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan di tempat kerja.

Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui Portal ASSIST PERKESO atau dengan menghantar Borang Pendaftaran Pekerja Asing ke mana-mana cawangan PERKESO berdekatan. Dokumen wajib termasuk salinan pasport, Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) atau pas kerja yang sah.

Selain itu, walaupun pekerja asing tidak diwajibkan mencarum KWSP, mereka masih boleh memilih untuk membuat caruman sukarela KWSP. Langkah ini memberi peluang kepada mereka untuk memiliki simpanan persaraan dan menstabilkan masa depan kewangan selepas tamat tempoh bekerja di Malaysia.

Untuk tujuan ini, pekerja perlu hadir ke mana-mana kaunter KWSP, membawa salinan pasport, permit kerja sah, serta mengisi Borang KWSP 3 (AHL) dan Borang KWSP 16B.

Baca jugaPerlindungan Larangan Buruh Paksa Akta Kerja 1955

Kesimpulannya, undang-undang buruh Malaysia dari Akta Kerja 1955 hingga Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 membuktikan bahawa perlindungan pekerjaan tidak seharusnya terhenti di sempadan kewarganegaraan.

Pekerja asing datang ke Malaysia bukan sekadar mencari rezeki tetapi mereka membawa tenaga dan harapan. Maka, menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan segala urusan gaji, keselamatan dan kebajikan mereka dijalankan dengan penuh integriti.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

picture of male employee holding money and a female employee smiling
Beza Gross Salary dan Net Salary: Panduan Lengkap GajiAsas HR

Beza Gross Salary dan Net Salary: Panduan Lengkap Gaji

Zahin ByondZahin ByondNovember 21, 2025
picture of a man holding a clock and a female part time employee
Berapa Jam Waktu Kerja Part Time di Malaysia?Asas HR

Berapa Jam Waktu Kerja Part Time di Malaysia?

Zahin ByondZahin ByondNovember 17, 2025
Kesalahan Pembayaran Gaji Yang Majikan Perlu ElakkanAsas HRMySyarikat

Kesalahan Pembayaran Gaji Yang Majikan Perlu Elakkan

Zahin ByondZahin ByondOctober 30, 2025

Leave a Reply