Setiap kali masuk tahun baharu, kita pastinya akan buka kalendar, kira tarikh-tarikh cuti dan merancang percutian. Bagi pekerja sektor swasta, cuti tahunan yang tidak digunakan biasanya sama ada carry forward, hangus (burn), atau tertakluk sepenuhnya kepada polisi syarikat.

Namun beza pula ceritanya untuk penjawat awam. Lebihan cuti rehat penjawat awam yang tidak dapat digunakan atas kepentingan perkhidmatan boleh diterjemahkan kepada ganjaran kewangan yang dikenali sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR). 

Di sinilah keunikan sistem perkhidmatan awam Malaysia di mana masa yang dikorbankan tidak hilang begitu sahaja, ia dinilai, direkod, dan akhirnya dihargai.

Kelayakan Cuti Penjawat Awam

Tidak dinafikan, terdapat perbezaan ketara antara cuti sektor swasta dan sektor awam. Di sektor swasta, hak cuti asas berpandukan Akta Kerja 1955, yang secara umum menggariskan enam jenis cuti utama.

Sebaliknya, struktur cuti penjawat awam lebih luas dan berlapis hasil daripada sistem perkhidmatan yang menekankan kebajikan jangka panjang serta keseimbangan antara tugas dan kehidupan. 

Secara asasnya, cuti penjawat awam boleh dirangkumkan kepada empat kategori utama berikut:

  1. Cuti Kerana Perkhidmatan
  • Cuti Rehat
  • Cuti Separuh Gaji
  • Cuti Tanpa Gaji
  1. Cuti Atas Sebab Perubatan
  • Cuti Sakit
  • Cuti Sakit Lanjutan
  • Cuti Pemulihan
  • Cuti Kuarantin
  • Cuti Bersalin
  • Cuti Kecederaan
  • Cuti Tibi, Kusta dan Barah
  1. Cuti Tidak Berekod
  • Cuti Gantian
  • Cuti Hadiri Latihan atau Khemah Tahunan Pertubuhan/Persatuan
  • Cuti Latihan Pasukan Sukarela
  • Cuti Mengambil Bahagian Dalam Sukan atau Olahraga
  • Cuti Menduduki Peperiksaan
  • Cuti Menghadiri Mahkamah
  • Cuti Mesyuarat MBK/MBJ
  • Cuti Mesyuarat Persatuan Ikhtisas
  • Cuti Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai
  • Cuti Tugas Khas Perubatan
  • Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat
  • Cuti Kursus Sambilan
  • Cuti Isteri Bersalin
  • Cuti Umrah
  1. Lain-Lain Cuti
  • Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan
  • Cuti Menjaga Anak
  • Cuti Haji
  • Cuti Kecemasan Am

Namun satu perkara penting perlu difahami, bukan semua cuti boleh ditukarkan kepada wang tunai. Hanya cuti rehat tertentu sahaja yang layak dipertimbangkan di bawah skim GCR penjawat awam.

Gantian Cuti Rehat (GCR) Penjawat Awam

Secara definisi, cuti rehat ialah tempoh kebenaran rasmi yang diluluskan Ketua Jabatan untuk seseorang penjawat awam meninggalkan tugas tanpa dianggap sebagai berhenti kerja. Cuti ini tidak termasuk cuti mingguan atau kelepasan am.

Kelayakan cuti rehat penjawat awam pula ditentukan berdasarkan gred jawatan dan tempoh perkhidmatan, seperti berikut:

  • Pengurusan Tertinggi
    • Bawah 10 tahun perkhidmatan: 30 hari setahun
    • 10 tahun dan ke atas: 35 hari setahun
  • Gred 31–54
    • Bawah 10 tahun perkhidmatan: 30 hari setahun
    • 10 tahun dan ke atas: 35 hari setahun
  • Gred 21–30
    • Bawah 10 tahun perkhidmatan: 25 hari setahun
    • 10 tahun dan ke atas: 30 hari setahun
  • Gred 1–20
    • Bawah 10 tahun perkhidmatan: 20 hari setahun
    • 10 tahun dan ke atas: 25 hari setahun

Apabila cuti rehat ini tidak dapat digunakan atas kepentingan perkhidmatan, penjawat awam layak mengumpulnya sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) iaitu satu bentuk pampasan kewangan yang dihitung secara terkumpul.

Lebih signifikan, melalui Belanjawan 2023, kerajaan bersetuju:

  • Menaikkan had maksimum pengumpulan GCR daripada 160 hari kepada 180 hari.
  • Membenarkan pembayaran tunai sehingga 90 hari tertakluk kepada syarat semasa.

Permohonan GCR penjawat awam boleh dibuat melalui sistem HRMIS dengan mencetak Borang Lampiran A dan mendapatkan kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan. Untuk maklumat lanjut dan pekeliling rasmi, rujukan hendaklah dibuat terus kepada laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Baca juga: Perlukah Majikan Bayar Lebihan Cuti Tahunan Pekerja?

Kesimpulannya, dalam dunia kerja yang semakin menuntut komitmen tanpa henti, sistem GCR membuktikan bahawa pengorbanan penjawat awam tidak dipandang ringan. Ia bukan sekadar cuti yang tidak diambil tetapi ia adalah masa, tenaga, dan khidmat yang akhirnya diberi nilai.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Pengiraan OT Bekerja Pada Hari BekerjaAsas HR

Pengiraan OT Bekerja Pada Hari Bekerja

Zahin ByondZahin ByondApril 22, 2026
Pekerja Kontrak: Apa Perlu Tahu Sebelum Sign Kontrak KerjaAsas HR

Pekerja Kontrak: Apa Perlu Tahu Sebelum Sign Kontrak Kerja

Zahin ByondZahin ByondApril 15, 2026
Cara Kira OT Sabtu atau Ahad di MalaysiaAsas HR

Cara Kira OT Sabtu atau Ahad di Malaysia

Zahin ByondZahin ByondApril 8, 2026

Leave a Reply