Adakah anda sedang dalam proses untuk memulakan bisnes? Jika jawapannya ya, maka penting untuk anda mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memastikan bisnes yang dijalankan mengikut undang-undang.
Namun, timbul persoalan adakah semua jenis perniagaan perlu didaftarkan dengan SSM ataupun ia hanya terpakai kepada mereka yang ingin memulakan bisnes besar-besaran sahaja. Jangan risau, artikel ini akan menerangkan jenis-jenis syarikat yang perlu didaftarkan dengan SSM.
Jenis-Jenis Syarikat di Malaysia
Sama ada anda seorang usahawan baharu atau pemilik syarikat, mendaftarkan dengan SSM adalah wajib. Tujuan pendaftaran ini adalah untuk memastikan syarikat anda mematuhi undang-undang dan memastikan perniagaan yang dijalankan itu mengikut garis panduan yang betul.
Kegagalan untuk mendaftarkan perniagaan anda dengan SSM boleh dikenakan kompaun atau aset perniagaan yang tidak didaftarkan boleh disita.
Sebelum masuk ke bahagian jenis-jenis perniagaan yang wajib didaftarkan dengan SSM adalah lebih baik untuk kenali dahulu jenis entiti perniagaan yang wujud di Malaysia.
- Pemilikan Tunggal
- Jenis perniagaan ini adalah yang paling mudah untuk ditubuhkan, dan hanya warganegara atau penduduk tetap yang sahaja yang boleh mendaftarkan entiti ini. Perniagaan ini selalunya memiliki satu pemilik dan liabilitinya tidak terhad.
- Perkongsian
- Jenis perniagaan ini berfokuskan 2 orang atau lebih, maksimum 20 orang pemilik terhadap entitinya. Selalunya corak perniagaan ini akan menggabungkan sumber semua pihak untuk raih keuntungan. Ia juga terbuka kepada warganegara atau penduduk tetap sahaja.
- Sendirian Berhad (Sdn Bhd)
- Jenis perniagaan ini adalah entiti yang terpisah dari pemiliknya, di mana pemilik hanya bertanggungjawab terhadap jumlah pegangan yang disumbangkan kepada syarikat sahaja. Ia boleh ditubuhkan dengan minimum seorang ahli dan maksimum 50 ahli.
- Berhad Awam (Bhd)
- Jenis perniagaan ini sama seperti Sdn Bhd namun saham syarikat entiti ini boleh ditawarkan kepada orang awam, dan ini bermakna ia boleh disenaraikan di Bursa Saham Malaysia. Selalunya ia memiliki minimum 2 pemegang saham dan jumlah ahli tidak terhad.
- Sendirian Tanpa Had (Sdn)
- Jenis perniagaan ini menawarkan liabiliti tanpa had kepada ahli dan pemegang-pemegang sahamnya. Andai berlaku kerugian atau bebanan hutang, maka ahli dan pemegang sahamnya yang perlu bertanggungjawab bersama-sama.
- Syarikat Asing
- Jenis perniagaan ini bukan dimiliki oleh warganegara tetapi membuka cawangan mereka untuk beroperasi di Malaysia. Ia membenarkan entiti asing menjalankan perniagaan mereka tanpa memerlukan pemiliknya mendiami sesuatu negara itu.
- Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
- Jenis perniagaan ini adalah kombinasi antara ciri-ciri entiti perkongsian dan Sdn Bhd. Ia adalah badan korporat dan merupakan entiti undang-undang yang berasingan dari rakan kongsinya. Pemiliknya mesti 2 orang tetapi tiada jumlah maksimum untuk ahlinya.
Jenis Syarikat Yang Wajib Daftar SSM
Mari kenali jenis-jenis entiti perniagaan atau syarikat yang perlu didaftarkan dengan SSM. Suka dimaklumkan pendaftaran bersama SSM ini berkuatkuasa dan terpakai untuk semua jenis perniagaan di Semenanjung, manakala di Sabah dan Sarawak pula dikawal selia oleh pihak berkuasa tempatan. Sebarang rujukan lanjut boleh dibuat pada laman rasmi SSM.
Antara jenis syarikat yang perlu didaftarkan dengan SSM adalah seperti berikut:
- Pemilikan Tunggal atau Enterprise
Seperti diterangkan pada bahagian atas, pendaftaran entiti pemilikan tunggal ini tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Kos pendaftaran juga rendah, iaitu sekitar RM30 jika menggunakan nama sendiri dan sekitar RM60 jika guna nama dagangan.
Antara kelebihan menubuhkan Enterprise ini adalah ia memerlukan modal kecil, proses pendaftaran yang pantas, dikenakan cukai yang rendah dan sebarang keuntungan yang diperoleh adalah milik persendirian.
- Rakan Kongsi
Dengan saiz maksimum tidak lebih 20 orang, entiti perniagaan rakan kongsi ini perlu didaftarkan dengan SSM dan ia tertakluk di bawah Akta Perkongsian 1961. Kos pendaftaran juga tidak terlalu mahal iaitu sekitar RM100 tahunan.
Kelebihan utama entiti perkongsian ini adalah ia dapat kumpul lebih banyak modal, boleh ditubuhkan dengan minimum 2 orang, memiliki sumber daripada rakan kongsi lain dan cukai yang dikenakan boleh diagih bersama rakan kongsi yang lain.
- Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)
Tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965 dan terbaharu Akta Syarikat 2016, entiti perniagaan ini juga perlu didaftarkan dengan SSM. Hal ini kerana ia membuka ruang untuk ahlinya menjual dan membeli pegangan dalam syarikat. Anggaran kos pendaftaran sekitar RM1,000 setahun tetapi bergantung kepada saiz perniagaan.
Jenis perniagaan ini lebih mudah untuk ditubuhkan berbanding syarikat awam berhad (Bhd). Penyata kewangannya tidak perlu diumumkan kepada orang awam, jangka hayat perniagaan lebih terjamin dan sumber modal jauh lebih besar dari pemilikan tunggal.
- Perkongsian Liabiliti Terhad
Penguatkuasaan pendaftaran bagi jenis entiti ini adalah yang terbaharu diperkenalkan oleh SSM iaitu pada tahun 2012 di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012. Kos pendaftaran untuk perniagaan perkongsian liabiliti terhad ini bermula sekitar RM500.
Bentuk perniagaan ini juga sesuai untuk syarikat pemula (startup) memandangkan ia tiada nilai maksimum untuk jumlah perkongsian, kos permulaan yang agak murah dan menawarkan perjanjian yang fleksibel antara rakan kongsi yang lain.
Baca juga: Cara Login dan Setup MySyarikat
Kesimpulannya, penting untuk anda kenal pasti jenis perniagaan yang dijalankan kemudian daftarkannya dengan SSM. Ingat, pendaftaran dengan SSM ini penting bagi memastikan perniagaan anda mematuhi standard perniagaan yang ditetapkan.
Kegagalan mendaftar bukan sahaja boleh dikenakan kompaun tetapi turut boleh menyebabkan perniagaan anda digantung.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Salam sejahtera.
Saya ingin bertanya, klinik swasta yang sole proprietor adakah wajib mendaftar SSM?
Ya, semua jenis perniagaan yang berjalan di Malaysia perlu mendaftar dengan SSM.
Mf nk tye..klu kita xrenew ssm (nk tamatkn) tp company ada kenderaan ats nama company.
Ape kesan dia pd kenderaan tersebut..instllmnt akn terus di byr spt biasa..tp ssm mati. Ada kah xboleh nl renew roadtx insurans kemudian hari?
Untuk persoalan mengenai aset yang didaftar syarikat ini adalah dinasihatkan untuk rujuk SSM dan pihak bank sendiri untuk penerangan lanjut.
Hi. Nak tanya kalau saya jadi share partner perlu daftarkan ssm jgak ke?
Rakan kongsi perniagaan perlu didaftarkan dengan SSM supaya ia mematuhi peraturan yang ditetapkan. Ini bukan sahaja membantu dalam pengurusan perniagaan, tetapi juga memberikan anda perlindungan undang-undang dan meningkatkan kredibiliti perniagaan di mata pelanggan dan rakan perniagaan lain.
kalau saya jual baju bundle dlm sosial media adakah saya perlu darftar ssm jugak ?
Pendaftaran SSM adalah untuk penubuhan syarikat seperti Berhad, Persendirian, Perkongsian dan lain-lain. Untuk dapatkan lebih kepastian adalah dinasihatkan untuk layari laman rasmi SSM.
UNTUK MEMBUKA PERNIAGAAN DI SABAH PERLUKAH SAYA BERDAFTAR DENGAN SSM ATAU ADA AGENSI YANG DI SABAH YANG PERLU SAYA DAFTAR
Perlu daftar SSM.
Saya nak membuat youtube seperti influencer perlukah saya register SSM atau hanya melalui LHDN kalau nak menerima duit dari youtube
Pendaftaran SSM hanya untuk penubuhan syarikat, bagi pempengaruh yang peroleh pendapatan perlu laporkan kepada LHDN.
BOLEHKAH PERNIAGAAN ENTERPRISE DIDAFTARKAN UTK MENJALANKAN BANYAK AKTIVITI SPT, MENJUAL MAKANAN ATAU MINUMAN, PAKAIAN, PERKHIDMATAN PERTUKANGAN, PEMASANGAN, DLL. TERIMA KASIH.