Memahami perbezaan antara contract of service dan contract for service adalah satu keperluan kerana ia bukan sahaja untuk memastikan hak dan tanggungjawab dilindungi, tetapi juga untuk mengelakkan sebarang pertikaian undang-undang.
Ramai sebenarnya yang masih keliru dengan kedua-dua istilah ini, terutama apabila melibatkan pengambilan pekerja tetap berbanding kontraktor bebas (freelance). Jadi, artikel ini akan menghuraikan secara terperinci perbezaan antara dua jenis kontrak ini, termasuk ciri-ciri utama yang perlu difahami oleh majikan dan pekerja.
Apa Itu Contract of Service?
Contract of service, atau kontrak perkhidmatan, merujuk kepada satu bentuk perjanjian formal antara majikan dan pekerja yang mewujudkan hubungan pekerjaan sah di sisi undang-undang. Dalam jenis kontrak ini, pekerja tertakluk kepada arahan dan kawalan majikan termasuk waktu kerja, lokasi kerja, serta tatacara pelaksanaan tugas harian.
Kontrak ini dikawal oleh pelbagai undang-undang buruh di Malaysia seperti:
- Akta Kerja 1955
- Akta Perhubungan Perusahaan 1967
- Seksyen 2 Akta Cukai Pendapatan 1967
Ciri-ciri Contract of Service
- Kawalan oleh majikan: Majikan menetapkan apa yang perlu dilakukan, bagaimana, dan bila kerja itu mesti dilaksanakan.
- Faedah pekerjaan penuh: Pekerja layak menerima pelbagai faedah seperti KWSP, SOCSO, cuti tahunan, cuti sakit, dan elaun.
- Perlindungan undang-undang: Pekerja dilindungi di bawah undang-undang pekerjaan Malaysia.
- Contoh: Seorang pekerja kilang atau pembantu teknikal yang bekerja mengikut jam tetap dan menerima gaji bulanan.
Apa Itu Contract for Service?
Berbeza dengan kontrak pekerjaan, contract for service adalah satu perjanjian di mana seseorang individu atau entiti bertindak sebagai kontraktor bebas untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan atau syarikat.
Kontrak ini lebih berbentuk perkhidmatan profesional atau projek, di mana syarat dan hasil kerja telah dipersetujui lebih awal. Kontrak jenis ini juga tidak tertakluk kepada Akta Kerja 1955, sebaliknya ia ditadbir di bawah:
- Akta Kontrak 1950
Ciri-ciri Contract for Service
- Autonomi kerja penuh: Kontraktor bebas menentukan kaedah dan waktu untuk menyiapkan tugasan.
- Tiada faedah pekerjaan: Tiada caruman KWSP atau SOCSO yang wajib, dan tiada akses kepada faedah seperti cuti berbayar.
- Pendapatan perniagaan: Hasil yang diterima dianggap sebagai pendapatan perniagaan, bukan gaji.
- Contoh: Seorang penceramah jemputan di universiti atau kontraktor pembaikan pejabat yang hanya dibayar untuk projek tertentu.
Perbezaan Antara Contract of Service dan Contract for Service
Aspek | Contract of Service | Contract for Service |
Hubungan | Majikan dan pekerja | Pelanggan dan kontraktor bebas |
Kawalan | Majikan mengawal cara, masa, dan lokasi kerja | Kontraktor bebas tentukan sendiri cara dan masa kerja |
Faedah | Layak KWSP, SOCSO, cuti tahunan, cuti sakit, dan faedah undang-undang lain | Tiada faedah pekerjaan, tidak wajib caruman |
Perlindungan Undang-undang | Dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 dan undang-undang buruh lain | Tidak tertakluk pada Akta Kerja 1955, bergantung pada terma kontrak |
Jenis Pendapatan | Gaji tetap | Pendapatan perniagaan atau bayaran berdasarkan projek |
Soalan Lazim (FAQ)
- Adakah kontraktor perlu mencarum KWSP atau SOCSO?
Tidak wajib, tetapi mereka boleh memilih untuk mencarum secara sukarela.
- Bolehkan seseorang ada kedua-dua jenis kontrak serentak?
Ya, asalkan tidak bercanggah dengan kontrak utama dan tiada konflik kepentingan.
- Bagaimana untuk tukar dari contract for service kepada contract of service?
Perlu kontrak baharu yang menyatakan secara jelas peranan, faedah dan tanggungjawab sebagai pekerja tetap.
Baca juga: Pekerja Tetap vs Pekerja Kontrak
Kesimpulannya, perbezaan antara contract of service dan contract for service bukan sekadar istilah, tetapi melibatkan asas undang-undang, hak pekerja, struktur pendapatan, serta tahap kawalan kerja.
Sebelum tandatangan mana-mana kontrak, pastikan anda benar-benar memahami terma yang dinyatakan sama ada anda seorang majikan, pekerja tetap atau kontraktor bebas.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!
