Memasuki tahun 2024 boleh dikatakan hampir 60% perniagaan di seluruh Malaysia sudah mula beralih menggunakan sistem pengurusan sumber manusia atau human resource management system (HRMS) atas talian (online).
Malah kerajaan Malaysia juga dilihat semakin aktif menyokong penggunaan teknologi dalam kalangan perniaga dengan menyuntik dana kepada syarikat-syarikat teknologi tempatan bagi membangun sistem perisian pengurusan sumber manusia yang setaraf antarabangsa.
Jika anda sebagai pengusaha perniagaan, tidak kira perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau pemilik syarikat konglomerat yang masih bergantung kepada spreadsheet dan folder fail, sudah tiba masanya untuk beralih ke perisian HRMS automatik seperti MySyarikat!
Faedah Perisian HRMS Automatik MySyarikat
Tidak dapat dinafikan pengurusan sumber manusia adalah aspek penting dalam perniagaan. Pengurusan sumber manusia ini bukan hanya melibatkan proses merekrut pekerja sahaja, tetapi turut merangkumi aspek lain seperti gaji pekerja sehingga permohonan cuti.
Oleh itu, penggunaan HRMS yang lebih moden dapat memudahkan pelbagai tugasan rumit pengurusan sumber manusia sekaligus meningkatkan kecekapan kerja, penglibatan pekerja, kepatuhan perundangan dan paling penting lebih menjimatkan kos.
Ambil contoh perisian HRMS MySyarikat yang menawarkan segala fungsi automasi pengurusan sumber manusia dari gaji hingga cuti, ini adalah faedah yang akan boleh anda terima apabila menggunakannya.
- Permohonan Cuti Pantas Dengan Satu Klik
Salah satu masalah utama dalam proses permohonan cuti pekerja adalah penggunaan multiple approval yang memerlukan pengesahan secara berperingkat-peringkat. Apabila ada satu pihak lambat memberikan pengesahan maka proses mohon cuti tidak berjalan dengan lancar.
Tetapi dengan fungsi Leave Management MySyarikat prosedur multiple approval jadi lebih efisien dengan semua pihak dapat akses kepada permohonan cuti pada smartphone dan boleh dibuat pengesahan dengan satu klik sahaja.
Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa mana-mana pihak untuk mengejar pihak lain bagi mendapatkan pengesahan, dan seterusnya meningkatkan lagi dinamik kerja apabila semua orang dapat memberi fokus kepada tugasan masing-masing.
- Urus Segala Tuntutan Pada Smartphone Sahaja
Dalam pengurusan tuntuan prosesnya memakan masa yang paling panjang di mana pekerja perlu mengira jumlah tuntutan, melampirkan bukti tuntutan, membuat pembayaran sebarang potongan dan pelbagai lagi.
Segala tugasan rumit tersebut kini dapat dimudahkan dengan Claim Management MySyarikat apabila segala proses tuntutan dibuat secara automatik sebaik pekerja mengimbas resit pada smartphone.
Melalui fungsi ini segala mengiraan dan potongan untuk tuntuan dijana secara automatik, sekaligus mengurangkan risiko kesalahan manusia. Jika ada kesalahan sekali pun ia tidak memerlukan anda membuat pengiraan semula sebaliknya edit sahaja pada sistem.
- Bayar Gaji, Caruman dan Overtime Walaupun Pada Hari Cuti
Pembayaran gaji adalah perkara terpenting dalam pekerjaan. Kelewatan pembayaran, kesalahan memasukkan nilai caruman dan ketidakupayaan untuk menyelaraskan pembayaran dengan kadar overtime boleh menjejaskan dinamik kerja dan perniagaan.
Atas faktor itu Secured Payroll menawarkan segala kemudahan pembayaran, caruman dan penambahan pembayaran overtime pada satu aplikasi yang mudah dan efisien. Segala pembayaran dan agihan juga boleh dibuat walaupun pada hari cuti rehat secara automatik.
Tidak dilupakan juga fungsi MySyarikat ini juga menawarkan kemudahan menjana slip gaji secara automatik. Sebaik pembayaran dibuat dan pengiraan dilengkapkan, sistem akan terus menjana slip dalam sekelip mata.
- Sampaikan Pengumuman Penting Terus Kepada Perkerja
Apabila bekerja dalam satu organisasi dengan puluhan pekerja agak sukar untuk memastikan pengumuman yang dibuat itu diterima oleh pekerja atau tidak. Apabila terjadi kes pekerja tidak mendapat memo mulalah masalah-masalah lain akan timbul.
Disebabkan itu fungsi Smart Annoucement MySyarikat diperkenalkan bagi membantu melancarkan lagi pengurusan sumber manusia syarikat. Sebarang pengumuman dapat dibuat dan dihantar terus ke smartphone pekerja atau pada email, jadi tiada yang ketinggalan.
Menariknya di sini fungsi ini mengentengahkan two way communication yang mana membolehkan pekerja untuk memaklumkan kepada pegawai HR bahawa mereka sudah menerima pengumuman itu melalui satu klik sahaja.
- Rekod Kehadiran Pekerja Dengan Selfie dan GPS Tracking
Boleh dikatakan kebanyakan syarikat masih menggunakan sistem punch card dalam merekod kehadiran pekerja dan disebabkan itu juga banyak berlakunya masalah seperti buddy punch sehingga menyusahkan pengiraan gaji
Kelemahan tersebut dapat diselesaikan dengan Smart Attendance MySyarikat dengan pengenalan sistem rekod kehadiran pekerja yang innovatif dan kreatif. Pekerja hanya perlu mengambil selfie dan sistem akan menyimpan rekod termasuk lokasi kehadiran.
Selepas itu sistem akan automasikan rekod kehadiran pekerja terus kepada penggajian untuk memudahkan urusan pembayaran gaji. Dengan fungsi ini pekerja tidak lagi boleh tipu kehadiran dan lokasi di mana mereka rekod kehadiran juga dapat dilihat dengan GPS tracking.
Akses Segala Fungsi MySyarikat Tanpa Belanja Kos Banyak
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menggunakan sistem HRMS online seperti MySyarikat untuk menguruskan pengurusan sumber manusia syarikat anda. Baik PKS atau tidak sistem MySyarikat bersifat universal dan praktikal untuk digunakan.
Paling penting sekali kos melanggan sistem MySyarikat juga adalah antara yang terendah dalam arena HRMS di Malaysia. Dengan harga RM15 bagi seorang pekerja, anda boleh nikmati segala akses yang disebutkan tanpa ada kompromi. Mari jadikan tahun 2024 sebagai tahun perniagaan terbaik untuk anda dengan bantuan sistem HRMS MySyarikat.
Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!
Muat turun aplikasi MySyarikat sekarang dan ‘Book Demo’ untuk rasai sendiri pengalaman menggunakan MySyarikat pada gambar di bawah.