Skip to main content

Dalam menguruskan perniagaan pasti akan berdepan pelbagai cabaran lebih-lebih lagi melibatkan pekerja yang berkhidmat di bawah kita. Atas faktor itu sebuah syarikat memerlukan bahagian Sumber Manusia (HR) yang ‘padu’ untuk enguruskan pekerja, pentadbiran dan perniagaan.

Namun, memiliki pegawai di bahagian HR ‘padu’ sahaja tidak cukup jika tiada peralatan yang ‘power’ untuk membantu menguruskan dan melancarkan tugasan kerja lebih-lebih lagi apabila melibatkan sejumlah pekerja dalam kuantiti yang banyak.

Memperkenalkan MySyarikat, sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) yang ‘power’ untuk membantu pegawai di bahagian HR mencapai tahap ‘padu’ yang lebih tinggi!

Kebolehcapaian sistem intuitif MySyarikat ini menawarkan segala penyelesaian yang diperlukan syarikat dan pegawai HR dalam menjalankan tugasan-tugasan rumit perniagaan serta pentadbiran.

Antara penyelesaian utama yang ditawarkan MySyarikat adalah,

1. Mengautomasikan penggajian

MySyarikat menyediakan sistem dan menawarkan fungsi mesra pengguna dalam memudahkan pengurusan pernigaan seperti penggajian pada satu aplikasi sahaja.

Proses mengurus gaji yang memakan masa, lebih-lebih lagi melibatkan kuantiti pekerja yang banyak boleh jadi lebih efisien. Selain itu, sistem MySyarikat juga mampu menjana slip gaji secara automatik sebaik pengiraan dibuat. Memudahkan akses kepada pekerja dan majikan!

Selain itu, tugasan rumit seperti pengiraan caruman KWSP/SOCSO/SIP pekerja dan potongan-potongan cukai seperti PCB juga dapat diselesaikan dengan MySyarikat, jadi tidak perlu lagi risau dengan kesalahan pengiraan.

2. Memantau kehadiran dan prestasi pekerja

Kelebihan utama sistem MySyarikat tentunya terletak pada fungsi innovatif dalam mengambil dan merekod kehadiran pekerja. Pekerja kini boleh ambil ‘selfie’ untuk kehadiran secara real-time dan pegawai HR boleh memantau lokasi pekerja dengan GPS yang terbina pada aplikasi.

Fungsi ini telah diperkenalkan bagi menyelesaikan masalah penipuan kehadiran pekerja seperti buddy-punch atau isu mesin rosak yang menyukarkan proses rekod kehadiran. Cara merekod kehadiran melalui selfie ini adalah yang pertama di Malaysia dan dipeloporikan oleh MySyarikat!

Tidak dilupakan juga dengan menggunakan MySyarikat pekerja boleh memohon cuti serta semak baki cuti pada aplikasi, dan pegawai HR juga boleh terus meluluskannya permohonan secara real-time tanpa perlu tandatangan (digital signature).

3. Membantu perancangan HR

Dalam mengguruskan pekerja dalam kuantiti yang banyak, seorang pegawai HR perlukan peralatan komunikasi yang baik dan MySyarikat adalah pilihan terbaik yang menawarkan platform komunikasi terpantas dan efisien.

Sebarang pengumuman boleh dibuat pada aplikasi dan pekerja akan terus dapat notifikasi pada peranti mereka, malah pegawai HR juga boleh semak respond pekerja yang menerima mesej untuk melancarkan lagi tugasan penyampaian maklumat.

Menarik lagi, fungsi MySyarikat yang berasaskan pengawanan (cloud-based) akan memastikan sebarang rekod data tersimpan dengan selamat dalam sistem supaya tiada kes kehilangan fail atau dokumen penting ketika pegawai HR ingin buat semakan rujukan.

Tentunya apabila anda menggunakan MySyarikat, pengalaman kerja anda akan berubah 360 darjah ke arah kebaikan dengan,

  • Peningkatan efisiensi kerja

Tugasan yang rumit dan berulang kini boleh diautomasikan dengan MySyarikat. Tiada lagi masalah pegawai HR buat kerja lambat dan bahagian HR boleh memberi tumpuan kepada tugasan lain. Majikan juga boleh beri sepenuh perhatian kepada berkembangan perniagaan apabila menggunakan MySyarikat.

  • Pengurangan kesilapan

Sebarang kesilapan pengiraan, pembahagian, rekod dan penolakan dapat dikurangkan sebanyak mungkin dengan menggunakan sistem intuitif MySyarikat. Kini majikan tidak perlu lagi bimbang akan kesilapan yang boleh merugikan syarikat. Berikan semua perhatian kepada perniagaan tanpa kebimbangan.

  • Memudahkan akses maklumat

Kemampuan MySyarikat untuk menyimpan segala rekod dalam sistemnya, dan kemudahan untuk pegawai HR mengaksesnya semula adalah yang terbaik dalam arena HRMS. Tugasan HR kini menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa. Sebarang data kini hanya di hujung jari.

  • Mengurangkan kos

Lupakan kebimbangan kos perbelanjaan yang banyak untuk menguruskan pekerja dengan MySyarikat. Dengan hanya melanggan MySyarikat serendah RM8 per pengguna, anda boleh nikmati pelbagai akses kepada fungsi menyeluruh HRMS. Penawaran yang tiada kompromi, satu harga untuk semua fungsi!

  • Meningkatkan kepuasan pekerja dan majikan

Matlamat MySyarikat dalam menawarkan aplikasi HRMS yang mersa pengguna dan innovatif pasti akan membuatkan pengguna terjatuh hati. Alami sendiri pengalaman penggunaan yang ‘simple’ tapi memenuhi keperluan dan kepuasan pekerja dengan MySyarikat.

Jadi jangan tunggu lagi, dengan sekali klik sistem intuitif MySyarikat dapat menyelesaikan segala tugasan secara automatik tanpa menelan sebarang kos tambahan!

Rasai sendiri pengalaman automasi sistem HR dengan muat turun aplikasi MySyarikat di App Store, Google Play Store dan App Gallery secara percuma sekarang! Atau klik pada gambar untuk mendaftar, 100% percuma!