Istilah onboarding sangat tidak asing dalam arena sumber manusia (HR). Ia merujuk kepada aktiviti atau proses mengenal pasti, merekrut dan membawa masuk pekerja baru untuk sertai organisasi syarikat.
Proses onboarding ini bukan hanya dilakukan oleh syarikat-syarikat yang baru ditubuhkan sahaja, malah syarikat besar juga masih melakukan aktiviti merekrut pekerja sepanjang tahun tanpa henti bagi mengembangkan organisasi dan tenaga kerja.
Sebagai makluman proses onboarding bukan hanya sekadar membawa masuk pekerja baru semata-mata tetapi terdapat pelbagai aspek yang perlu dipertimbangkan supaya bakat baru itu memberi manfaat kepada syarikat.
Fahami Asas Onboarding
Faktanya, onboarding adalah tradisi yang sangat tidak asing untuk mana-mana syarikat di Malaysia atau luar negara. Walaupun proses onboarding memakan masa panjang dan menelan belanja besar, ia adalah tugasan yang penting demi kelangsungan syarikat.
Antara kepentingan proses onboarding kepada kelangsungan syarikat adalah,
- Tingkatkan Saiz Tenaga Kerja
Memastikan tenaga pekerja mencukupi untuk syarikat kekal beroperasi pada tahap yang optimum. Jika saiz tenaga kerja syarikat mencukupi, maka segala tugasan yang diagihkan akan berjalan dengan lancar.
- Tingkatkan Produktiviti Kerja
Dengan adanya jumlah pekerja yang mencukup untuk menjalankan tugasan syarikat, ia secara tidak langsung meningkatkan produktiviti kerja ke tahap yang lebih tinggi. Selain itu, mengenal pasti pekerja berkualiti juga dapat meningkatkan mutu kerja syarikat.
- Tingkatkan Kepuasan Kerja
Apabila tenaga kerja mencukupi dan produktiviti kerja terjamin, ia dapat membantu meningkatkan kepuasan pengalaman kerja yang seterusnya mengurangkan jumlah pekerja berhenti (employee retention).
- Tingkatkan Peluang Perkembangan Syarikat
Proses onboarding yang efektif dapat membuka peluang perkembangan syarikat dengan lebih besar. Apabila syarikat tidak perlu bimbang tentang pekerja maka organisasi boleh memberi fokus kepada perkara lain seperti perhubungan dengan pelanggan.
Langkah-Langkah Proses Onboarding Yang Betul
Seperti dijelaskan sebelum ini proses onboarding memakan masa yang panjang dan boleh menelan belanja besar. Oleh itu, penting untuk pegawai HR mengambil segala langkah-langkah betul bagi mengurangkan risiko-risko kerugian.
- Sebelum Proses Onboarding Bermula
- Menyediakan bahan temuduga (interview) dan diskripsi kerja (job description) untuk jawatan yang diperlukan
- Mengiklankan jawatan kosong mengikut bajet dan kos yang diperuntukan
- Interview calon pekerja, membincangkan maklumat penggajian dan menghantar surat tawaran kerja
- Semasa Proses Onboarding Bermula
- Menyediakan segala keperluan kerja untuk pekerja yang diambil bekerja
- Merancang handover dengan pekerja yang ingin berhenti dan membantu pekerja baru menyesuaikan diri
- Mengajar segala hak-hak pekerja kepada pekerja baru dan menerangkan sasaran kerja yang ditetapkan
- Selepas Proses Onboarding Bermula
- Memastikan pekerja dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja baru
- Merancang proses onboarding seterusnya dengan pihak pengurusan
- Mulakan sebelum proses onboarding bermula semula
Tip Onboarding Yang Efektif
Ini adalah antara tip-tip melakukan onboarding yang boleh diamalkan dalam membantu pekerja baru cepat menyesuaikan diri dengan syarikat.
- Beri fokus kepada proses sebelum onboarding bermula
- Rancang proses onboarding dengan pengurus dan syarikat
- Wujudkan mentor atau buddy system untuk pekerja baru sesuaikan diri
- Tetapkan sasaran dan KPI kepada pekerja baru
- Amalkan kolaborasi antara setiap bahagian dalam syarikat
Pada kesimpulannya, proses onboarding memainkan peranan sangat penting dalam menempa hala tuju syarikat untuk berkembang. Sebagai pegawai HR atau majikan penting untuk amalkan amalkan cara onboarding yang efektif bagi mengurangkan kos dan mendapatkan pekerja yang berkualiti.
Selarasakan Proses Onboarding Anda Dengan MySyarikat
Adakah anda alami masalah pengurusan pekerja kerana sukar mendapatkan pekerja berkualiti? Jika jawapannya ‘Ya’ sudah tiba masa untuk naik taraf kualiti pekerja dengan MySyarikat!
MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.
Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat! Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!