Skip to main content

Amalan work life balance adalah sangat penting demi memastikan paras kesihatan mental dan fizikal kita sentiasa terjaga. Maka, amalan bekerja di rumah atau work from home (WFH) menjadi trend dalam kalangan pekerja di Malaysia.

Bagi pekerja yang tidak memerlukan interaksi yang penuh di lokasi bekerja, mereka boleh memilih untuk menggunakan kemudahan WFH ini. Terutamanya untuk pekerjaan yang hanya melibatkan proses dalam talian (online). 

Kerajaan juga telah menetapkan peraturan yang berpatutan untuk menyediakan kemudahan ini kepada semua pekerja di Malaysia. Pada 1 Januari 2023, kerajaan telah meluluskan kemudahan untuk pekerja menukar waktu bekerja, hari bekerja dan tempat bekerja. 

Trend Bekerja dari Rumah

Trend bekerja di rumah bermula selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020. Demi menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja, syarikat pilih untuk WFH demi meneruskan sesi pekerjaan di samping menjaga kebajikan pekerja.

Kini, syarikat menyediakan pilihan  WFH bagi pekerja untuk memudahkan mereka melakukan kerja secara remote. Cara ini dapat menggalakkan pekerja untuk melakukan kerja dalam suasana selesa pilihan mereka. 

Adakah penting WFH ini? Secara ringkasnya, iya penting kerana ramai yang memilih pekerjaan yang menyediakan WFH ini atas dasar fleksibel dalam waktu dan tempat bekerja. Ia juga dapat meningkatkan hasil kerja tanpa meletakkan beban yang berat kepada pekerja.

Kebaikan Bekerja dari Rumah

WFH bukan sahaja memudahkan pekerja, tapi ia juga mempunyai kebaikan dan kelebihan kepada pekerja dan majikan. Disebabkan ini, trend WFH mula jadi popular dalam kalangan syarikat-syarikat di Malaysia.  

Antara kelebihan WFH atau disebut juga sebagai remote working oleh sesetengah syarikat di Malaysia adalah,

  1. Jimat Kos 

Antara kebaikan WFH adalah penjimatan kos untuk pekerja dan majikan. Bekerja dari rumah bermakna kos untuk minyak, tol dan perbelanjaan untuk makan di luar dapat dikurangkan. Manakala, untuk majikan pula kos untuk menyewa dan bil-bil dapat dikurangkan.                                                                                                                                                                                                                                                                                  

  1. Bebas Memilih Lokasi Kerja

WFH juga dapat memberikan kebebasan kepada pekerja untuk pilih sendiri tempat yang mereka mahu untuk menjalankan kerja. Misalnya, tempat yang tenang seperti perpustakaan atau kafe. Bagi majikan pula ia dapat meringankan beban pemilihan lokasi syarikat.

  1. Boleh Beri Perhatian Kepada Keluarga

Jika berada di rumah, maka ia bermaksud kita ada masa untuk bersama dengan keluarga. Bagi seorang yang sudah berkeluarga, aspek ini adalah sangat penting demi mengimbangkan kehidupan kerja (work-life balance) dan masa untuk anak-anak. 

  1. Kurangkan Stress

Sentiasa terperangkap dalam office boleh menjejaskan prestasi kerja kita. Ini kerana stress boleh berpunca daripada bebanan kerja yang banyak dan suasana office yang tidak kondusif. Maka, WFH boleh membantu untuk mengurangkan stress pekerja dan tingkatkan kualiti kerja kepada syarikat. 

Aturan Kerja Fleksibel

Jadi, bagaimana pekerja boleh memohon untuk bekerja secara WFH? Sebenarnya senang sahaja, berdasarkan Seksyen 60P Akta Kerja 1995 pada Bahagian 12C – Perkiraan Kerja Fleksibel, pekerja boleh memohon untuk mengubah beberapa perkara berkaitan dengan pekerjaan mereka seperti: 

  1. Masa kerja
  2. Hari kerja  
  3. Tempat kerja

Di samping itu, pekerja boleh memohon kepada majikan untuk kemudahan kerja fleksibel ini dengan hanya menyediakan permohonan bertulis seperti surat rasmi. Tugas majikan adalah hanya untuk meluluskan atau menolak permohonan tersebut dalam masa enam puluh hari.

Tambahan lagi, keputusan ke atas permohonan tersebut mestilah dimaklumkan semula kepada pekerja yang memohon. Ini selaras dengan penetapan pada Subseksyen (1), 60P pada Akta Kerja 1955. Jika permohonan tersebut di tolak, majikan perlu menyediakan alasan atas penolakan tersebut.

Perlu difahamkan bahawa majikan memilik hak untuk menolak permohonan kerja fleksibel pekerja jika dirasakan tugasan kerja dibuat tidak sesuai untuk remote working. Pekerja juga perlu mengambil kira beberapa faktor sebelum memohon seperti kesesuaian kerja.

Kesimpulannya, kebaikan dari Aturan Kerja Fleksibel ini patut diguna pakai oleh pekerja di Malaysia demi memastikan kesihatan mental dan fizikal terjaga. WFH adalah alternatif terbaik untuk menjalankan tugas tanpa menggunakan tenaga dengan berlebihan.

Tingkatkan Kepuasan Pekerja Anda Dengan MySyarikat

Adakah anda alami masalah pengurusan pekerja kerana ketidakpuasan hati pekerja yang tinggi? Jika jawapannya ‘Ya’ sudah tiba masa untuk penuhi keperluan dan tingkatkan kepuasan pekerja dengan MySyarikat!

MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gajicutituntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat! Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!

Leave a Reply