Dengan landskap dunia pekerjaan yang dinamik dan sering berubah-ubah, cabaran kepada bahagian HR bertambah sukar dan strategi pengurusan kovensional tidak lagi berkesan dalam memberikan penyelesaian efektif seperti mengekalkan pekerja (employee retention).
Atas faktor itu penggunaan HR software dapat membentu perniagaan menangani cabaran-cabaran berkaitan pekerjaan, dan seterusnya menyediakan rangka kerja utama dalam membentuk budaya kerja positif di dalam syarikat.
Cabaran HR Dalam Dunia Moden
Punca utama yang menyebabkan seseorang pekerja itu kekal setia bekerja dengan syarikat, atau tinggalkan syarikat selepas beberapa bulan bekerja semuanya bergantung kepada pengalaman bekerja dan budaya kerja yang diterapkan.
Cara majikan, pihak pengurusan dan bahagian sumber manusia (HR) menyelesaikan masalah-masalah di tempat kerja serta budaya kerja yang diamalkan akan diambil kira oleh pekerja dalam membuat keputusan sama ada kekal untuk bekerja atau tidak.
Ini merupakan beberapa cabaran-cabaran baru yang dihadapi terutama kepada bahagian HR di dalam dunia moden kini.
- Mencipta Rangka Kerja Onboarding Pekerja Berkesan
Membawa masuk pekerja baru ke dalam syarikat merupakan antara proses yang sukar dan memakan masa yang lama. Satu kajian yang dibuat sebelum ini mendapati kebanyakan syarikat gagal untuk mencipta satu rangka kerja onboarding yang baik, seterusnya menyukarkan pekerja dan bahagian HR untuk mewujudkan budaya kerja positif dalam syarikat.
- Mewujudkan Latihan dan Peluang Perkembangan Pekerja
Seperti yang dikatakan awal tadi, pekerja membuat keputusan sama ada untuk kekal atau berhenti berdasarkan pengalaman kerja yang syarikat tawarkan. Menawarkan ruang latihan dan peluang perkembangan dapat meningkatkan kepuasan pengalaman bekerja pekerja, namun tidak semua syarikat mampu memberikannya atas masalah lain sepeti kos dan insentif.
- Mengekalkan Pekerja dan Penglibatan Di Dalam Syarikat
Kadar pekerja berhenti merupakan indikator utama yang mengukur prestasi sesebuah syarikat tersebut. Jika syarikat berjaya mengamalkan budaya kerja positif dan menawarkan pengalaman bekerja baik, maka kadar pekerja berhenti boleh berkurangan. Namun perlu diingatkan makin ramai pekerja, makin banyak permintaan yang berbeza-beza untuk dipuaskan.
- Mengurangkan Tugasan Pengurusan dan Pentadbiran
Salah satu cabaran terbesar bahagian HR di zaman moden ini adalah kesukaran untuk membahagikan tugasan antara pengurusan dan pentadbiran. Walaupun kedua-dua tugasan ini saling berkait dan menjadi tanggungjawab bahagian HR, namun perlaksanaannya berbeza serta memakan masa. Maka tidak hairan banyak syarikat menbahagikan tugasan tersebut untuk 2 orang berbeza.
Sistem MySyarikat Penyelesaian Masalah HR Moden
Masalah HR zaman moden perlukan penyelesain masalah cara moden, dan MySyarikat menwarkannya semua di dalam satu sistem sahaja. Lebih menarik lagi MySyarikat turut memiliki aplikasi tersendiri yang pelbagai fungsi untuk majikan dan pekerja.
- Automasikan Pengurusan dan Pentadbiran
Kelebihan utama HR software seperti MySyarikat tentunya kemampuan sistem untuk automasikan tugasan pengurusan dan pentadbiran supaya jadi lebih efektif. Dari proses pembayaran gaji sehingga onboarding dapat dibuat dalam satu sistem sahaja.
- Naik Taraf Pengalaman Pekerja
Dengan sistem yang dijana secara automatik pengalaman pekerja juga bertambah baik, sekaligus mampu mengurangkan kadar berhenti. Contohnya sistem MySyarikat yang memberi akses mudah kepada pekerja untuk mohon cuti atau claim terus dari smartphone sahaja.
- Tambah Baik Proses Bekerja
Proses seperti onboarding sehingga pekerja berhenti dapat ditambah baik dengan penggunaan HR software MySyarikat apabila segala yang diperlukan mudah diakses. Kecekapan pengurusan data sehingga pembuat keputusan dapat diautomasikan pada hujung jari.
- Pematuhan Perundangan Kerja
Kebimbangan untuk merangka gerak kerja yang efektif dapat disingkirkan dan tiada kebimbangan apabila menggunakan HR software MySyarikat yang jelas patuh penetapan undang-undang kerja seperti Akta Kerja 1955.
Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.
Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!