Skip to main content

Perkara melibatkan gaji (atau turut disebut sebagai ‘upah’ di dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022) ini tidak boleh dibuat main-main. Tindakan majikan yang lambat bayar ataupun menahan gaji pekerja bukan sahaja salah di sisi undang-undang tetapi turut dikira tidak beretika.

Perihal Gaji Dan Hak Pekerja

Jika dilihat pada Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 perihal tentang gaji atau upah pekerja ini telah disebut pada beberapa bahagian seperti berikut:

  • Bahagian 3 (Pembayaran Upah)
  • Bahagian 4 (Potongan-Potongan Daripada Upah)
  • Bahagian 5 (Sistem Pembayaran Upah)
  • Bahagian 6 (Keutamaan Upah)

Antara intipati penting yang semua pekerja dan majikan perlu cerna adalah mengenai tempoh pembayaran upah yang terkandung pada Seksyen 18 dan Seksyen 19, Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022. Pada seksyen-seksyen tersebut ia menerangkan bahawa,

(1) Sesuatu kontrak perkhidmatan hendaklah menetapkan suatu tempoh upah tidak melebihi satu bulan. (2) Jika dalam mana-mana kontrak perkhidmatan tiada tempoh upah yang ditetapkan, tempoh upah hendaklah bagi maksud-maksud kontrak tersebut dianggap sebagai satu bulan.” Seksyen 18 – Tempoh Upah

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), setiap majikan hendaklah membayar kepada setiap pekerjanya tidak lewat dari hari ketujuh selepas hari terakhir bagi mana-mana tempoh upah, ditolak potongan-potongan yang sah yang diperolehi oleh pekerja tersebut dalam tempoh upah tersebut.” Seksyen 19 – Masa Pembayaran Upah

Berdasarkan penetapan pada seksyen-seksyen tersebut jelas di sini bahawa majikan wajib membayar gaji pekerja untuk tempoh bekerja 1 bulan, dan pembayaran tersebut mesti dibuat antara 1 haribulan sehingga paling lewat 7 haribulan pada bulan berikutnya.

Di sini para majikan juga wajib untuk fahami bahawa gaji merupakan hak mutlak pekerja, dan kegagalan ataupun kelewatan pembayaran gaji ini bukan sahaja telah melanggar undang-undang kerja Malaysia tetapi boleh dikenakan tindakan oleh Jabatan Tenaga Kerja jika didapati bersalah. 

Kesalahan Majikan Tahan (Hold) Gaji Pekerja

Secara amnya, majikan tidak boleh menahan (hold) gaji pekerja atas apa-apa sebab sekalipun. Benar, majikan tiada hak untuk menahan gaji pekerja sungguhpun ketika pekerja itu ingin berhenti kerja.

Perkara ini telah dinyatakan pada Seksyen 20, Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang mengatakan bahawa,

Upah-upah, ditolak apa-apa potongan yang sah yang diperolehi oleh tetapi belum lagi dibayar kepada seseorang pekerja yang mana kontrak perkkhidmatannya tamat menurut subseksyen 11(1) atau seksyen 12 hendaklah dibayar kepada pekerja tersebut tidak lewat daripada hari di mana kontrak perkhidmatan itu tamat sedemikian.” Seksyen 20 – Pembayaran Atas Penamtan Biasa Kontrak

Maka, berdasarkan penetapan tersebut jelas bahawa majikan tidak boleh sama sekali menahan gaji pekerja yang ingin berhenti. Sebaliknya majikan wajib membayar gaji pekerja tersebut pada hari terakhir pekerja itu berhenti misalnya pada 15 haribulan atau 20 haribulan.

Tindakan majikan untuk menaham gaji pekerja yang ingin berhenti boleh dilaporkan ke Jabatan Tenaga Kerja, dan tindakan susulan boleh diambil terhadap majikan jika didapati bersalah oleh Ketua Pengarah.

Namun, bagi majikan yang berdepan situasi di mana pekerja berhenti tanpa pemberian notis penamatan kontrak pula tidak menjadi kewajipan untuk membuat sebarang pembayaran kepada pekerja tersebut.

Penetapan ini telah diterangkan pada Seksyen 21 (Pembayaran atas penamatan konteak dalam keadaan-keadaan yang khas dan atas perlanggaran kontrak).

(1) sekiranya majikan menamatkan kontrak perkhidmatan pekerja tanpa notis menurut subseksyen 13(1) atau (2) dan perenggan 14(1)(a):

  1. Upah-upah ditolak apa-apa potongan yang berhak dibuat oleh majikan di bawah seksyen 24, yang diperolehi oleh pekerja tersebut sehingga dan termasuk hari sebelum hari di mana penamatan kontrak perkhidmatan itu mula berkuat kuasa; dan
  2. Sebagai tambahan, sekiranya majikan menamatkan kontrak perkhidmatan di bawah subseksyen 13(1), maka indemniti yang patut dibayar kepada pekerja di bawah subseksyen itu,

Hendaklah dibayar oleh majikan kepada pekerja tidak lewat daripada hari di mana kontrak perkhidmatan itu ditamatkan sedemikian.

Mudah kata contohnya pekerja perlu bayar gaji dua bulan sebagai pampasan kepada majikan sebagai ganti rugi pengganti tempoh notis dua bulan tersebut. Maka di sini majikan tidak perlu bayar sebarang gaji pekerja untuk tempoh 2 bulan tersebut.

Lupakan Kebimbangan Pengurusan Gaji Dengan MySyarikat!

Adakah syarikat anda menghadapi masalah pengurusan gaji pekerja? Perlukan sistem yang boleh automasikan pengurusan gaji pekerja sehingga yang ingin berhenti kerja? MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan!

Dengan sistem HR software MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!

surat cuti sakit tanpa mc
Umum

Contoh Surat Cuti Sakit Tanpa MC

Zahin ByondZahin ByondApril 10, 2025

10 Comments

  • Jika saya sudah beri notis 1 bulan bermula tarik saya beri notis 15/11 dan jika gaji saya pada bulan 11 ini dihold tindakan apa perlu saya buat pada majikan tersebut dan notis saya ditamat kan 14/12

  • Syuk says:

    jika saya diberhentikan tanpa notis dgn alasan tidak bagi bukti sakit dan alasan keburukan saya apa tindakan yang harus d buat?

    • Zahin Byond says:

      Jika pekerja gagal menyerahkan bukti sijil sakit (MC) dan gagal hadir bekerja 2 hari berturut-turut ia boleh dianggap melanggar persetujuan kontrak kerja, maka majikan berhak untuk memecat pekerja. Dinasihatkan untuk bincang dengan majikan dan kemukakan bukti sebagai sokongan.

  • Queen says:

    Kalau berhenti tanpa notis, disebabkan tekanan mental dari bos, dan bos langsung tak bayar gaji bulan lepas, still boleh buat report jtk tak ?

    • Zahin Byond says:

      Untuk berhenti kerja perlu berikan notis penamatan, jika pemberhentian segera perlu ganti rugi notis. Jika pekerja gagal bayar ganti rugi notis maka majikan boleh ambilnya daripada gaji pekerja.

  • Fauzana Binti Senapi says:

    Saya telah ditamatkan perkhidmatan pada 4.3.25.dengan alasan saya tidak setuju dan tidak mengikut prosedur akta pekerjaan 1955yang sepatutnya. Surat penamatan telah diberikan kepada dalam masa 24 jam.
    Dalam surat penamatan tersebut menyatakan gaji saya akan dibayar sehingga 4.4.25.Tetapi, pihak syarikat meminta saya memulangkan surat akuan penerimaan. Sekuranya saya enggan berbuat demikian, gaji saya akan ditangguhkan. Saya tidak memulangkan surat akuan penerimaan kerana tidak setuju dengan alasan pemecatan saya.
    Setahu saya pihak majikan tidak berhak untuk menangguhkan gaji.
    Apa perlu saya buat

  • Reezal bin HJ Yahaya says:

    Sy tidak dapat hadirkan diri di tempat kerja dalam satu jangkasamasa yg amat panjang iaitu lebih kurang 1 bulan setengah dimana Sy telah mengalami minor stroke. Bolehkah majikan ditempat Sy bekerja itu TIDAK MEMBAYAR GAJI SY dalam bulan tersebut walaupun SY TELAH SERTAKAN PDNYA SIJIL CUTI SAKIT SY ITU?
    JIka ianya berlaku pd pihak manakah sepatutnya Sy membuat rujukan?. Apakah tindakan yg perlu Sy lakukan? Sy ucapkan berbanyak terima kasih krn sudi meluangkan masa dgn masalah Sy ini.

Leave a Reply