Istilah pekerja sambilan atau separuh masa (part-time) merujuk kepada pekerja yang bekerja di bawah kontrak perkhidmatan dengan majikan tetapi jumlah jam kerjanya hanya 30% ke 70% sahaja daripada pekerja sepenuh masa.
Mungkin atas faktor itu faedah dan hak pekerja separuh masa ini sering kali diabaikan dalam perbincangan mengenai hak pekerja. Namun, ini tidak bermakna pekerja yang berstatus sambilan atau separuh masa ini tidak dilindungi oleh perundangan kerja di Malaysia.
Undang-Undang Berkaitan Pekerja Sambilan/Separuh Masa

Secara dasarnya Akta Kerja 1955 (Pindaa) 2022 yang menjadi sumber rujukan utama apabila melibatkan perihal pekerjaan di Malaysia tidak menyebut tentang pekerja sambilan atau separuh masa (part-time).
Sebaliknya hak perlindungan terhadap pekerja sambilan atau separuh masa (part-time) ini diterangkan pada Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010. Menariknya di sini peraturan tersebut merupakan sebahagian daripada Akta Kerja 1955.
Jadi ini bermakna secara tidak langsung pekerja yang berstatus sambilan atau separuh masa (part-time) masih dilindungi oleh perundangan kerja utama negara, selain turut dilindungi oleh undang-undang khas mereka tersendiri.
Hak Berkaitan Pekerja Sambilan/Separuh Masa

Sama seperti pekerja sepenuh masa lain, mereka yang berstatus separuh pekerja sambilan atau separuh masa (part-time) layak menerima faedah sama seperti:
- Gaji
- Caruman
- Notis Berhenti
Dari segi gaji, ini bermakna pekerja sambilan atau separuh masa (part-time) layak untuk menerima pembayaran pada kadar gaji minum. Kemudian sejumlah gaji tersebut juga adalah tertakluk juga kepada potongan-potongan wajib seperti KWSP, PERKESO dan SIP.
Walaupun jam kerja pekerja sambilan atau separuh masa (part-time) ini tidak sama dengan pekerja sepenuh masa, mereka tetap juga layak dan berhak untuk menerima faedah cuti termasuk hari cuti umum.
Ini bermakna andai majikan meminta pekerja sambilan atau separuh masa (part-time) bekerja pada hari cuti umum yang digariskan dalam Akta Kerja 1955, maka mereka perlu dibayar pada kadar bayaran overtime (OT).
Selain itu juga, pekerja sambilan atau separuh masa (part-time) layak menerima cuti sakit dan cuti tahunan (annual leave) setiap tahun sama seperti pekerja sepenuh masa. Andai pekerja ingin berhenti dan masih memiliki baki cuti tahunan maka majikan wajib membayarnya.
Perihal melibatkan penamatan kontrak juga sama untuk pekerja sambilan atau separuh masa (part-time), di mana mereka masih perlu memaklum kepada majikan niat untuk berhenti dan jalani tempoh notis.
Kesnya sama juga jika pekerja sambilan atau separuh masa (part-time) ingin berhenti dalam tempoh 24 jam. Pekerja perlu membayar ganti rugi notis (notice in lieu) sebagai pampasan kepada majikan untuk pemberhentian segera.
Kesimpulannya, status pekerja sambilan atau separuh masa (part-time) ini tidak menghalang pekerja daripada menerima faedah dan dilindungi hak mereka sebagai pekerja. Tanpa mengira status pekerja yang memasuki kontrak kerja masih dilindungi oleh Akta Kerja 1955.
Sebagai majikan penting untuk memastikan hak pekerja terjamin dan mengikut penetapan yang digariskan dalam Akta Kerja 1955. Untuk pekerja pula andai majikan menzalimi hak-hak sebagai pekerja, boleh buat laporan di Jabatan Tenaga Kerja.
Lancarkan Urusan Pengurusan Pekerja Dengan MySyarikat!
Adakah syarikat anda menghadapi masalah pengurusan pekerja? Perlukan sistem yang boleh lancarkan pengurusan dan tingkatkan pegalaman pekerjaan? MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan!
Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.
Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami.

hi bolehkah syarikat terminate saya tanpa notis semasa saya part time dan dalam tempoh percubaan?
Tidak. Pemecatan pekerja masih memerlukan pembertian notis walaupun untuk pekerja separuh masa.
Hi assalamualaikum ..kerja masih status ojt selama 1bulan boleh kh sya lapor kepada pihak jabatan buruh kerana gaji masa status ojt tak dibayar??
Boleh.
Hi…perkerja sambilan boleh dapat tak gaji wlupon baru kerja seminggu dan serta merta berhenti tanpa surat notis
Berhenti kerja perlu diberikan notis, dan berhenti serta merta memerlukan ganti rugi notis.
Assalamualaikum, saya part time as student di sebuah kedai baju dan majikan saya warga kemboja selama sebulan dan saya diterima kerja tanpa sebarang contract hitam putih. Namun saya ketika mahu berhenti tetapi majikan tak bagi berhenti dan gaji selama saya bekerja juga tidak akan diberi seperti mana dikatakan ketika saya di interview. Saya juga bekerja dari pukul 9 hingga pukul 10 malam pada bulan ramadan untuk kejar sales. Namun majikan telah menganjakkan masa sehingga pukul 12 malam last minutes ketika saya closing dan ini penyebab utama saya mahu berhenti kerana masalah transport, masalah kesihatan dan masalah lain yang tertentu. Adakah saya boleh tuntut gaji saya lagi dan apa yang boleh buat jika majikan tetap tidak memberikannya?
Bagaimana untuk pembayaran pampasan ganti rugi notis kepada majikan untuk pemberhentian serta merta dan jumlahnya?
Disebabkan itu penting untuk ada kontrak hitam putih. Bagi kes ini boleh buat aduan ke JTK. Untuk persoalan ganti rugi notis ia perlu ikut penetapan dalam kontrak sebenarnya.