Skip to main content

Secara umumnya di Malaysia terdapat tiga jenis syarikat yang paling banyak didaftarkan bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd), Syarikat Berhad (Bhd), dan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT). 

Setiap jenis syarikat ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, dan sekirannya anda berhasrat untuk memulakan perniagaan penting untuk ambil maklum seperti perkara berkaitan sebelum membuat keputusan. 

Jadi artikel kali ini akan menerangkan secara ringkas tentang setiap jenis syarikat yang selalu dibuka di Malaysia sebagai panduan untuk membantu anda membuat pilihan yang tepat bagi memulakan perniagaan.

Jenis-Jenis Syarikat Selalu Dibuka di Malaysia

Suka dimaklumkan terdapat banyak jenis syarikat yang didaftarkan di dalam Malaysia. Tetapi untuk artikel ini kita akan mendalami beberapa sahaja syarikat. Sungguhpun begitu, setiap jenis syarikat di dalam Malaysia perlu didaftarkan dengan SSM untuk beroperasi.

Berikut adalah beberapa jenis syarikat yang sering dibuka dalam Malaysia.

1. Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)

Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) adalah bentuk syarikat yang paling popular di Malaysia. Ia adalah entiti undang-undang yang berasingan daripada pemiliknya, ini bermaksud liabiliti pemilik adalah terhad kepada sumbangan mereka dalam syarikat. 

Berikut adalah beberapa ciri utama Sdn Bhd:

  • Liabiliti Terhad: Pemilik syarikat hanya bertanggungjawab terhadap jumlah yang mereka laburkan dalam syarikat
  • Mudah Mencari Pelabur: Sdn Bhd lebih mudah menarik pelabur kerana struktur korporatnya yang jelas
  • Kelangsungan Syarikat: Syarikat ini boleh terus beroperasi walaupun pemilik asal meninggal dunia atau menarik diri
  • Pemilikan Saham: Syarikat ini boleh mengeluarkan saham kepada individu atau entiti lain

Kelebihan Sdn Bhd:

  • Perlindungan liabiliti kepada pemilik
  • Mudah untuk mendapatkan pembiayaan dan pelaburan
  • Nama syarikat adalah eksklusif dan dilindungi undang-undang

Kekurangan Sdn Bhd:

  • Kos penubuhan dan penyelenggaraan yang lebih tinggi
  • Peraturan dan pematuhan yang ketat
  • Keperluan untuk menyerahkan penyata kewangan yang diaudit setiap tahun

2. Syarikat Berhad (Bhd)

Syarikat Berhad (Bhd) adalah syarikat yang boleh disenaraikan di bursa saham dan menawarkan saham kepada umum. Berbanding dengan Sdn Bhd, Syarikat Berhad lebih sesuai untuk perniagaan besar yang mencari modal daripada pelabur awam. 

Bawah adalah ciri-ciri beberapa utama Syarikat Berhad:

  • Saham Ditawarkan kepada Umum: Saham syarikat boleh dibeli oleh orang awam, membolehkan syarikat mendapatkan modal besar dengan cepat
  • Liabiliti Terhad: Sama seperti Sdn Bhd, liabiliti pemilik terhad kepada sumbangan mereka dalam syarikat
  • Keperluan Penyenaraian: Syarikat Berhad perlu mematuhi pelbagai keperluan penyenaraian dan peraturan Bursa Malaysia

Kelebihan Syarikat Berhad:

  • Akses kepada pasaran modal yang luas
  • Prestij dan kredibiliti yang lebih tinggi
  • Kebolehan untuk mengumpul modal yang besar dengan mudah

Kekurangan Syarikat Berhad:

  • Proses penyenaraian rumit dan mahal
  • Pendedahan maklumat kewangan dan operasi yang tinggi kepada awam
  • Pengurusan dan kawalan yang lebih kompleks

3. Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) adalah gabungan ciri-ciri perkongsian dan syarikat Sdn Bhd. Ia memberikan fleksibiliti perkongsian dengan perlindungan liabiliti yang serupa dengan Sdn Bhd. 

Antara ciri-ciri utama sebuah syarikat PLT adalah:

  • Liabiliti Terhad: Rakan kongsi hanya bertanggungjawab terhadap jumlah yang mereka laburkan
  • Pengurusan Fleksibel: Struktur pengurusan yang lebih fleksibel berbanding Sdn Bhd
  • Tidak Perlukan Audit Tahunan: PLT tidak diwajibkan untuk mengemukakan penyata kewangan yang diaudit kecuali ia melebihi saiz tertentu

Kelebihan PLT:

  • Perlindungan liabiliti untuk rakan kongsi
  • Kos penubuhan dan penyelenggaraan lebih rendah
  • Fleksibiliti dalam pengurusan dan operasi

Kekurangan PLT:

  • Kurang dikenali berbanding Sdn Bhd dan Bhd
  • Kesukaran dalam menarik pelabur besar
  • Had liabiliti mungkin tidak cukup untuk perniagaan berisiko tinggi

Pilih Syarikat Ikut Kemampuan Atau Keperluan?

Memilih jenis syarikat yang sesuai untuk perniagaan anda adalah keputusan penting yang memerlukan pertimbangan teliti. Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd), Syarikat Berhad (Bhd), dan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) masing-masing menawarkan kelebihan dan cabaran yang berbeza. 

Oleh itu, pastikan anda memahami setiap jenis syarikat ini sebelum membuat keputusan untuk memastikan struktur yang dipilih selaras dengan matlamat dan keperluan perniagaan anda. Ingat, kelancaran syarikat bergantung kepada pengurusan yang efektif dan lancar.

Jadikan Syarikat Anda Lebih Efektif Dengan MySyarikat!

Dalam pada itu adakah anda perlukan HR software terbaik yang boleh bantu naik taraf pengalaman pekerjaan? Jika jawapannya ‘YA’ HR software MySyarikat adalah pilihan pengurusan terbaik kepada bisnes-bisnes di Malaysia.

Dengan sistem HR software MySyarikat, pengurusan sumber manusia syarikat akan akan menjadi lebih efisien dan efektif! Daripada pengurusan gaji, cuti, tuntutan sehingga merekod kehadiran dan banyak lagi dapat diselesaikan dengan HR software yang moden dan inovatif ini.

Mari tingkatkan kualiti kerja tempat kerja, melancarkan operasi perniagaan dan merevolusikan syarikat anda dengan sistem HR software moden MySyarikat

Jom rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software MySyarikat sekarang secara percuma dengan ‘Book Demo’ bersama kami!

Leave a Reply