Skip to main content

Saban hari tugasan pentadbiran dan pengurusan semakin mencabar. Dengan landskap dunia pekerja yang berubah-ubah mengikut dinamik tenaga kerja yang berbeza pasti syarikat perlu menaik taraf diri demi kekal berdaya saingn dengan para persaing.

Oleh itu, penting untuk setiap syarikat mengadaptasikan pengurusan dan pentadbiran dengan sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) yang moden seperti MySyarikat. Dari tugasan pengambilan pekerja sehingga pengurusan prestasi, HR software MySyarikat dapat memudahkan segala tugasan bahagian sumber manusia.

Kenapa Syarikat Anda Perlu Gunakan Sistem HRMS?

Terdapat banyak kelebihan yang boleh dinikmati syarikat apabila menggunakan HR software seperti MySyarikat. Antara kelebihan utama sistem HRMS tentunya mengurangkan kesalahan manusia (human error), namun ia lebih daripada sekadar itu sahaja.

Kelebihan lain yang boleh dipertimbangan dalam memilih untuk menggunakan HR software seperti MySyarikat adalah,

  1. Storan Pengawanan 

Kemampuan sistem HRMS yang berorentiasikan pengawanan (cloud) membolehkan sebarang dokumen pekerja disimpan dengan selamat tanpa sebarang risiko kehilangan atau rosak. Dengan storan pengawanan juga ia memudahkan akses kepada semua pihak dari pekerja ke pegawai HR.

  1. Tingkatkan Efisiensi 

Kelancaran operasi dan penjimatan masa amat penting kepada sesebuah perniagaan. Dan sistem HRMS yang berorentasikan automasi, janaan komputer secara automatik dapat meningkatkan efisiensi kerja sehingga tiga kali ganda dengan pelbagai fungsi yang diperlukan HR.

  1. Jaminan Pematuhan dan Keselamatan

Apabila menyentuh tentang salah satu tugasan HR seperti pembayaran gaji, pematuhan kepada perundangan adalah sangat penting. Lebih-lebih dalam konteks Malaysia, gaji pekerja adalah subjek kepada caruman-caruman wajib maka sistem HRMS automatik dapat memastikan pematuhan terhadap perundangan yang ditetapkan.

  1. Naik Taraf Pengalaman Bekerja

Selain daripada memberi manfaat kepada HR, sistem HRMS juga mampu menaik taraf pengalaman bekerja pekerja ke peringkat baru. Ini secara tidak langsung boleh meningkatkan kepuasan pengalaman bekerja dan seterusnya memastikan produktiviti pekerja terjamin. 

  1. Selaraskan Pengurusan dan Pentadbiran

Segala tugasan pegawai HR yang merumitkan seperti pengiraan gaji hingga pemfailan data pekerja dapat diselaraskan pada satu sistem sahaja. Melaluinya pegawai HR dapat memberi fokus kepada perkara yang lebih penting – pekerja itu sendiri berbanding tugasan rumit yang melecehkan.

Jenis Perniagaan Manakah Yang Sesuai Gunakan Sistem HRMS?

Pada asasnya setiap bentuk perniagaan sesuai untuk mengadaptasikan penggunaan sistem HRMS untuk syarikat mereka. Dari jenis perniagaan kecil dan sederhana (PKS) hingga firma korporat, HR software seperti MySyarikat sangat sesuai untuk membantu tingkatkan pengurusan dan pentadbiran.

Antara jenis-jenis perniagaan yang dinasihatkan untuk adaptasi penggunaan sistem HRMS di Malaysia bagi meningkatkan efisiensi adalah,

  • Perniagaan Mikro
    • Contoh : kedai runcit, salon rambut, perniaga kecilan
    • Kegunaan HRMS : automasikan agihan gaji
  • Firma Profesional
    • Contoh : firma perakaunan, firma guaman
    • Kegunaan HRMS : automasikan agihan gaji, pengurusan cuti, storan data 
  • Perniagaan Kecil dan Sederhana
    • Contoh : perusaha kedai makan, usahawa
    • Kegunaan HRMS : automasikan agihan gaji, pengurusan cuti, storan data, pematuhan penetapan perundangan kerja 
  • Syarikat Permula
    • Contoh : perniagaan yang baru mula dan tiada sumber kewangan stabil 
    • Kegunaan HRMS : automasikan agihan gaji, pengurusan cuti, storan data, pematuhan penetapan perundangan kerja, tingkat efisinsi kerja 
  • Sektor Perkilangan
    • Contoh : syarikat yang berfokuskan pengeluaran
    • Kegunaan HRMS : automasikan agihan gaji, pengurusan cuti, storan data, pematuhan penetapan perundangan kerja, tingkat efisinsi kerja, selaraskan pengurusan dan pentadbiran

Secara kesimpulannya, semua jenis perniagaan di Malaysia sesuai untuk mengggunakan sistem HRMS bagi memudahkan serta menyelarasakan pentadbiran syarikat. Kebolehcapaian sistem HRMS merentasi pelbagai bahagian dan menawarkan fungsi yang sangat diperlukan HR.

 Revolusikan Perniagaan Anda Dengan MySyarikat 

Adakah anda sedang tercari-cari sistem HRMS yang mudah digunakan tetapi menawarkan pelbagai fungsi-fungsi yang diperlukan HR? Jika jawapannya ‘Ya’ sudah tiba masa untuk automasikan pengurusan dan pentadbiran dengan MySyarikat!

MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat! Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!

Leave a Reply