Skip to main content

Menguruskan perniagaan tentu satu cabaran yang sukar dan apa-apa sahaja boleh berlaku tanpa diduga. Maka, majikan perlu usahakan sebaiknya demi memastikan syarikat sentiasa kuat dan kukuh menghadapi setiap dugaan. 

Namun begitu, ada kalanya syarikat perlu membuat keputusan yang berat sama ada untuk meneruskan perjuangan atau berhenti. Pada masa itu, syarikat perlu menguruskan segala yang berkaitan dengan hutang atau akan diambil tindakan.

Merujuk kepada Akta Kerja 1995, terdapat prosedur dan panduan untuk majikan ikuti dalam menyelesaikan segala jenis pembayaran upah yang dihutang oleh syarikat. 

Keutamaan Majikan Bayar Upah

Akta kerja 1995, seksyen 31 (1) menyebut bahawa apabila syarikat berhenti beroperasi, hutang-hutang berbaki perlu dilunaskan sepenuhnya mengikut keutamaan. Syarikat perlu mengikuti keutamaan ini merujuk kepada Akta kerja 1995. 

Keutamaan tersebut adalah seperti yang berikut:

  1. Upah pekerja yang belum dibayar
  2. Bayaran balik kepada pelabur
  3. Hutang ke atas kerja yang dibuat oleh kontraktor yang belum dibayar.

Perlu diingatkan bahawa setiap hutang perlu bersumber dari syarikat yang terlibat sahaja. Sebarang modal yang dibawa daripada sumber luar seperti syarikat lain tidak boleh digunakan untuk membayar hutang kepada pihak-pihak di atas.

Tetapi, jika sumber tidak mencukupi atau tidak mempunyai sebarang wang, syarikat boleh merujuk kepada mahkamah untuk menggunakan aset dari syarikat pemilikan yang lain sebagai sumber membayar hutang yang belum selesai.

Jika tidak mempunyai aset daripada syarikat luar, syarikat atau majikan boleh menggunakan aset peribadi untuk dicairkan supaya dapat membayar upah dan hutang tersebut. Langkah-langkah ini perlu dibicarakan di mahkamah dan dilaksanakan atas keputusan Ketua Pengarah.

Manakala hutang yang gagal dikutip akan dikategorikan sebagai hutang lapuk. Perkara ini berlaku atas sebab-sebab tertentu seperti penghutang tidak mampu membayar semula, penghutang tidak dapat dikesan atau hilang, meninggal dunia, bankrap atau pun muflis. 

Tindakan Pekerja Jika Tidak Dibayar Gaji

Bagaimana pula bagi pihak pekerja yang diberhentikan dan tak dibayar gaji? Apakah langkah-langkah yang perlu mereka ambil untuk mendapatkan hak mereka kembali? Pekerja perlu tahu hak mereka dan menuntut seadilnya jika terlibat dalam situasi ini.

Perkara pertama yang perlu dibuat adalah untuk berbincang sebaiknya dengan majikan berdasarkan skim pemisahan VSS atau MSS. Pekerja perlu menyuarakan kebimbangan mereka dan mendapatkan penyelesaian yang boleh dipersetujui oleh pihak majikan dan pekerja.

Sebaliknya, jika majikan enggan berbincang dengan pekerja atas hal ini, pekerja boleh melaksanakan tindakan mengikut undang-undang seperti yang berikut:

  1. Membuat aduan secara bertulis kepada Jabatan Tenaga Kerja dengan menulis surat rasmi dan hantar melalui e-mail [email protected] atau pergi ke pejabat Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan atau menghubungi  03-8000 8000.
  2. Menyediakan dokumen berkaitan pekerjaan seperti surat tawaran atau kontrak pekerjaan.
  3. Tunggu keputusan Jabatan Tenaga Kerja
  4. Pegawai Jabatan Tenaga Kerja akan menghubungi majikan untuk membicarakan tuntutan yang dibuat oleh pekerja. Sekiranya majikan menerima tuntutan dan bersetuju untuk membayar, maka kes itu dianggap selesai dan pekerja perlu menarik balik tuntutan yang dibuat. Namun, jika majikan mempertikaikan tuntutan tersebut, Pegawai Jabatan Tenaga Kerja akan menetapkan tarikh untuk mendengar kes pekerja di Mahkamah Buruh.
  5. Sesi mahkamah perlu dihadiri oleh majikan dan pekerja. Majikan boleh disaman oleh Jabatan Tenaga Kerja jika perlu.
  6. Pekerja boleh memilih untuk mewakili diri sendiri, atau diwakili oleh kesatuan sekerja, seorang peguam atau pegawai dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia  
  7. Di akhir sidang, pihak Pegawai Penguasa akan memberi perintah secara bertulis atau lisan. Pihak yang tidak berpuas hati atas keputusan itu boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi 14 hari dari tarikh keputusan itu dibuat.  
  8. Sekiranya defendan (majikan) tidak merayu kepada Mahkamah Tinggi dan tidak mahu mematuhi perintah Mahkamah Buruh, Pejabat Buruh akan membantu menguatkuasakan perintahnya di Mahkamah Sesyen (Sivil) untuk mendapatkan semula wang yang dituntut.

Kesimpulannya, syarikat perlu sedar atas tanggungjawab yang ada setelah memberhentikan operasi. Syarikat perlu akur atas tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan menyelesaikan secara baik.

Pekerja juga perlu mempertahankan diri supaya tidak dianiaya oleh pihak lain dan berjuang untuk mendapatkan hak mereka yang sepatutnya. Mujur, Akta Kerja 1995 menyediakan panduan yang boleh diikuti bagi kedua-dua pihak majikan dan pekerja.

Lancarkan Pengurusan Syarikat Anda Dengan MySyarikat!

Adakah syarikat anda menghadapi masalah pengurusan pekerja? Perlukan sistem yang boleh lancarkan permohonan dan pengesahan cuti secara automatik? MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! 

Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami.

Leave a Reply