Skip to main content

Umumnya, kita bekerja atau memberi khidmat kepada majikan supaya menerima gaji setiap bulan bagi menampung kos sara hidup serta membayar segala komitmen yang ada. Jika anda bekerja tetapi tidak menerima gaji, dinasihatkan untuk buat laporan ke Pejabat Buruh.

Tetapi mungkin ada diantara kita pernah lalui saat di mana gaji yang diterima pada awal bulan habis digunakan untuk menampung segala kos komitmen, dan pada pertengahan bulan atau ketika hujung bulan terpaksa ikat perut.

Jika anda pernah lalui saat-saat tersebut, jangan khuatir kerana Akta Kerja 1955 membenarkan pendahuluan oleh majikan kepada pekerja namun dengan syarat tertentu. Oleh itu, artikel kali ini akan membincangkan had pendahuluan kepada pekerja mengikut undang-undang.

Apa Itu Pendahuluan Gaji?

Pendahuluan gaji atau salary advance secara ringkasnya merujuk kepada satu faedah kepada pekerja untuk penerimaan upah lebih awal daripada tarikh pembayaran gaji, selalunya sebelum masuk awal bulan.

Ia juga merujuk kepada perjanjian kewangan diantara pekerja dan majikan. Di mana majikan bersetuju untuk memberikan sebahagian daripada gaji pekerja lebih awal daripada tarikh penggajian yang sepatutnya.

Betul Ke Akta Kerja 1955 Benarkan Pendahuluan Gaji? 

Setiap pekerja yang bekerja wajib dibayar gaji (upah) oleh majikan untuk tempoh bekerja sebulan. Perkara ini telah digariskan dalam undang-undang kerja utama Malaysia, Akta Kerja pada Bahagian 3 berkaitan Pembayaran Upah.

Di sini kita tidak boleh sangkal lagi bahawa majikan wajib untuk bayar gaji pekerja tepat pada masa, dalam kuantiti yang dipersetujui dalam kontrak kerja dan gaji yang dibayar mestilah sudah ditolak segala caruman ditetapkan undang-undang.

Bagi kes pendahuluan pula, ia telah dinyatakan secara jelas pada Seksyen 22 di dalam Akta Kerja 1955. Ringkasan seksyen tersebut adalah seperti berikut:

“(1) Maka tiadalah majikan boleh dalam masa mana-mana satu bulan membuat pendahuluan atau pendahuluan-pendahuluan upah kepada pekerja yang belum lagi diperolehi oleh pekerja tersebut, yang mana melebihi dalam agregat jumlah upah yang mana pekerja itu perolehi dalam bulan yang sebelumnya daripada perkhidmatannya dengan majikan tersebut, atau jika dia tidak berada begitu lama dalam perkhidmatan tersebut dalam masa satu bulan, melainkan pendahuluan tersebut dibuat kepada pekerja -”  

Berdasarkan penerangan seksyen di atas kita dapat simpulkan bahawa majikan dilarang memberi kepada pendahuluan gaji kepada pekerja melebihi jumlah gaji yang diperolehi pada bulan sebelumnya. Mudah kata pendahuluan gaji yang layak pekerja terima adalah separuh daripada jumlah gaji bulanan.

Wow, sebahagian daripada gaji bulan depan boleh didahulukan oleh majikan!

Sungguhpun Akta Kerja membenarkan pendahuluan gaji tersebut, namun terdapat beberapa syarat yang dibenarkan untuk majikan berikan salary advance tersebut. Senarai di bawah adalah tujuan yang dibenarkan Akta Kerja 1955.

  • Bagi membolehkan membeli sebuah rumah atau membina atau membaiki rumah;
  • Bagi membolehkan membeli tanah;
  • Bagi membolehkan membeli sebuah motokar, motosikal atau basikal;
  • Bagi membolehkan membeli syer perniagaan majikan itu yang ditawarkan untuk jualan oleh majikan;
  • Bagi membolehkan membeli sebuah komputer
  • Bagi membolehkan membayar perbelanjaan perubatan diri sendiri atau ahli keluarga terdekat;
  • Bagi membolehkan membayar perbelanjaan harian sementara menunggu apa-apa bayaran berkala kerana hilang upaya sementara di abwah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;
  • Bagi membolehkan membayar perbelanjaan pendidikan bagi diri sendiri atau ahli keluarga terdekat;
  • Bagi mana-mana tujuan lain-
    • Berkenaan dengan mana suatu permohonan secara bertulis dibuat oleh majikan kepada Ketua Pengarah;
    • Yang mana, pada pendapat Ketua Pengarah, berfaedah kepada pekerja; dan
    • Yang diluluskan secara bertulis oleh Ketua Pengarah, dengan syarat bahawa dalam memberikan kelulusan itu, Ketua Pengarah boleh membuat ubahsuaian-ubahsuaian tertentu kepadanya atau mengenakan syarat-syarat tertentu ke atasnya sebagaimana yang difikirkannya berpatutan;
  • Bagi lain-lain tujuan tertentu sebagaimana Menteri dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan di dalam Warta, tetapkan sama ada pada umum berkaitan dengan semua pekerja atau hanya berkaitan dengan mana-mana pekerja tertentu atau mana-mana golongan, kategori atau jenis pekerja. 

Jika dilihat senarai di atas bukan semua situasi dan tujuan membolehkan anda menerima pendahuluan gaji oleh majikan. Perlu diingatkan pendahuluan oleh majikan ini adalah untuk tujuan kecemasan walaupun pada dasarnya ia adalah gaji anda sendiri.

Wajib Ke Majikan Beri Pendahuluan Kepada Pekerja?

Pada dasarnya Akta Kerja 1955 TIDAK MEMAKSA mana-mana majikan untuk berikan pendahuluan kepada pekerja. Ia bergantung kepada tujuan, situasi dan polisi yang diamalkan syarikat dalam membantu pekerja memenuhi keperluan harian mereka.

Jadi kalau majikan tidak tawarkan salary advance boleh ke?

Andai anda seorang majikan, ia terletak seratus peratus kepada polisi yang ingin anda amalkan dalam syarikat. Jika ingin tawarkan pendahuluan ia tidak menjadi kesalahan kerana dibenarkan undang-undang, dan tidak mahu tawarkan juga tidak menjadi masalah.

Satu perkara yang pasti adalah menawarkan pendahuluan terdapat kelebihan dan kekurangnya tersendiri. Jika anda sebagai majikan mahupun pekerja, ini adalah beberapa kelebihan dan kekurangnya yang boleh dipertimbangkan berkaitan pendahuluan gaji.

  • Kelebihan
    1. Tingkatkan Moral – Pekerja akan berasa lebih tenang membuat kerja kerana tahu majikan boleh memberikan sebahagian gaji ketika waktu genting.
    2. Tingkatkan Kesetiaan – Pekerja mungkin cenderung untuk setia dengan syarikat yang memberi fleksibiliti kewangan kepada mereka.
    3. Tingkatkan Kredibiliti – Syarikat yang berikan pendahuluan gaji adalah lebih diminati oleh kebanyakan pekerja.
  • Kekurangan
    1. Bebanan Hutang – Ia boleh meningkatkan risiko pekerja berhutang kerana gaji yang diterima pada bulan depan lebih kurang.
    2. Sukar Selaraskan Payroll – Pengiran payroll boleh terjejas kerana ada pekerja yang dibayar separuh dan pembayaran caruman juga boleh terjejas. 
    3. Struktur Kewangan Boleh Terjejas – Setiap syarikat memiliki bajet tersendiri dan pemberian pendahuluan tanpa rancangan boleh menjejaskan struktur kewangan.

GajiNow MySyarikat Boleh Bantu Selaras Pendahuluan Gaji Pekerja!

Jika syarikat anda membuat keputusan untuk menawarkan pendahuluan, dinasihatkan untuk guna MySyarikat kerana terdapat fungsi pendahuluan gaji – GajiNow dengan kerjasama Orpheus Capital!

Fungsi GajiNow bukan sahaja membolehkan pekerja untuk mendapatkan pendahuluan gaji ketika waktu genting, malah dapat memastikan struktur kewangan syarikat tidak terjejas apabila pekerja meminta pendahuluan gaji.

Menariknya lagi, fungsi GajiNow turut bantu menyemak kelayakan peminjam dan skor CTOS. Jadi tiada kerisauan pendahuluan gaji yang ditawarkan tidak mematuhi undang-undang kerja di Malaysia!

Dalam pada itu, MySyarikat turut menawarkan segala fungsi lain yang dapat membantu majikan dan pegawai HR seperti pengurusan payroll, pengurusan cuti dan tuntutan, pengurusan kehadiran, pengurusan KPI dan banyak lagi!

Dengan MySyarikat pengurusan syarikat anda akan menjadi lebih lancar dan efisien. Rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software terbaik di Malaysia – MySyarikat sekarang!

Klik BOOK DEMO untuk tetapkan temujanji demo sistem secara percuma!

beza rest day dan off day
Asas HR

Beza Antara Rest Day dan Off Day

Zahin ByondZahin ByondDecember 6, 2024

Leave a Reply