Skip to main content

Cuti bersalin dan cuti paterniti merupakan salah satu daripada hak utama pekerja yang dilindingi di bawah Akta Kerja 1955. Ia merupakan salah satu faedah yang patut dimanfaatkan pekerja terutamanya bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Namun, ramai pekerja terutamanya pekerja lelaki tidak tahu hak mereka berkaitan cuti paterniti dan tidak kurang ada pekerja wanita yang tidak arif tentang kelayakan cuti bersalin. Artikel ini akan menerangkan hak cuti bersalin dan cuti paterniti, dan kelayakan untuk memohonnya mengikut undang-undang kerja.

Apa Itu Cuti Bersalin?

Cuti bersalin adalah cuti khas yang diberikan kepada pekerja wanita yang melahirkan anak. Ia merupakan salah satu daripada cuti berbayar yang dibenarkan dalam Akta Kerja 1955. Antara hak utama pekerja berkaitan cuti bersalin adalah:

  • Pekerja wanita yang sudah berkahwin.
  • Pekerja wanita berhak dapat cuti sehingga 98 hari.
  • Pekerja wanita layak dapat elaun ketika cuti bersalin ikut kiraan yang ditetapkan.

Apa Itu Cuti Paterniti?

Cuti paterniti merupakan cuti yang diberikan kepada pekerja lelaki apabila pasangannya melahirkan anak. Cuti ini adalah sebahagian daripada cuti berbayar dan pekerja layak mendapat sehingga 7 hari cuti untuk setiap kelahiran.

Kelayakan dan Permohonan Cuti Bersalin & Cuti Paterniti

Di bawah pindaan Akta Kerja 1955 pada 2022 lalu, jumlah cuti bersalin telah dinaikkan daripada 60 hari kepada 98 hari. Malah, jumlah hari cuti untuk cuti paterniti juga telah ditambah dari 3 hari kepada 7 hari.

Ringkasan kelayakan cuti bersalin dan cuti paterniti adalah seperti berikut:

Kelayakan Cuti Bersalin

  • Telah bekerja sekurang-kurangnya 4 bulan sebelum tarikh bersalin.
  • Telah bekerja sekurang-kurangnya 90 hari dalam tempoh 9 bulan sebelum bersalin.
  • Majikan tidak dibenarkan untuk memecat pekerja semasa cuti bersalin.
  • Pekerja berhak menerima gaji penuh sepanjang tempoh cuti bersalin.

Kelayakan Cuti Paterniti

  • Terhad kepada 5 kali kelahiran tanpa mengiran bilangan isteri.
  • Telah berkhidmat dengan majikan sama sekurang-kurangnya 12 bulan.
  • Memaklumkan kepada majikan sekurang-kurangnya 30 hari dari tarikh dijangka bersalin.

Bayaran Semasa Cuti

Ya, cuti bersalin dan cuti paterniti merupakan cuti berbayar. Majikan wajib bayar gaji penuh bagi pekerja wanita yang sedang cuti bersalin, termasuk sebarang elaun tetap lain yang seperti yang ditetapkan dalam polisi syarikat.

Begitu juga untuk cuti paterniti yang merupkan cuti berbayar penuh. Majikan wajib memberikan cuti kepada pekerja dan membayar gaji pekerja secara penuh apabila pekerja yang mengambail cuti paterniti tersebut cukup syarat kelayakannya.

Tanggungjawab Pekerja dan Majikan

  • Pekerja
    • Wajib maklumkan kepada majikan untuk memastikan urusan berjalan lancar.
    • Pastikan memenuhi syarat undang-undang dan polisi diamalkan.
    • Mengetahui hak dan faedah berkaitan cuti.
  • Majikan
    • Patuhi peraturan cuti yang ditetapkan undang-undang.
    • Bayar elaun dan gaji pekerja yang cuti bersalin dan cuti paterniti.
    • Elakkan menganiayai pekerja yang sedang bercuti.

Baca juga: Fakta Cuti Bersalin dan Elaun Bersalin Pekerja Wanita

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

MySyarikat - sistem HRMS/ HR software terbaik di Malaysia

Leave a Reply