Sistem MySyarikat yang sangat mudah diakses oleh kedua-dua pihak, majikan dan juga pekerja ini sangat mementingkan UI dan UX yang akan memberi kesenangan kepada penggunanya. Jika kita lihat kembali penulisan sebelum ini yang mendedahkan kelebihan dan kepentingan sistem MySyarikat kepada sebuah syarikat, tentunya segala persoalan dan masalah anda akan terjawab!
Fungsi dan ciri yang ada pada sistem MySyarikat ini sedikit sebanyak bantu meringankan penyusunan data pekerja termasuk sistem kiraan gaji, kiraan cuti dan sebagainya. Pendek kata, segala urusan dan perkara yang berkaitan dengan sumber manusia dapat diakses melalui satu klik sahaja jika anda menggunakan sistem MySyarikat ini.
Sangat mudah, kan?
Akses Sistem MySyarikat Pada Peranti Mudah Alih
Ini yang menjadi persoalan ramai pengguna!
Kalau anda hendak tahu, sistem MySyarikat ini sangat mesra pengguna kerana UI yang ada pada sistem ini dapat diakses dengan mudah melalui aplikasi mudah alih.
Sebagai contoh, untuk pengguna yang berdaftar sebagai “employee“, mereka hanya boleh mengakses dan menanda kehadiran mereka melalui aplikasi mudah alih MySyarikat. Mereka tidak dapat mengakses kehadiran ini jika mereka melayari portal MySyarikat di komputer riba. Dengan hanya satu klik, kehadiran mereka dapat direkodkan.
Fungsi dan ciri yang ada pada sistem ini memudahkan pekerja kerana mereka boleh menanda kehadiran mereka dimana sahaja mereka berada. Maklumlah, kadang-kadang waktu awal pagi nature calls bertalu-talu menyapa semasa kita di hadapan komputer sehinggakan tidak sempat menanda masuk kehadiran tepat waktunya.
Tapi, di mana boleh dapatkan aplikasi MySyarikat ini?
Aplikasi MySyarikat boleh dimuat turun melalui Google Play Store, Apple Store dan AppGallery Huawei. Anda hanya perlu menekan butang cari dan klik install pada aplikasi MySyarikat. Mudah, kan?
Ha, cepat rebut peluang keemasan ini. Mudah HR syarikat anda menyemak rekod kehadiran dan lain-lain perkara berkaitan sumber manusia di sistem MySyarikat ini.
Pekerja gembira, majikan pun bahagia!