Setiap kali menghampiri musim perayaan, pasti ramai antara kita akan berpusu-pusu mohon cuti untuk tujuan pulang ke kampung halaman. Ini merupakan perkara biasa terutamanya bagi perayaan hari raya Aidilfitri atau Aidiladha untuk kita berkumpul dengan keluarga tersayang.
Sehubungan dengan itu, penting untuk kita menjadualkan cuti sebaiknya supaya dapat membuat persiapan menyambut perayaan tersebut. Selain itu, perlu diingatkan juga untuk pekerja membuat semakan cuti dengan majikan seawal yang mungkin.
Namun, ada segelintir pekerja mungkin masih keliru dengan hak cuti lebih-lebih lagi apabila melibatkan cuti perayaan yang merupakan sebahagian daripada 6 cuti pilihan oleh majikan. Jadi, amatlah penting untuk peka dengan hak cuti ini untuk mengelakkan kekeliruan.
Jenis Cuti
Pada asasnya, hak cuti pekerja terbahagi kepada beberapa jenis dan setiap daripadanya adalah untuk tujuan yang berbeza-beza. Malah, jumlah tempoh hari cuti bagi setiapnya juga berlainan antara satu sama lain.
Jika dirujuk pada Akta Kerja 1995, hak bagi cuti-cuti ini dipanggil sebagai cuti berbayar pekerja yang perlu dipatuhi oleh semua majikan di Malaysia. Jenis cuti dan tempoh baginya adalah seperti berikut:
- Cuti Rehat Mingguan
- Setiap syarikat wajib berikan sekurang-kuranya 1 hari rehat kepada pekerja dalam tempoh seminggu
- Cuti Umum
- 5 hari cuti WAJIB majikan ambil
- 6 hari cuti PILIHAN majikan ambil
- Cuti Tahunan
- 8 hari untuk pekerja yang bekerja kurang dari 2 tahun;
- 12 hari untuk pekerja yang genap 2 tahun bekerja dengan majikan, tetapi kurang dari 5 tahun; dan
- 16 hari untuk perkhidmatan melebihi 5 tahun atau lebih.
- Cuti Sakit
- 14 hari cuti untuk perkhidmatan kurang dari 2 tahun
- 18 hari untuk untuk perkhidmatan genap 2 tahun, kurang dari 5 tahun
- 22 hari untuk perkhidmatan 5 tahun dan ke atas
- Cuti Bersalin
- 98 hari bercuti untuk pekerja wanita mengandung
- Cuti Paterniti
- 7 hari bercuti untuk suami
Polisi Cuti Raya Syarikat-Syarikat di Malaysia
Sebagai pengetahuan cuti perayaan merupakan sebahagian daripada 6 cuti hari PILIHAN di bawah faedah Cuti Umum. Apabila dirujuk Akta Kerja 1955, cuti umum dikenali sebagai Hari Kelepasan Am (Seksyen 60D) yang menerangkan majikan wajib beri 11 hari cuti setahun.
Dalam 11 hari cuti setahun tersebut ia terbahagi kepada 5 hari cuti yang majikan wajib ambil dan 6 hari pilihan berdasarkan takwin kalendar yang dikeluarkan kerajaan setiap tahun. Antara hari cuti wajib yang majikan perlu ambil tersebut adalah,
- Hari Pekerja (1 Mei)
- Hari kebangsaan (31 Ogos)
- Hari Malaysia (16 September)
- Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agung
- Hari Keputeraan Yang DIpertuan Negeri atau Hari Wilayah
Cuti yang selain daripada senarai di atas boleh dipilih oleh majikan berdasarkan polisi syarikat. Antara contoh cuti yang selalu dipilih adalah,
- Hari Raya Aidilfitri
- Hari Raya Aidiladha
- Tahun Baru Cina
- Deepavali
- Krismas
- Maulidur Rasul
- Hari Wesak
Selepas memilih tarikh untuk memilih cuti, setiap majikan perlu memaklumkan pekerja dalam masa yang terdekat. Ini kerana ingin mengelakkan jadual daripada bertembung dan melancarkan urusan kedua-dua belah pihak.
Bagi kes cuti hari raya Aidilfitri atau Aidiladha selalunya syarikat di Malaysia akan ambil cuti untuk tempoh paling lama 5 hari, tetapi bergantung juga kepada polisi yang diamalkan oleh sesebuah syarikat.
Contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2024 jatuh pada tarikh 10 April (Rabu) dan 11 April (Khamis). Jadi kebanyakan syarikat mungkin akan melanjutkan hari cuti sehingga 12 April (Jumaat).
Atau mungkin juga untuk syarikat yang majoriti pekerjanya beragama Islam pula mungkin melanjutkan cuti bermula dari 9 April (Selasa) sehingga 12 April (Jumaat). Namun, ini semua bergantung kepada polisi syarikat semata-mata.
Kesimpulannya, kewujudan undang-undang bercuti ini memenuhi keperluan hak asasi manusia kepada pekerja. Tanpa undang-undang ini, majikan di seluruh Malaysia berpotensi untuk menggunakan tenaga kerja mereka ke arah yang salah.
Maka, tempoh cuti Hari Raya Aidilfitri ini adalah berdasarkan polisi syarikat dan ihsan dari majikan. Akhir kata, pekerja harus peka tentang jumlah tempoh cuti yang diamalkan oleh syarikat.
Selaraskan Waktu Cuti Pekerja Dengan MySyarikat!
Adakah syarikat anda menghadapi masalah memproses cuti pekerja? Perlukan sistem pengurusan cuti yang efisien untuk selesaikan masalah permohonan cuti berperingkat-peringkat (multi-layer approval)? MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan!
Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.
Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat! Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!