Skip to main content

Seperti semua pekerja dan majikan sedia maklum di bawah penetapan Akta Kerja 1955 telah digariskan bahawa jika bekerja lebih masa, layak untuk mendapat bayaran kerja lebih masa atau overtime (OT).

Malah, di bawah penetapan terbaru pekerja yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah tanpa mengira pangkat kini layak untuk menerima bayaran OT sekiranya bekerja melebihi masa yang ditetapkan.

Rentetan daripada ini timbul pula satu kerisauan dalam kalangan majikan untuk membayar OT bagi pekerja, selain tidak kurang juga ada yang ingin menggantikan OT pekerja dengan time-off. Persoalannya bolehkah gantikan OT dengan time-off?

Artikel ini akan mengupas mengenai hak pekerja dan majikan berkaitan OT dan bagaimana time-off berfungi dalam menggantikan bayaran kerja lebih masa.

Apa Itu Time Off In Lieu?

definisi time off in lieu

Time off in lieu merujuk kepada masa cuti tambahan berbayar sebagai ganti yang layak pekerja terima selepas melakukan kerja lebih masa daripada tempoh waktu bekerja normal yang ditetapkan.

Contoh mudah untuk gambarkan situasi time off in lieu ini adalah apabila majikan meminta pekerja untuk hadir bekerja pada hari Sabtu untuk sebuah program anjuran syarikat. Oleh kerana syarikat amalkan 5 hari bekerja seminggu, hari Sabtu dikira hari cuti mingguan.

Ini bermakna pekerja akan bercuti pada hari Ahad dan hari Isnin, menggantikan hari Sabtu yang pekerja hadiri program anjuran syarikat. Suka dimaklumkan time off ini tidak semestinya untuk 1 hari, ia boleh untuk tempoh jam atau setengah hari.

Apa Itu Overtime?

definisi overtime

Overtime adalah waktu kerja lebih masa pekerja atau tambahan masa kerja di luar waktu normal seperti yang dinyatakan pada Seksyen 60A(9), Akta Kerja 1955. Antara yang digariskan pada seksyen berikut adalah,

  • Pekerja layak untuk dapat rehat paling kurang 30 minit selepas 5 jam bekerja.
  • Pekerja tidak boleh bekerja kurang 8 jam sehari.
  • Pekerja tidak boleh bekerja lebih 10 jam sehari berturut-turut.
  • Pekerja tidak boleh bekerja lebih 45 jam seminggu.

Andai majikan meminta pekerja untuk bekerja melebihi mana-mana tempoh waktu yang ditetapkan dalam akta ini, maka pekerja layak untuk menerima bayaran OT mengikut kadar yang ditetapkan.

  • Kadar OT hari kerja biasa x1.5
  • Kadar OT hari rehat mingguan x2.0
  • Kadar OT hari cuti umum x3.0

Untuk pengiraan OT ini pula adalah berdasarkan formula di bawah.

Ordinary Rate Pay (ORP) = Gaji Bulanan / 26
Hourly Rate Pay (HRP) = ORP / Jam Kerja Sehari
Overtime = HRP x Jam OT x Kadar OT

Overtime dan Time Off In Lieu

Pada asasnya waktu kerja terlalu lama boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan dan produktiviti pekerja. Atas faktor itu bayaran kerja lebih masa diberikan untuk mendorong motivasi pekerja untuk terus bekerja. Ia juga sebagai pampasan kepada pekerja.

Akan tetapi bolehkah untuk tidak bayar OT dan gantikan dengan time off?

Jawapan mudahnya adalah tidak boleh. Di bawah penetapan Akta Kerja majikan mesti membayar waktu kerja lebih masa pekerja pada kadar 1.5 kali ganda mengikut jam untuk hari bekerja biasa.

Akan tetapi ada sesetengah kes majikan boleh memberikan time off sebagai ganti OT. Tetapi untuk time off ini ia mesti dilakukan berdasarkan persetujuan di dalam kontrak kerja di antara pekerja dan majikan.

Dalam kebanyakan kes, time off diberikan kepada pekerja sekirannya melakukan tugasan luar waktu kerja dan tidak melibatkan hal-hal kerja. Contohnya membantu menghias pejabat atau menyediakan pejabat untuk urusan rasmi syarikat.

Mudah katanya di sini OT mesti dibayar majikan kepada pekerja sekirannya pekerja melakukan tugasan kerja melebihi waktu normal yang ditetapkan. Sementara, time off pula diberikan sekirannya pekerja bekerja melebihi waktu untuk urusan pejabat di luar tugasan hakiki.

Automasikan Jadual Kerja Lebih Lancar dengan MySyarikat!

Dalam pada itu, anda pemilik syarikat yang selalu hadapi masalah pengurusan jadual kerja pekerja secara efisien? Berita baik kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut! 

Penyelarasan jadual kerja boleh jadi efisien dengan fungsi Leave Management MySyarikat yang direka untuk membantu pengurus perniagaan merekod, mengira dan menetapkan jadual kerja pekerja termasuk mereka yang bekerja shift secara automatik dalam satu sistem sahaja!

Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!

Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!

Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!

sistem MySyarikat dalam bentuk laptop dan telefon

2 Comments

  • Yusuf says:

    Hai saya nak tanya, bolehkah pekerja yang dalam probation memohon cuti bersalin? Kerana ia akan merugikan syarikat jika pekerja mengambil cuti bersalin ketika probation.

    • Zahin Byond says:

      Akta Kerja tetapkan syarikat wajib memberi cuti bersalin kepada pekerja dengan syarat bahawa:

      – Pekerja wanita diambil bekerja oleh majikan pada bila-bila masa dalam empat (4) bulan tepat sebelum kandungannya; dan
      – Pekerja wanita diambil bekerja oleh majikan pada tempoh waktu, atau jangka waktu berjumlah tidak kurang dari sembilan puluh hari (90) selama sembilan (9) bulan tepat sebelum kandungannya.

      Rujukan lanjut boleh dibuat di sini.

Leave a Reply