Skip to main content

Ibadah Haji merupakan rukun Islam ke-5 dan diwajibkan ke atas individu muslim yang berkemampuan untuk melakukanya. Zaman sekarang ini terdapat banyak kemudahan yang ditawarkan untuk orang muslim melakukan ibadah haji, antaranya dengan buat pembayaran kepada Lembaga Tabung Haji Malaysia.

Konsep pembayaran kepada Tabung Haji berbentuk ansuran, membolehkan pekerja masukkan duit ke dalam akaun Tabung Haji setiap bulan. Namun, Tabung Haji kini telah memperbaharui sistem mereka dengan membenarkan konsep caruman.

Caruman Gaji Untuk Ibadah Haji

Sama seperti caruman KWSP atau PERKESO yang dibuat pada gaji setiap bulan, pekerja kini boleh juga buat potongan gaji terus ke dalam Tabung Haji melalui perkhidmatan THiJARI Biz.

Secara ringkasnya, THiJARI Biz adalah satu perkhidmatan atas talian (online) yang membolehkan pekerja mohon kepada majikan untuk buat caruman potongan gaji terus ke dalam Tabung Haji Malaysia.

Tujuan ia diperkenalkan adalah sebagai satu bentuk kemudahan kepada pekerja yang ingin melakukan ibadah haji dengan menyimpan sebahagian kecil gaji ke dalam akaun Tabung Haji setiap bulan.

Mudah kata setiap bulan gaji pekerja bukan sahaja ditolak KWSP, PERKESO dan SIP sahaja tetapi turut dipotong untuk Tabung Haji.

Menariknya lagi perkhidmatan THiJARI Biz ini boleh diuruskan secara online oleh majikan dan pengkreditan potongan yang dibuat hanya ambil masa satu hari bekerja sahaja.

Cara Buat Potongan Gaji Untuk Haji

Seperti dinyatakan awal tadi konsep potongan gaji THiJARI Biz ini berbentuk caruman, sama seperti konsep KWSP dan PERKESO.

Untuk buat caruman ini majikan mesti terlebih dulu daftar syarikat dengan Tabung Haji. Kemudian majikan perlu isi borang maklumat yang diberi Tabung Haji dan lantik Pentadbir untuk proses pendaftaran nombor telefon serta TAC.

Bagi melengkapkan proses pendaftaran majikan perlu dapatkan Kod Majikan dari Tabung Haji dan Pentadbir atau majikan pula akan terima Kod Pengaktifan melalui mesej. Suka diingatkan tempoh pengaktifan perlu dibuat dalam masa 7 hari.

Sebarang rujukan lanjut mengenai prosedur pendaftaran THiJARI Biz majikan yang lengkap boleh dibuat pada laman rasmi Tabung Haji.

Prosedur untuk buat potongan gaji setiap bulan pula memerlukan majikan untuk dapat nombor Tabung Haji pekerja serta butiran yang lengkap. Jadinya pekerja yang ingin membuat caruman THiJARI Biz perlu terlebih dulu membuka akaun dengan pihak Tabung Haji.

Andai caruman yang dibuat adalah untuk mana-mana ahli keluarga, pekerja perlu berikan butiran akaun lengkap Tabung Haji ahli keluarga itu kepada majikan bagi memudahkan proses caruman dibuat.

Potongan Direct Debit Setiap Bulan

Dalam pada itu, jika syarikat tidak berdaftar dengan Tabung Haji pekerja masih boleh buat potongan gaji melalui direct debit setiap bulan. Syaratnya adalah pekerja mesti ada akaun Tabung Haji yang aktif dan aplikasi THiJARI.

Pekerja hanya perlu layari laman rasmi THiJARI Biz atau pada aplikasi, pergi ke bahagian pindahan dan pilih pendaftaran Direct Debit-Bank ke Akaun Tabung Haji. Selepas lengkapkan butiran pekerja boleh pilih bank daripada senarai bank yang ditawarkan.

Di sini pekerja perlu pastikan bahagian frekuensi ditetapkan pada ‘Setiap Bulan’ sebelum tekan submit.

Ternyata terdapat banyak sebenarnya kemudahan kepada pekerja yang ingin melakukan ibadah yang dituntut dalam Islam. Bak kata pujangga – ‘Islam itu mudah dan memudahkan’. Harapnya niat pekerja yang ingin memunaikan ibadah haji diberkati seiring ibadah kerja yang dituntut dalam Islam.

man vector relaxing with big clock as the background and text talking about shift work in Malaysia
Fakta HR

Fakta Kerja Shift di Malaysia

Zahin ByondZahin ByondOctober 2, 2024

Leave a Reply