Skip to main content

Sebelum ini pihak MySyarikat sudah beberapa kali kongsi topik tentang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Topik KWSP ini dapat sambutan yang sangat tinggi dan untuk artikel kali ini akan dikongsikan kelebihan KWSP bagi pekerja sendiri.

Suka untuk diingatkan bahawa caruman kepada KWSP adalah wajib terhadap semua pekerja swasta. Hal ini kerana simpanan yang dibuat ke dalam KWSP ini akan menyediakan kemudahaan semasa persaraan.

i-Saraan KWSP

Seperti yang semua sedia maklum, caruman KWSP akan dibuat melalui potongan gaji pekerja setiap bulan. Kadar caruman pula akan dibuat dengan syer majikan sebanyak 12% dan syer pekerja sebanyak 11%. Ini bermakna kadar caruman adalah 23% setiap bulan.

Proses untuk membuka akaun KWPS boleh dibuat majikan secara automatik sebaik syarikat buat caruman kali pertama pekerja. Malah, pekerja juga boleh membuka akaun KWSP dengan sendiri melalui i-Akaun KWSP atau ke kaunter dan kiosk pendaftaran.

Prosedur pembukaan akaun KWSP termasuk SOCSO dan SIP adalah hampir sama, iaitu melalui atas talian.

Bagi pekerja tidak bermajikan atau bekerja sendiri, pihak KWSP turut menawarkan faedah caruman pesaraan melalui insentif i-Saraan.

Melalui i-Saraan ini mereka yang bekerja sendiri ataupun yang tiada pendapatan tetap boleh buat caruman secara sukarela dan dengan bantuan kerajaan, ahlinya boleh menerima caruman tambahan.

Difahamkan bahawa berkuatkuasa 1 Januari 2018 jumlah maksimum untuk caruman pekerja sendiri adalah sebanyak RM250 dan kerajaan turut memberi sumbangan sebanyak 15% untuk caruman tersebut.

Cara Daftar i-Saraan KWSP

Berita baik untuk mereka yang bekerja sendiri, insentif i-Saraan ini bakal menyediakan beberapa faedah kepada pencarumnya. Antara syarat yang ditetapkan KWSP untuk buka akaun i-Saraan adalah,

  • Warganegara Malaysia berusia 55 tahun ke bawah
  • Pekerja sendiri
    • Petani, nelayan, pemandu e-hailing atau penunggang p-hailing
    • Peniaga, penjaja, pemilik perniagaan atau freelance
    • Suri rumah
  • Sudah berdaftar sebagai ahli KWSP
  • Sudah hantar borang KWSP 16G(M)

Terdapat beberapa cara yang boleh dipilih pekerja untuk daftar i-Saraan KWSP.

Cara pertama, pekerja boleh pergi sendiri ke pejabat KWSP dan mengisi borang KWPS 16G(M) dan borang KWSP 6A(2). Di sini pihak KWPS tidak meletakkan sebarang had minimum bayaran caruman tetapi bayaran maksimum tidak lebih RM60,000.

Cara lain yang boleh digunakan pekerja adalah dengan membuka akaun secara atas talian melalui aplikasi KWSP. Pekerja boleh daftar melalui pautan i-Saraan pada aplikasi dengan mengisi maklumat yang diperlukan.

Selepas akaun telah disahkan pekerja boleh membuat caruman melalui pemindahan wang secara elektronik. Sistem pindahan wang ini disokong oleh kebanyakan bank-bank di Malaysia jadi tiada masalah untuk buat pemindahan.

Sebarang rujukan lanjut berkenaan i-Saraan atau caruman pilihan sendiri boleh dibuat pada laman rasmi KWSP.

Dalam pada itu, sumbangan kerajaan bagi pencarum akan dibuat secara berkala dengan sebahagian pada separuh tahun tempoh pertama Januari hingga Jun dan separuh lagi pada tempoh kedua antara Julai hingga Disember.

Jadinya tiada alasan untuk mereka yang bekerja sendiri tidak menerima manfaat perasaan yang selesa seperti pekerja bermajikan lain. Melalui insentif KWSP ini semua individu yang bekerja boleh buat caruman tanpa mengira status.

Suka untuk diingatkan juga kepada mereka yang sudah mencarum KWSP supaya berkala semak caruman yang dibuat. Pastikan baki Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP terdapat caruman. Jika tiada segera buat laporkan untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Leave a Reply