Skip to main content

Negara kita dikejutkan dengan satu perhimpunan pada Hari Buruh lalu apabila lebih 200 orang awam berkumpul di depan Bangunan Maju Junction untuk gesa kerajaan ambil tindakan terhadap majikan yang gagal laksana pembayaran gaji minimum.

Ekoran itu pihak polis membuka kertas siasatan terhadap perhimpunan yang digelar sebagai ‘Perhimpunan 1 Mei’ itu kerana didapati tidak mematuhi aturan undang-undang dan risiko mengganggu ketenteraman orang awam.

Objektif Perhimpunan 1 Mei tersebut jelas iaitu menggesa kerajaan untuk ambil tindakan terhadap lebih 200 majikan yang dikenal pasti gagal laksanakan Perintah Gaji Minimum 2022, namun pendekatan yang dipilih sedikit salah.

Cara sebetulnya untuk seorang pekerja buat aduan terhadap majikan yang gagal ikut perundangan kerja adalah dengan berhubung secara terus kepada Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia.

Majikan Gagal Patuhi Perundangan Buruh

Desakan utama perhimpunan tersebut adalah kegagalan majikan untuk patuh perlaksanaan Perintah Gaji Minimum 2022. Seperti yang dinyatakan pada kemaskini terkini gaji minimum sebelum ini, kegagalan pematuhan membolehkan majikan dikenakan penalti.

Selain isu pematuhan Perintah Gaji Minimum, pekerja yang ditindas majikan juga boleh buat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKS) atau Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah.

Antara bentuk penindasan yang dibuat majikan, tanpa kira kehilangan faedah kewangan atau bukan kewangan, yang membolehkan pekerja buat aduan adalah:

  • Majikan tidak bayar gaji
  • Majikan tidak beri cuti tahunan
  • Majikan tidak laporkan penggajian pekerja asing
  • Majikan berhentikan pekerja tanpa notis
  • Majikan tidak menyediakan kontrak perkhidmatan
  • Majikan lewat bayar gaji
  • Majikan tidak berikan waktu rehat 
  • Majikan melakukan diskriminasi, gangguan seksual dan amalkan buruh paksa

Senang cerita apa-apa perlakuan majikan yang bertentangan dengan Akta Kerja 1955; atau Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak; atau mana-mana perundangan kerja lain yang digazetkan adalah satu bentuk penindasan terhadap pekerja.

Cara Buat Aduan Terhadap Majikan

Seperti yang dinyatakan di atas, cara terbaik untuk buat sebarang aduan terhadap salah laku majikan adalah dengan berhubung secara terus kepada JTKSM atau JTKS atau JTK Sabah.

Sebarang aduan kini boleh dibuat atas talian di laman web JTKSM, laman Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), meneusi aplikasi Working for Workers (WFW) atau pergi ke mana-mana Pejabat Tenaga Kerja berhampiran.

Aduan juga boleh dibuat dengan menulis surat rasmi dan emel kepada JKTSM atau hubungi talian 603-8000 8000.

Di sini pekerja perlu beri butiran lengkap maklumat aduan termasuk bukti-bukti sokongan lain dan surat perlantikan atau kontrak perkhidmatan serta penyata gaji. Sebarang rujukan lanjut boleh dibuat pada laman sesawang JTKSM.

Selepas terima aduan pihak JTK akan buat siasatan dengan panggil majikan untuk beri penjelasan dan andai majikan enggan mengaku salah, maka kes akan dibawa ke Mahkamah Buruh.

Sebagai pengetahuan, Mahkamah Buruh adalah mahkamah khas yang diwujudkan untuk beri kuasa kepada Pengarah JTK menyiasat dan membuat keputusan selepas mendengar perbicaraan kes.

Sekiranya mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat Mahkamah Buruh, maka rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah tinggi dalam tempoh 14 hari selepas keputusan dikeluarkan Pengarah JTK.

Bagi kes kontrak pekerja ditamatkan secara tidak sah, boleh rujuk kepada Akta Perbuhungan Perusahan 1967 di mana pekerja boleh buat aduan ke Jabatan Perhubungan Perindustrian (JPP) dalam tempoh 60 hari bagi dapatkan semula jawatan.

Walaubagaimana pun, sebarang masalah atau pertikaian antara majikan dan pekerja elok diselesaikan dengan cara baik tanpa ada campur tangan pihak ketiga. Andai penindasan yang berlaku berterusan, maka buat aduan kepada JTK adalah langkah yang sepatutnya diambil.

Tindakan seperti mengadakan perhimpunan ataupun mogok boleh mendatangkan masalah yang lebih besar daripada mencapai penyelesaian yang dimahukan dalam menegakkan keadilan terhadap pekerja.

155 Comments

  • Crystal Chong says:

    Tuan/Puan,
    Boleh tanya bagaimana nak report council member buli pekerja tetapi management tidak peduli?

    How can I lodge this complaint? I got the video. Thanks.

    • Zahin Byond says:

      Sebarang masalah kerja boleh diajukan ke saluran seperti Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung untuk rujukan lanjut.

  • sinta says:

    mhu tnya,klu mcm kita kematian fmly.. lps tu kita blk kg.. dan kita sdh infom manager permasalahan. dan dorg jwp ok.. tp ada kh patut manager minta salinan surat kematian??

    • Zahin Byond says:

      Syarikat minta sebarang dokumen sebagai bukti untuk tujuan dokumentasi dan rujukan.

    • Ija says:

      Nak tanya,kalo kita dh berhenti kerja,ot tk sebelum ni tak
      dapat lagi boleh ke kita buat aduan ya

      • Zahin Byond says:

        Sebarang aduan adalah dinasihatkan untuk rujuk ke Jabatan Tenaga Kerja.

        • Muhammad rahmat bin nordin says:

          Boleh x sy buat aduan ats syarikat tbe2 buang sy kerja.. Atas alasan surat jawatan kerja xde pade syarikat.. Skrg ni sy bru je bertukar syarikat, ngn syarikt bru ni bru je kerja sblan tpi dgn syarikat lme da 2thun lbh kerja yg same tmpt kerja pn sme.. Sy nk tau blh ke sy dibuang tanpa notis…

          • Zahin Byond says:

            Majikan tidak boleh memecat pekerja sesuka hati tanpa alasan munasabah. Jika didapati membuat salahlaku berulang atau terlibat kes jenayah, maka majikan memilik hak untuk memecat pekerja seperti dinyatakan dalam Akta Kerja.

  • Rabiah samsuddin says:

    Sop mohon cuti berbayar 3 hari awal selepas diluluskan inform Di group WhatsApp..
    Saya sudah mohon cuti lebih 3 hari awal tetapi atasan saya sedang bercuti jadi HR saya menyerahkan borang cuti saya pada atasan Yang lebih tinggi tetapi beliau tidak jawapan atau sehingga tarikh saya bercuti masih tiada pesanan mengatakan cuti tidak diluluskan sehari sebelum gaji baru ada pesanan mengatakan cuti tidak diluluskan jadi allowance kedatangan Serta gaji akan di potong…mohon pencerahan tentang masalah ini

    • Zahin Byond says:

      Setiap syarikat memiliki polisi apabila melibatkan permohonan cuti, namun tempoh dan kelayakan cuti telah dinyatakan dalam Akta Kerja 1955 pada Bahagian 12. Selain itu, di dalam Akta sama turut menggariskan hak pekerja untuk menerima upah (gaji) dan majikan untuk tidak boleh menolak gaji pekerja selain daripada caruman yang dibenarkan.

  • Mira carnella says:

    Saya nak tanya,saya kena ambil cuti tanpa gaji semasa saya dalam pantang sebab saya bersalin anak no 6,akta kerja cover 5 anak sahajakan? Jadi disini saya mula bekerja pada 23/5 dan masih bekerja sampai ke harini. Baki gaji saya bulan 5 tak masuk dengan amount yang betul dan baru ni gaji bulan 6 saya pon tak full. Bila saya tanya HR katanya sebab saya unpaid leave masa cuti besalin 2 bulan jadi dia tolak gaji saya. Boleh ke macam tu? Umpama saya cuti tapi saya kena bayar semula cuti saya. Masa cuti besalin saya tak dapat gaji langsung.

    • Zahin Byond says:

      Di dalam Akta Kerja ada menggariskan hak pekerja wanita untuk mendapatkan cuti bersalin dan pembayaran elaun penuh semasa tempoh tersebut, rujukan boleh dibuat pada Seksyen 37.

  • amy says:

    selama 8 bulan saya bekerja di syarikat sekarang ni , saya telah dibayar gaji lewat sebanyak 5kali termasuk bulan ni .. hari  ni sudah 9hb tetapi gaji masih belum masuk dan bila tanya bos, dia memberikan alasan yang sama setiap kali saya tanya mengenai gaji lewat masuk iaitu mempunyai masalah dengan “pemindahan/diluluskan dari pihak kedua”.. bukti saya sudah kumpulkan tetapi tak tahu nak buat apa dah lepas tu

    • Zahin Byond says:

      Pembayaran (upah) gaji telah dinyatakan dalam Akta Kerja di mana tempoh pembayaran mesti tidak lewat 7 hari selepas memasuki tempoh penggajian baru.Sebarang masalah pekerja boleh diajukan ke Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (Jabatan Buruh). Boleh gunakan MySyarikat untuk menyelaraskan pembayaran, agihan dan pengiraan gaji secara tepat serta lancar.

  • Fika says:

    Sy nk bertanya bagaimana jika majikan tidak membayar gaji warga asing pada tarikh yang ditetapkan kn?? Boleh ke dia membuat laporan?

  • azny says:

    nk tanya , kalau majikan tidak memberi pay slip , waktu bekerja lebih dari 45jam seminggu, cuti hanya 1 hari seminggu boleh ke sy buat aduan ?

    • Zahin Byond says:

      Sebarang masalah berkaitan pekerjaan adalah dinasihatkan untuk rujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bagi mendapatkan pencerahan lengkap.

  • Tina says:

    saya bekerja di syarikat kedai pakaian,bagaimana dengan gaji pekerja dari pukul 7pagi hingga 4petang dan hanya diberi gaji sebanyak Rm25 sahaja dan itu hanya dikira untuk masa setengah hari bekerja sahaja, padahal pukul 7pagi sampai 4petang itu mahu satu hari bekerja .

    • Zahin Byond says:

      Sila rujuk semula penetapan dan persetujuan di dalam offer letter berkaitan jumlah pembayaran gaji yang diterima.

  • Nana says:

    Hi, saya nak bertanya berkenaan dengan 20 Julai 2024, (Hari Pertabalan Agung). Adakah cuti umum yang tidak boleh di forwardkan, atau memang bukan cuti umum? Mohon bantu saya untuk tujuan kiraan OT pekerja saya. Terima Kasih !

    • Zahin Byond says:

      Terdapat 5 hari cuti umum yang wajib untuk majikan seperti yang digariskan Akta Kerja 1955. Hari-hari tersebut adalah

      1) Hari Kemerdekaan
      2) Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong
      3) Hari Keputeraan Yang Di-Pertua Negeri atau Pemerintah
      4) Hari Malaysia
      5) Hari Buruh

      • VacsineCovid says:

        Maksudnya majikan wajib memberi cuti umum kepada pekerja.sekiranya majikan tidak berbuat demikian pada tarikh tersebut,bagaimana cara terbaik pekerja boleh membuat aduan dan ia boleh diguna pakai?

        • Zahin Byond says:

          Hari cuti umum yang wajib majikan berikan ada 5 hari yang dikenali sebagai hari kelepasan am. Sekiranya majikan minta pekerja bekerja pada mana-mana hari tersebut maka pekerja layak dibayar OT.

  • Sumen says:

    Sekiranya ada perkerja membuat aduan gangguan sexual (cubit pipi) terhadap perkerja lain kepada majikan.apakah langkah2 yg patut majikan perlu buat. Boleh ke majikan terus mengeluarkan surat “show cause plus suspended for 2 week” tanpa mengambil keterangan

    • Zahin Byond says:

      Di dalam Akta Kerja 1955 ada menggariskan tentang isu gangguan seksual. Ini terpakai kepada semua jantina dan majikan wajib meletakan notis amaran gangguan seksual di tempat kerja. Di sini juga majikan boleh membuat siasatan ke atas aduan pekerja dan mengambil tindakan disiplin ke atas pelaku jika terbukti bersalah.

  • Mdm bibi says:

    Ada satu company di sarawak . Belum ada bagi cuti tahunan , atas sebab company belum satu tahun .tahun ni mereka janji nak bagi pekerja cuti tahunan ,tetapi belom ada info lagi dari bos. Malah dipotong double gaji sebab cuti rehat bulan July ni . Bagaimana nak selesaikan masalah ni dan nak lapor kan ke labour ?

    • Zahin Byond says:

      Untuk pekerja yang bekerja di Sarawak atau Sabah perlu dirujuk pada Ordinan Buruh Sarawak dan Ordinan Buruh Sabah.

  • lilly says:

    nak tanya kalau perkerja cuti sakit terpaksa kena jawap call dari majikan ke? lepas tu majikan boleh dipaksakan membuat kerja tidak patutnya?? dan last majikan bagi kerja 2 company tetapi bayar satu company gajiboleh ke?

    • Zahin Byond says:

      Cuti merupakan hak pekerja seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Di sini pekerja yang ingin bercuti perlu memberitahu majikan dan majikan perlu menghormatinya. Untuk kes bekerja semasa bercuti,andai tugasan tersebut memerlukan penyelesaian segara maka tidak menjadi salah untuk pekerja lakukan namun majikan juga perlu faham situasi pekerja yang sedang bercuti.

  • Sandy says:

    Selamat pagi..sya mw tnya klw kita mw berhenti dan sudah buat notis tpi ketua department halang untuk kita berhenti Dan masa yang sama ketua tidak memberikan surat notis kepada boss majikan..dan majikan ugut kepada pekerja agar kembali bekerja .seperti biasa walaupun suda notis 1 bulan…adakah kita wajib buat aduan?

    • Zahin Byond says:

      Pemberian notis penamatan kontrak tidak memerlukan sebarang pengesahan oleh majikan atau mana-mana pihak kerana ia adalah pemberitahuan mengenai niat untuk berhenti. Jika majikan tidak menerima atau menolak notis tersebut boleh buat aduan ke Jabatan Buruh.

  • Lawrence says:

    Adakah pekerja sambilan atau part time atau kontrak sepenuh masa berhak mendapatkan cuti tahunan dan allowance?

    • Zahin Byond says:

      Pekerja yang memasuki kontrak perkhidmatan dengan majikan layak menerima perlindungan Akta Kerja 1955, ini termasuk faedah cuti sehingga potongan untuk caruman wajib.

  • natrah says:

    selamat mlm…saya nak tanya, boleh kah kompeni tidak memberikan cuti tahun pada setiap pekerja dia, dan kalau nak cuti kena cari org ganti pastu kite kena bayar kat orang ganti tu, pastu surat yg kita sign tu pun dia tak bagi copy kat setiap pekerja dia, sy dah mintak nk tgk balik, tapi dia kompeni tak bagi

    • Zahin Byond says:

      Perkara ini adalah salah dan boleh dikira sebagai penganaiyaan dari majikan. Dinasihatkan untuk buat aduan ke saluran yang betul seperti Jabatan Tenaga Kerja.

  • NOR says:

    SAYA NAK TANYA , WAKTU REHAT PEKERJA SWASTA BERAPA LAMA DAN DALAM SEMINGGU PERLU DIBERI CUTI SATU HARI KAN? BAGAIMANA KALAU WAKTU REHAT TIDAK MENGIKUT AKTA PEKERJA DAN CUTI TIDAK DIBERIKAN DALAM 11 HARI BEKERJA ?

    • Zahin Byond says:

      Sebarang masalah pekerjaan seperti pembayaran gaji atau penindasan ke atas pekerja oleh majikan boleh dirujuk pada Jabatan Tenaga Kerja.

  • Nor Farah says:

    Adakah menjadi kesalahan sekiranya majikan atau syarikat memaksa pekerja menggunakan Annual Leave pada hari yg ditetapkan oleh syarikat. Contoh, semua pekerja melayu dan india dipaksa menggunakan 3 hari annual leave ketika perayaan tahun baru cina kerana syarikat ingin bercuti operasi selama beberapa hari tambahan selain hari Public holiday.

    • Zahin Byond says:

      Majikan tidak boleh memaksa mana-mana pekerja menggunakan Annual Leave atau menetapkan polisi tersendiri berkaitan hak pekerja untuk menggunakan faedah cuti tahunan.

  • Mohamad faizal says:

    Tuan saya nk mintak pendapat, saya seorang supervisor.. Kes saya mcm nie,seorang operator bawahan saya telah melakukan kesilapan dan menyebabkan kerosakan dan kerugian syarikat…jadi bila di soal siasat pekerja tersebut telah melakukan penukaran proses tanpa pengetahuan leader dan supervisor dan pekerja tersebut telah mengaku kesilapan dia,tapi di sebabkan pekerja tersebut baru bekerja 3bulan dan atasan saya tidak mahu mrnggambil tindak keatas beliau dan mintak supervisor di pertanggungjawabkan dan di persalahkan dan bakal di kena tindakan HR berkemungkinan saya bakal di gantung kerja dan penilaian tahunan dan increment akan di cantas… Apakan cara dan tindakan yang boleh saya ambil untuk pertahankan saya..

    • Zahin Byond says:

      Di sini majikan tak boleh menjatuhkan hukuman terhadap individu yang tidak berkaitan kerana tindakan perlu dikenakan terhadap individu yang bersalah sahaja selepas buat siasatan dalaman dilakukan.

  • amir afzad says:

    say dah bekerja selama setahun dikilang ni sebagai jawatan electrical, mengikut SOP kerja dalam offer letter hanya sebagai electrical+maintenance. tapi atasan saya beri arahan suapa saya gantikan tempat operater dibahagian packer. itu dah lari dari skop kerja saya, apabila di tolak, pihak atasan saya membuat bising dalam talian whatsapp group . katanya ini adalah arahan dia. apa yang patut saya buat

    • Zahin Byond says:

      Dinasihatkan untuk rujuk semula skop pekerjaan yang terdapat dalam kontrak kerja dan buat rujukan lanjut pada bahagian sumber manusia serta polisi syarikat.

  • Sofea says:

    Hello, saya nak tanya. Saya dah setahun kerja sebagai physiotherapy tapi sekarang saya kerja multitask sangat dekat hospital ni. Kerja nurse pun saya kena buat? And my bos is doctor punya hospital ini pulak suruh teman ibu dia ke appointment hospital lain. Padahal itu not my skop kerja? Apa saya boleh biat ye ?

    • Zahin Byond says:

      Boleh refer kepada offer letter yang diberikan. Jika tiada dalam offer, boleh menolak untuk melakukan kerja terbabit. Seeloknya berbincang dengan HR atau majikan.

  • seha says:

    tuan, suami sy sudah berkerja di satu syarikat transport selama hmpir 9thun..tetapi smenjak PKP ni, syriakt ini telah mempunyai banyak masalh berkaitan pembayran gaji. Sebuln gaji 3x bayr…selepas itu waktu pmbayrn gji itu tidak pernah tetap.Setiap pembayrn gji tu dia akan tulis advance.padahal itu bukan advnce.Itu adalah gaji yang majikan bayar skit2.Boleh tak pihak tuan memberi cadangn kepada saya bagaimana cara untuk membuat aduan tentang masalh majikan suami saya ni

    • Zahin Byond says:

      Akta Kerja nyatakan bahawa pembayaran gaji mesti dibuat untuk tempoh perkhidmatan sebulan. Untuk kes seperti ini dinasihatkan untuk membuat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja bagi sebarang rujukan lanjut.

  • Izzat says:

    Saya telah memohon maternity claim pada HR, Namun telah ditolak oleh HR, namun apabila saya menghubungi pihak HR tiada respon. Apa yang boleh saya lakukan?

    • Zahin Byond says:

      Pekerja wanita berhak untuk mendapat elaun bersalin berdasarkan syarat2 tertentu dalam Akta kerja iaitu:

      i. mempunyai lima atau kurang anak yang masih hidup
      ii. telah diambil bekerja tidak kurang daripada sembilan pulh hari dalam masa sembilan bulan sebelum bersalin
      iii. telah diambil bekerja pada bila2 masa dalam tempoh 4 bulan sebelum bersalin.

      Jadi, disarankan untuk berjumpa terus dengan pihak HR atau majikan untuk keterangan lebih lanjut.

  • nurhanani says:

    saya kerja sebagai receptionist di hotel, sebagai staf front office, apabila ada kesalahan staf kena bayar denda rm100 setiap satu kesalahan, kalau taknak bayar, gaji akan ditolak dengan surat, boleh ke tolak macam tu?

    • Zahin Byond says:

      Perlu difahamkan di sini bahawa majikan tidak boleh membuat sebarang potongan pada gaji pekerja melainkan potongan yang dibenarkan oleh Akta Kerja 1955 seperti untuk caruman ke KWSP, PERKESO, EIS atau PCB.

  • Khairul says:

    Salam tuan.. saya seorang manager di sebuah cafe. Setelah saya bekerja selama 4 bulan saya langsung tidak diberikan surat offer letter oleh majikan. Kemudian saya tak pasti kenapa dan tidak di beritahu apa apa , task saya membuat jadual pekerja telah di ambil alih oleh majikan. Sekarang saya bekerja tanpa di beritahu apa apa dan majikan hanya mencari salah dan buat tidak tahu kepada saya. Apa yang patut saya lakukan? dan apakah yang cuba majikan saya lakukan?

    • Zahin Byond says:

      Dinasihatkan untuk bertanya kepada HR syarikat atau majikan mengenai status diri dan dapatkan surat tawaran yang rasmi.

  • Zul says:

    Diberhentikan kerja secara tiba-tiba oleh majikan apakah tindakan yg harus saya buat..? Gaji klau tidak ditanya mungkin tiada bayaran..

    • Zahin Byond says:

      Untuk kes sebarang bentuk pemberhentian tidak adil adalah dinasihatkan untuk buat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja.

  • Nigel says:

    Salam tuan, saya bekerja di sebuah pusat pendidikan swasta selama 5 tahun dan saya mendapati bahawa majikan saya tidak membayar amount gaji mengikut percentage yang dijanjikan dan dia juga membuat potongan gaji lebih tanpa pengetahuan pekerja. Apa tindakan saya sebagai pekerja perlu dilakukan? Dan apa majikan saya perlu buat?

    • Zahin Byond says:

      Dinasihatkan untuk membuat aduan terhadap sebarang bentuk penindasan kerja oleh majikan ke saluran yang betul seperti Jabatan Tenaga Kerja.

      • Nigel says:

        Sekiranya saya membuat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja, adakah syarikat tersebut dikenakan penalti/saman ataupun ditutup serta merta?

  • Kerul says:

    Salam tuan , saya baru 2 minggu mula bekerja sebagai technician lift dan saya tidak mempunyai apa apa pengalaman yang berkaitan untuk bidang ni . Saya tidak diberikan safety training dan tidak diberi tunjut ajar yang sepatutnya , pada hari ke 11 saya telah dipaksa untuk duduk seorang diri dibahagian atas lift tanpa pemantuan dari orang yang sepatutnya , apa bila saya maklumkan kepada incharge dan org atasan mereka membuat sambil lewa memberi jawapan sinis “saya pun ada dgr yang kamu tak boleh buat kerja seorang diri” . Apakah tindakan yg sepatutnya saya perlu lakukan tuan ? Pihak atasan memandang ringan soal keselamatan dan nyawa pekerja

    • Zahin Byond says:

      Untuk kes ini dinasihatkan untuk membuat aduan ke saluran yang betul kerana Akta OSHA ada menyatakan keperluan majikan untuk menyediakan serta menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja terutamanya di tempat kerja. Di nasihatkan untuk bincang dengan pegawai HR dan majikan untuk memastikan keselamatan di tempat kerja terjamin.

  • SURAYA BINTI JOHAN says:

    hi nk tya..saya dh submit resignation letter sebulan lepas and notis period saya 2 bln tapi dalam surat resignation letter, mmg saya ada mention akan bayar lagi 1 bulan tu. Tapi company saya reject and paksa sya keje lg sebulan tu. Dalam offer letter tiada mention pasal buyout tu..

    So, apa yang saya perlu buat sebab company baru mmg nak saya masuk cepat.?

    • Zahin Byond says:

      Pembayaran ganti rugi notis adalah untuk pekerja yang ingin berhenti kerja dengan segera, selain itu selepas hantar notis pekerja wajib jalani tempoh notis ditetapkan. Dinasihatkan untuk berbincang dengan kedua-dua syarikat bagi mencapai penyelesaian yang memenangkan dua belah pihak.

  • mata hati says:

    Salam tuan.

    Saya adalah seorang pekerja kontrak untuk jawatan eksekutif di sebuah syarikat swasta. Semasa kontrak kerja hampir tamat, pengurus jabatan telah memaklumkan bahawa pihak pengurusan telah memutuskan untuk tidak menyambung kontrak kerja saya. Alasan pengurus, walaupun kerja saya telah mencapai KPI yang ditetapkan, tetapi saya tidak menepati ciri-ciri kepimpinan yang diperlukan syarikat. Saya terkejut kerana pengurus tidak pernah memberikan sebarang garis panduan untuk ciri-ciri kepimpinan yang diperlukan itu. Apa yang boleh saya lakukan berkaitan penamatan kontrak ini?

    Terima kasih.

    • Zahin Byond says:

      Untuk pekerja kontrak, biasanya majikan memilik hak sama ada untuk menawarkan pembaharuan kontrak atau tidak. Untuk kes seperti Tuan, adalah dinasihatkan untuk berbincang dengan majikan bagi mendapatkan penjelasan mengenai status penyambungan kontrak.

  • Insan says:

    Salam tuan,
    Sy merupakan pekerja kontrak di swasta. Pihak majikan saya telah bagi satu notis penukaran waktu kerja secara general secara tiba2 untuk dilaksanakan pada bulan hadapan. Notis awal pn tiada , cuma kata mulut sahaja 3 hari sebelum.
    Jadi saya menyuarakan hak saya tidak boleh kerja sampai mlm atas faktor keselamatan. Namun, saya telah menerima pada hari yg sama daripada HR ingin sy mengemukakan penerangan bahawa saya bercakap belakang majikan. Dan HR akan memberi surat warning letter sekiranya saya tidak memberi penerangan.
    Adakah ini dikira ugutan atau fitnah? Apa yang patut saya lakukan.
    Terima Kasih

    • Zahin Byond says:

      Untuk kes seperti ini dinasihatkan berbincang dengan pihak pengurusan. Hal ini kerana pemberian notis yang lewat boleh menjejaskan perancangan pekerja dan pekerja juga berhak untuk menyuarakan pendapat mereka.

  • ana says:

    selamat pagi, saya nak tanya. bermula aug saya ada kenaikan gaji RM200 dari RM2100 ke RM2300. saya juga ada melakukan OT selama 20 jam bulan lepas. Tapi 1hb saya terima gaji yang salah , majikan saya berikan gaji lama sewaktu saya probation. Dan bila saya minta untuk slip gaji yang baharu katanya dia sudah bayar epf, eis dan socso. soalan saya adakah boleh saya mahu report sekiranya pada bulan hadapan pengiraan gaji ot dan epf socso saya tidak dibawa dengan adil dalam slip gaji bulan sept ini.

  • Usman Awang says:

    Salam Tuan,

    Saya pekerja tetap untuk jawatan jurutera projek di sebuah syarikat swasta. Pada akhir bulan jun 2024 saya mengambil cuti hospitalisasi selama 60hari secara berperingkat. Pada minggu terakhir cuti hospitalisasi saya telah diberi surat untuk menyambung cuti tanpa gaji selama 4 bulan. Saya telah menyatakan melalui email bahawa saya sudah boleh bekerja selepas cuti tamat cuti hospitalisasi, namun majikan memberi pilihan sama ada menyambung cuti tanpa gaji (surat dikeluarkan) atau bekerja sebelum tamat cuti hospitalisasi. Apa tindakan yang boleh saya buat?

    Terima Kasih

  • Ain says:

    Asalamulaikum Tuan,
    Saya nk bertanya,semalam sy dapat offer menjadi supervisor,dan kemudiannye majikan megeluarkan perjanjian dan ofer bertulis yang baru bermula 1/9/2024,,tetapi ada perubahan sedikit pada cuti umum sy di kurang dr 18 hari ke pada 11 hari sahaja,adakah dibenarkan ? Majikan bayar balance 7 hari sebanyak rm600 masuk dalam gaji dan bayar secara ansuran sebanyak Rm50 sbln,sedangkan perjanjian sy sebelum ini mmg mendapat cuti public holiday sebanyak 18 hari,adakah bole majikan buat sy begitu,dan saya tidak setuju dgn pembayaran itu..saya mahu teruskn dgn mendapat cuti umum sy itu kembali..dan boleh ke majikan bagi ofer baru dan megurangkan benefit yg sy dpt seblum ini, kenapa tak perlu sambung sahaja?dan apa kelebihan sy selepas menjadi supervisor? bole bg sy penjelasan,Terima kasih tuan

    • Zahin Byond says:

      Majikan tidak boleh kurangkan CUTI TAHUNAN pekerja tetapi untuk CUTI UMUM terdapat 5 hari cuti wajib dan 6 hari cuti pilihan. Bergantung kepada polisi syarikat cuti umum boleh ditetapkan 11 hari setahun dan tidak boleh kurang. Dinasihatkan untuk berbincang dengan majikan berkaitan perkara ini. Untuk persoalan kelebihan menjadi seorang supervisor, maaf saya tidak boleh berikan jawapan kerana setiap syarikat memiliki faedah tersendiri.

  • Mangsa says:

    saya bekerja di syarikat catering. dalam terms kerja saya masuk kerja jam
    8am-4.30pm dan jika melebihi waktu bekerja akan dikira sebagai OT. tetapi sy dapati sudah banyak kali setiap kali gaji OT saya ditolak dan tak dikira. bila ditanya katanya memang OT akan ditolak sejam sehari dan jika tak cukup sejam waktu OT mereka langsung tak kira OT sy. Adakah kiraan OT sistem di Malaysia mmg begitu dan jika tidak apa perlu saya buat? OT sy selalu dipotong terlalu banyak.dan OT pada hari public holiday juga tak dikira triple jika tidak melebihi 8 jam OT.Rasa sgt teraniaya.Bantu sy tuan

    • Zahin Byond says:

      Untuk kerja melebihi 8 jam atau melebihi waktu jam kerja yang dipersetujui memang layak untuk dapat OT. OT perlu dapat approval. Untuk rate cuti umum, dalam akta, selepas 8 jam kerja sahaja untuk bayaran triple. Kurang 8 jam, akan dikira rate 2.0 sahaja.

  • mama popo says:

    sya nak tanya.kalau majikan tak buat potongan kwsp tu mcm mana ya?apa patut sya buat..?

  • ayu says:

    saya diberi tahu dan tiada notis dikeluarkan sehari sebelum penutupan kedai , apakah tindakan yg harus saya lakukan ?

  • nurul izzwanie says:

    saya nak buat aduan mengenai annual leave, saya dan kawan² telah berkerja setahun penuh, tetapi manager kita memberitahu bahawa kita tidak ada annual leave, lebih tepatnya (tidak diberikan annual leave selepas 1 tahun berkerja. mohon pencerahan, terima kasih

    • Zahin Byond says:

      Annual leave adalah hak pekerja dan boleh digunakan selepas setahun bekerja mengikut penetapan Akta Kerja 1955. Dinasihatkan untuk membuat aduan jika majikan menahan cuti tahunan anda.

  • Rafidah Idris says:

    sy pernah bekerja di syarikat yg HQ di China,tetapi projek di Pdg Meha ,Kedah pd bulan 12/6/2024 tetapi segala dokumen mcm surat perlantikan ,kontrak perkhidmatan , dan slip gaji tidak disediakan .dan sy berhenti pd 15/8/2024 ade beri surat perletakan jawatan pd majikan ,tetapi sampai sekarang sy tidak mendapat gaji selama notis tersebut (2 minggu bekerja).apakah masih boleh buat aduan pd JTK? walaupun tiada dokumen sokongan ?

    • Zahin Byond says:

      Sebaiknya untuk menyediakan dokumen sokongan untuk memudahkan penyiasatan oleh Jabatan Tenaga Kerja. Anda masih boleh buat aduan dan dinasihatkan untuk membuat sedemikian dengan layari laman rasmi JTK.

  • Amir amirul says:

    Sy sdh berhenti kerja dgn company yg lama..tpi bila disemak sy pnya bayaran kwsp,2 bln caruman sy tidak di bayar..alasannya sbb company sdh tamat contract dan dorg tukar nama company..adakah sy msi bole buat aduan tntang msalah ini..

  • Kirenius Kollo says:

    Mau tanya tuan/puan, saya sebagai warga asing yang bekerja di sabah di saru company besar, tetapi kami tidak di bayar gaji bulan. Kami hanya di gaji pajak. Apakah ini boleh membuat laporan ke Jabatan buruh? Mohon informasinya. Terima kasih, Salam hormat.

    • Zahin Byond says:

      Gaji boleh dibayar sama ada bulanan, mingguan atau harian. Jadi boleh refer dalam surat tawaran kerja berkaitan cara dan tempoh pembayaran gaji.

  • Mawar says:

    Saya nak tnya saya berkerja dengan majikan warga asing dia berjanji akn buat agreement sleeps 3 buln saya kerja .tapi sudah 5 bulan saya kerja n dia Tak bg surat confirm cuti say cum Dua hari sebulann n dipotong jugak maknanya cuti Dua hari dia bg jugak dipotong

  • Ashikin Aishah says:

    Saya ingin bertanya, suami saya kerja di warehouse kerja harian dan bayar gaji pon setiap hari yang dia masuk. Boleh saya tahu macam mana kalau majikan atau org atasan di warehouse itu tidak membayar gaji dengan tiada apa sebab ii besar, apa tindakan yang patut saya buat? Setahu saya walau macam mana pon itu tetap hak pekerja setelah seharian kerja.

  • anna says:

    Salam tuan saya nak tanya, saya tiada offer letter setelah bekerja 6 tahun. Boleh ke majikan membuat potongan gaji kepada pekerja tanpa memberikan notis hitam putih serta potongan yang dibuat tidak adil dan saksama antara pekerja?

    • Zahin Byond says:

      Majikan tidak boleh membuat potongan pada gaji pekerja sesuka hati melainkan untuk potongan wajib seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja. Tindakan majikan yang membuat potongan tanpa kebenaran boleh dikenakan undang-undang.

  • ma says:

    saya nak tanya bolehkah majikan membuat tuduhan / fitnah dengan memberi notis mengatakan saya hide information dan tidak memberi kerjasama dalam menjalankan tugas. 15tahun saya berkerja kontrak dan renew setiap tahun bagi tahun ini akan tamat lagi tiga bulan adakah ini satu alasan untuk tidak renew kontrak saya. bolehkah saya membuat aduan dimana-mana.

  • nurul says:

    saya nk tnya , klu kita bekrja selama setahun tpi tiada potongan kwsp , lepas tu kita brhnti 24 jam …kita perlu ker bayar gnti rugi ….????

  • Macam mana pula majikan sekat pekerja dari balik dari waktu yang ditetapkan dan bekerja lebih masa

    • Zahin Byond says:

      Dinasihatkan untuk berbincang dengan pihak majikan dan jika tiada penyelesaian boleh buat aduan ke saluran yang betul seperti Pejabat Buruh.

  • Mohd Anifpa Bin Othman says:

    Saya ingin bertanya berkenaan: abg saya seorang pengawal keselamatan di sebuah syarikat swasta, bekerja mengikut shift pagi dan malam.Baru2 ni dia kena strok ditempat kerja,sekarang dia diberi cuti dengan gaji berbayar oleh syarikat tersebut selama 2 bulan.. pertanyaan saya, ada ke apa2 imbuhan atau tuntutan bagi pekerja yang berlaku musibah semasa berkerja kalau ada tolong bgthu step by step kepada siapa perlu abg saya kemukakan untuk dapatkan imbuhan dari kemalangan ditempat kerja itu…abg saya sekarang masih lagi dalam keadaan strok

    • Zahin Byond says:

      Untuk pekerja Malaysia yang mencarum dalam PERKESO boleh membuat permohonan skim-skim ditawarkan PERKESO kepada pekerja, Contohnya Skim Kehilangan Upaya Kekal. Dinasihatkan untuk rujuk laman rasmi PERKESO untuk penerangan lanjut mengenai skim-skim PERKESO ini. Saya bersimpati atas nasib keluarga Tuan/Puan.

  • Muhd says:

    Saya nak tanya kalau majikan tidak bayar SOCSO/EIS sepanjang tahun ini dan KWSP/EPF selama 7 bulan tetapi dalam payslip sudah ada potongan. Apa yang perlu saya buat?

  • Sarah says:

    Hai nak tanya saya mc 2 hari standart gaji 1,600 kalau full akan dapat penuh macam tu tapi disebabkan ada 2 mc gaji saya jadi 1,400 adakah dia potong mc 2 hari saya tu dia potong ? Ibarat saya tidak hadir kerja , setiap saya ada mc mesti sebelum ii ni mesti ada kurang kalau tidak hadir tu lain cerita tu saya tahu kenapa dia potong tapi ini mc berhak ke dia potong gaji kite ?

  • Azlan says:

    Saya nak tanya adakah sekuriti di sekolah rendah tak layak untuk mendapat cuti sehari dalam seminggu.. sebab saya dah berkerja selama 2 minggu dari 7 malam hingga 7 pagi. Bila saya bertanya kepada pihak sekolah. Mereka diam tak beritahu apa-apa. Apa yang perlu saya lakukan?

  • NABIL says:

    Maaf saya nak tanya sekiranya majikan paksa kita buat kerja bukan dari job skop kita, tetapi kita sudah buat surat penolakkan kerja itu dan majikan tidak terima. Apa yang perlu saya lakukan?

    • Zahin Byond says:

      Rujuk semula kontrak kerja asal.Jika terdapat penetapan yang mengatakan majikan memiliki hak untuk memindahkan pekerja atau memindahkan tugasan pekerja, maka majikan boleh membuat sedemikian.

  • Wallbreaker says:

    Maaf saya ingin bertanya, sekiranya kita membuat pengaduan kepada JTK, adakah maklumat pengadu dirahsiakan? Saya bimbang jika membuat laporan,pihak atasan akan terus mencari orang yg membuat laporan dan risiko bakal ditukarkan tempat kerja akan terjadi

    • Zahin Byond says:

      Untuk sebarang kepastian dan penerangan lanjut mengenai perkara ini adalah dinasihatkan untuk rujuk pihak JTK sendiri. Tetapi kebiasannya selepas pekerja membuat aduan pihak JTK akan membuat siasatan terlebih dahulu.

  • Surya says:

    Maaf ingin bertanya..adakah maklumat pengadu kepada JTK dirahsiakan? Saya bimbang jika buat pengaduan maka pihak atasan akan berdendam kepada pekerja maka pekerja akan ditukarkan ke tempat lain atau dicari kesalahan hingga ke akar umbi..mohon jawap

    • Zahin Byond says:

      Untuk sebarang kepastian dan penerangan lanjut mengenai perkara ini adalah dinasihatkan untuk rujuk pihak JTK sendiri. Tetapi kebiasannya selepas pekerja membuat aduan pihak JTK akan membuat siasatan terlebih dahulu.

  • Ainwawa says:

    Saya adalah pekerja 3party dari syarikat vendor yg ambil kontrak syarikat ternama untuk buat kerja untuk mereka. Apa yg menyedihkan staff first party melayan kami seperti sampah/bangsat kami membuatkan ramai tertekan. Masalahnya di sini sampai bila kami akan jadi nak hadap situasi berlarutan dgn tekanan gaji yg amat sedikit. Di mana saya patut adu masalah ini

  • Izzlea says:

    Hi, saya mula bekerja pada bulan januari 2024. Sepanjang saya bekerja di company ini saya tidak menerima apa2 surat pengesahan kerja mahupun surat confirmation dengan alasan company ini tidak mempunyai banyak staff iaitu 2 pekerja local dan 4 pekerja foreigner. Company ini juga tidak membuat pemotongan KWSP dengan alasan yg sama. Annual leave juga tiada dan sekiranya bercuti itu dikira unpaid leave. Boleh kah sya membuat aduan terhadap company ini.

    • Zahin Byond says:

      Berdasarkan situasi ini Tuan/Puan dinasihatkan untuk membuat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja segera kerana ia telah melanggar penetapan digariskan Akta Kerja 1955 berkaitan potongan wajib dan cuti pekerja.

  • asmawati says:

    maaf nak tanya saya bekerja tapi saya tak diberi offer letter , alasan tunggu 3 bulan bkerja baru diberi offer letter , selepas 3 bulan masih tak diberi offer letter , dan sekarang saya sudah behenti tanpa notis , dan majikan juga tak pernah bagi payslip, dan bulan yang terakhir ni kwsp saya belum dibayar sedangkan gaji dah dtolak kwsp . apa patut saya buat

  • Afiqah says:

    Hi, saya baru bekerja selama seminggu. Pada minggu kedua saya dipanggil dan majikan buat keputusan untuk tak meneruskan perkhidmatan saya atas sebab underperformance. Tapi majikan meminta saya yang beri surat perletakkan jawatan. Apa yang patut saya buat?

    • Zahin Byond says:

      Berdasarkan Akta Kerja, majikan memiliki hak memecat pekerja atas salah laku (Seksyen 14). Untuk kes underperformance pula majikan boleh memutuskan untuk melanjutkan tempoh percubaan (bagi pekerja percubaan) atau menamatkan kontrak perkhidmatan dengan memberikan notis penamatan kontrak.

  • Mira says:

    Bagaimana cara untuk membuat aduan secara online (emel atau borang di laman sesawang)? Saya mempunyai kekangan masa & pengangkutan untuk membuat aduan ke JTK secara fizikal.

  • Nur Aliah says:

    Kalau saya buat aduan JTK Ot tidak dibayar. Adakah area manager akan kena penalti atau apa² tindakan ?

  • Azwan says:

    Saya nak tanya jika majikan mengambil pekerja rohinya yang tak ada permit kerja
    Adakah itu salah di sisi undang2

  • Syahreen bin mohammad says:

    Sya nak bertanya,,ada ka ini adil jika di sebab kan masaalah peribadi kita di paksa untuk berhenti kerja,?dan ada ka ia bersikap adil jika bumi putra di keluar kan dan Pekerja tampa permit di pertahan kan,,?
    Patut ka saya berhenti kan dengan cara
    Memindah kan saya ke tempat yang jauh
    Dari kediaman saya,,??
    Boleh tolong jelas kan kepada saya
    Macamna nak selesai nya,??

    • Zahin Byond says:

      Memaksa pekerja berhenti kerja atas sebab peribadi, memihak kepada pekerja tanpa permit, atau memindahkan pekerja dengan tujuan untuk memberhentikan mereka adalah kesalahan undang-undang (unfair dismissal). Dinasihatkan untuk membuat aduan ke saluran yang betul seperti Jabatan Buruh.

  • Mohd zakri bin Harun says:

    Saya pekerja tukang kebun sekolah,pada 7/10/2024..saya telah memberi surat berhenti dengan serta-merta kepada syarikat.dan pada hari gaji 4/11/2024//tunggakan gaji saya pada tarikh 7/10/2024.. tidak diterima.. adakah saya boleh buat kes dalam hal ini

  • Assalammualaikum nak tumpang tye sy kje cukup Hari tapi gaji kurg dripada yg diberi waktu perjanjian masuk kerje MCM mne sy NK claim gji sy tuh boleh Ker?
    Lagi satu perluke sy buat report polis tau boleh Ker pejabat bruh terus?

  • Roseniza Binti Ayup says:

    Saya maintenance fire contractor,pada 14/8/2024 saya telah hantar notis berhenti kerja kepada majikan.pada hari gaji 5/10/2024 saya tergerak hati nak minta payslip gaji. Bila buka payslip saya terkejut gaji saya ditolak rm 300. pada 7/10/2024 HR wassap saya Dan dalam wassap tersebut ada surat isu tuntutan gantrugi kerugian.saya pasang card panel tu 2 keping tapi syarikat bagitau saya pasang 3 keping Dan menolak gaji saya rm 300 .adakah saya boleh buat kes dalam hal ni

  • Agnes Tam says:

    nak tanya sy kena buang kerja on the spot, tapi company x bayar gaji, sy kerja di company 6 tahun, do ni tahun bulan 7 tukar boss, I tapi nama company sama, but I sy WhatsApp boss minta gaji, boss x reply anything. sy x ada deduct EPF socso, but boleh bagi panduan mcm mana buat

  • moy says:

    hai nak tnya ,
    assisten manager kami pekerja asing tapi baru jak naik tahun ni ,stiap hujung tahun kami ada penilaian utk bonus , jadi dia sda tunjukkan markah spttnyaa , tpi lepas jak kmi keluar office tuu dia tukar balik markah , di sbbkan tuu kami ada penilaian kedua markahh lebih rendahh dri penilaian pertama , benda ni di terima kaa sekiranyaa di adukan ?

  • Ikha says:

    Nak tanya kalau barang jualan expired dekat rak dan sepatutnya benda tu boleh direturn but staff takda buat promotion untuk habiskan stok sebelum expired date berlaku.
    Bolehkah majikan menyuruh staff untuk bayar ganti rugi?

  • nazirul says:

    selmat pagi .. nak tnye sikit mcm kwn sye warga asing . jikalau dia cuti mintak cuti atas sebab hal2 penting sesuatu yang dia ingin lakukan dan majikan tolak gaji sebanyak rm250 adakah itu benar mengikuti akta undang2 buruh untuk warga asing ?

  • aishah says:

    suami saya masih belum permanent staff , tetapi bolehkan majikan tidak membayar gaji mengikut waktu yang ditetapkan iaitu 7 hb pada setiap bulan ? offer letter jugak tidak diberikan sewaktu mula kerja , cuma ada payslip . bolehkah saya membuat aduan berkaitan perkara ini ?

    • Zahin Byond says:

      Majikan yang gagal mengikut undang-undang ditetapkan Akta Kerja seperti tempoh pembayaran gaji boleh dikenakan tindakan. Selain itu, Akta Kerja juga tetapkan majikan perlu keluarkan kontrak kerja bertulis kepada pekerja. Ya, boleh buat aduan ke JTK ya.

Leave a Reply