Gangguan seksual di tempat kerja bukan perkara baru malah ia boleh berlaku sama ada dalam kalangan sektor yang sama atau merentasi industri kerja berbeza. Lebih menakutkan lagi gangguan seksual juga boleh terjadi kepada yang berlainan jantina mahupun sesama jantina.
Dalam konteks dunia pekerjaan, terdapat banyak usaha yang dibuat untuk membendung dan seterusnya menghapuskan masalah gangguan seksual ini. Malah, Akta Kerja 1955 sendiri memperuntukan undang-undang untuk menghalang gangguan seksual di tempat kerja.
Definisi Gangguan Seksual
Gangguan seksual didefinisikan sebagai satu perlakuan tidak bermoral yang dilakukan oleh seorang individu kepada individu lain. Ia biasanya dilakukan oleh individu yang mempunyai kuasa dan bermasalah ketidaksejahteraan psikologi.
Sementara itu, Akta Kerja 1955 turut memberikan tafsiran kepada gangguan seksual ini pada Bahagian 1 Seksyen 2. Di bawah adalah tafsiran kepada maksud gangguan seksual di tempat kerja menurut undang-undang.
“Gangguan seksual ertinya apa-apa tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini, sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, gerak-geri atau secara fizikal, yang ditujukan terhadap seseorang yang adalah menjelik atau menghina atau adalah suatu ancaman kepada kesejahteraannya, berbangkit dari dan dalam menjalankan pekerjaannya”
Jadi berdasarkan definisi dan tafsiran di atas, gangguan seksual ini boleh dirumuskan kepada sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan ketidakselesaan, ancaman, penghinaan dan ugutan dalam pelbagai bentuk seksual oleh seorang individu kepada individu lain.
Suka juga diingatkan bahawa gangguan seksual ini boleh berlaku sama ada antara jantina berbeza (lelaki kepada perempuan) atau jantina sama (lelaki kepada lelaki). Selain itu, gangguan seksual juga boleh berlaku dalam bentuk kumpulan kepada individu atau sebaliknya.
Contoh-Contoh Gangguan Seksual di Tempat Kerja
Terdapat pebagai bentuk gangguan seksual yang berlaku di tempat kerja sama ada percubaan untuk merapati individu lain secara seksual, meminta layanan seksual, mengugut secara seksual ataupun menyingung serta mengina secara seksual.
Namun, terdapat beberapa contoh yang mudah untuk dikenal pasti sama ada ia adalah gangguan seksual di bawah kategori mana satu.
- Gangguan fizikal – sebarang perbuatan yang mendatangkan rasa tidak selesa kepada seorang individu seperti:
- Memegang,
- Memeluk,
- Meraba,
- Menepuk,
- Mencubit,
- Menggosok,
- Dan sebagainya yang melibatkan sentuhan fizikal.
- Gangguan lisan – sebarang ucapan yang mendatangkan rasa tidak selesa kepada seorang individu seperti:
- Perbualan lucah,
- Komen,
- Bergurau,
- Membuat bunyi,
- Mengkritik,
- Pujian,
- Soalan,
- Dan sebagainya yang melibatkan perkataan tidak bermoral.
- Gangguan isyarat – sebarang sikap yang boleh mendatangkan rasa tidak selesa kepada seorang individu seperti:
- Menggoda,
- Menjeling,
- Merenung,
- Mengintai,
- Menjilat bibir,
- Menggunakan bahasa isyarat yang mendatangkan tidak selesaan.
- Gangguan visual – sebarang tindakan yang boleh mendatang rasa tidak selesa kepada seorang individu seperti:
- Menghantar nota,
- Menghantar e-mel,
- Mengantar mesej,
- Menghantar gambar,
- Mengantar komen,
- Dan menghantar sebarang bentuk bacaan atau visual gambar lucah.
- Gangguan psikologi – sebarang perlakuan yang boleh mendatangkan rasa tidak selesa kepada seorang individu seperti:
- Cubaan merapati,
- Cubaan mendorong,
- Cubaan mendesak,
- Cubaan mengugut,
- Atau cubaan memujuk yang berbau seksual.
Cara Tangani Masalah Gangguan Seksual di Tempat Kerja
Apabila melibatkan gangguan seksual di tempat kerja, penting untuk semua pihak terutamanya majikan memainkan peranan dalam membantraskan masalah ini daripada budaya syarikat. Sungguhpun begitu, ia memerlukan usaha semua pihak dalam menangani masalah gangguan seksual di tempat kerja.
- Tampal Notis Gangguan Seksual di Tempat Kerja
Sebagai makluman di bawah Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang berkuat kuasa 1 Januari 2023 lalu, majikan diwajibkan untuk menampal notis berkaitan gangguan seksual di semua tempat terbuka dalam syarikat.
Usaha ini adalah untuk mendidik dan memupuk kesedaran kepada para pekerja berkaitan gangguan seksual di tempat kerja, dan merupakan antara usaha proaktif dalam mengurangkan masalah ini daripada terus menular dalam budaya syarikat.
Jadinya para majikan dinasihatkan untuk mengeluarkan dan menampal notis amaran mengenai gangguan seksual di tempat terbuka seperti kawasan yang menjadi laluan utama pekerja contohnya pintu masuk dan ruang kerja.
- Laporkan dan Kemukakan Bukti Gangguan Seksual
Bagi pekerja yang berdepan dengan gangguan seksual dinasihatkan untuk membuat laporan ke saluran-saluran betul seperti bahagian sumber manusia (HR), majikan atau ke pihak berkuasa jika ia berlarutan dan boleh membawa padah.
Dalam memudahkan urusan membuat laporan, pekerja boleh kemukan bukti seperti merekod butiran kejadian termasuk tarikh, tempat dan masa ia berlaku, menyimpan sebarang bukti bergambar seperti mesej atau emel dan sebarang bentuk bukti yang menunjukkan gangguan seksual berlaku.
Paling penting jangan sesekali mendiamkan diri kerana perbuatan tersebut boleh membuatkan si pelaku gangguan seksual menjadi lebih agresif sehingga memberi kesan kepada psikologi manga atau lebih teruk menjejaskan imej syarikat.
- Ambil Tindakan Terhadap Pelaku Gangguan Seksual
Selepas siasatan dibuat dan mendapati si pelaku membuat gangguan seksual, majikan perlu mengambil tindakan terhadap seperti yang dinyatakan pada Seksyen 81C, Akta Kerja 1955.
“Jika majikan membuat siasatan terhadap suatu aduan berkenaan gangguan seksual yang diterima di bawah subseksyen 81b(1) dan majikan itu berpuas hati bahawa gangguan seksual telah dibuktikan, majikan itu hendaklah-
- Dalam kes di mana orang yang terhadapnya aduan berkenaan gangguan seksual dibuat ialah seorang pekerja, mengambil tindakan disiplin yang boleh termasuk yang berikut:
- Memecat pekerja itu tanpa notis;
- Menurukan pangkat pekerja itu;
- Mengenakan apa-apa hukuman ringan lain sebagaimana yang disifatkan adil dan patutu, dan di mana hukuman penggantungan tanpa gaji dikenakan, ia tidak boleh melebihi suatu tempoh 2 minggu; dan
- Dalam kes di mana orang yang terhadapnya aduan berkenaan gangguan seksual dibuat ialah seorang selain daripada seorang pekerja, mengesyorkan bahawa orang itu dibawa ke hadapan pihak berkuasa disiplin yang sesuai kepada mana orang itu tertakluk.”
- Amalkan Budaya Kerja Saling Menghormati
Cara paling berkesan untuk membendung gangguan seksual di tempat kerja adalah dengan mengamalkan budaya kerja saling menghormati di dalam syarikat. Ini bermakna setiap pekerja perlu mengetahui had dan batas dalam pergaulan di tempat kerja.
Selain itu, setiap pekerja juga perlu bersikap profesional di tempat kerja bagi mengelakan sebarang masalah luar yang boleh timbul. Penting sebenarnya untuk setiap pekerja bekerja dalam kondusi kerja yang professional dan saling menghormati.
Jadikan Tempat Kerja Anda Lebih Baik Dengan MySyarikat!
Berita baik kepada anda yang sedang mencari sistem pengurusan pembayaran, pengiraan dan agihan gaji pekerja, MySyarikat dapat bantu membuat semuanya secara automasi untuk tingkatkan pengalaman pekerjaan syarikat anda.
Dalam pada itu, MySyarikat turut menawarkan segala fungsi lain yang dapat membantu majikan dan pegawai HR seperti pengurusan payroll, pengurusan cuti dan tuntutan, pengurusan kehadiran, pengurusan KPI dan banyak lagi!
Dengan MySyarikat pengurusan syarikat anda akan menjadi lebih lancar dan efisien. Rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software terbaik di Malaysia – MySyarikat sekarang!
Klik BOOK DEMO untuk tetapkan temujanji demo sistem secara percuma!