Memang sudah jadi kebiasaan pekerja minta sijil cuti sakit atau Medical Certificate (MC) dari pegawai kesihatan selepas pergi ke klinik sebagai bukti ketidakhadiran kepada majikan.
Selalunya juga MC diberi bagi tujuan claim kos perubatan, tapi bergantung kepada peruntukan syarikat. Setiap syarikat ada tetapkan polisi jumlah claim kos perubatan yang berbeza-beza.
Tetapi tahukah anda yang pencarum PERKESO juga boleh claim MC atau cuti sakit sehingga 80% daripada gaji harian untuk tempoh 4 hari bercuti!
Tuntut MC Dari PERKESO
Sebenarnya di bawah Skim Bencana Pekerjaan (Employment Insurance Scheme atau EIS) dan Skim Keilatan (Invalidity Scheme) PERKESO, pekerja boleh claim bayaran untuk MC sekiranya terlibat dalam kemalangan.
Telah digariskan di bawah Skim Bencana Pekerjaan bahawa pekerja boleh buat tuntutan kepada PERKESO jika,
- Diberhentikan kerja atas sebab-sebab yang ditetapkan
- Waris akan menerima jumlah tuntutan jika pekerja meninggal dunia
- Terlibat dalam kemalangan atau cuti sakit (MC)
Ini bermakna pencarum PERKSESO layak terima manfaat Skim Bencana Pekerjaan jika berlaku kemalangan termasuk MC selagi belum berusia 60 tahun.
Namun, perlu difahamkan bahawa terdapat syarat situasi tertentu yang bolehkan pekerja buat claim pada Skim Bencana Pekerjaan untuk kemalangan atau MC. Syarat-syarat tersebut adalah,
- Kemalangan berlaku ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumah
- Kemalangan berlaku ketika dalam perjalanan melakukan tugasan di luar
- Kemalangan berlaku ketika dalam perjalanan ke tempat rehat (lunch hour)
- Kemalangan berlaku ketika berada berdekatan atau di tempat kerja
Selain itu, di bawah Faedah Hilang Upaya Sementara PERKESO pekerja juga boleh claim bayaran kos MC sehingga 80% daripada jumlah gaji harian.
Syarat untuk menuntut manfaat Faedah Hilang Upaya Sementara adalah seperti berikut:
- Tempoh cuti sekurang-kurangnya 4 hari termasuk hari kemelaangan dan disahkan pegawai kesihatan
- Bayaran tidak terpakai pada hari di mana pekerja hadir bekerja dan dibayar gaji
- Penyakit mesti berpunca dari kawasan kerja seperti pencemaran bahan kimia di tempat kerja
Mudah kata sebarang penyakit atau kemalangan yang berlaku di tempat kerja sehingga sebabkan pekerja hilang keupayaan bekerja buat sementara waktu layak untuk tuntut Faedah Hilang Upaya Sementara. Rujukan lanjut boleh di buat pada PERKESO.
Cara buat Tuntutan Kepada PERKESO
Sekarang sudah tiba masa untuk belajar cara claim MC dari PERKESO. Suka diingatkan untuk buat tuntutan, pekerja mesti berdaftar sebagai ahli PERKESO. Rujukan cara mendaftar PERKESO telah diterbitkan sebelum ini.
Kelayakan untuk anda claim faedah MC dari PERKESO adalah seperti berikut:
- Pekerja perlu memiliki sijil cuti sakit yang telah disahkan oleh pegawai kesihatan
- Pekerja mesti yang ingin menuntut faedah MC perlu patut syarat situasi yang dinyatakan di awal artikel
- Pekerja perlu muat turun dan lengkapkan borang Bayaran Ganti Belanja (BGB) di laman PERKESO
- Jika pekerja alami kemalangan yang memerlukan cuti selama 4 hari berturut-turut atau lebih, pekerja boleh claim bantuan Faedah Hilang Upaya Sementara
Sungguhpun begitu, pekerja perlu diingatkan di bawah Akta Kerja 1955 ada dinyatakan peruntukan jumlah cuti sakit yang layak pekerja dapat bergantung pada tahun perkhidmatan.
Pekerja juga dinasihatkan untuk tidak beri MC palsu kepada majikan ataupun bagi tujuan claim dengan PERKESO. Ia bukan sahaja salah dari segi etika tetapi juga salah di sisi perundangan.
Bagi sebarang fahaman lanjut untuk tuntutan serta syarat-syarat PERKESO boleh dirujuk pada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau layari terus laman sesawang PERKESO.
Sebelum anda buat sebarang claim untuk MC dengan PERKESO, ingat untuk kenal pasti terlebih dahulu syarat situasi dan kelayakan agar proses tuntutan yang dibuat akan berjalan lancar.
Salam,
Nak tanya kalau saya jatuh masa beli makanan pagi sebelum masuk opis dan melibat kan kecederaan di bahagian ankle sebelah kanan adakah layak untuk claim perkeso.
Terima kasih
Untuk kes seperti ini anda boleh untuk claim PERKESO kerana dalam perjalanan ke tempat kerja. Untuk rujukan lanjut dinasihatkan untuk rujuk laman rasmi PERKESO sendiri.
Asalamualaikum tuan. Maaf nak bertanya. Sekiranya ayah saya tidak berkebolehan untuk bekerja lagi akibat masalah jantung. Company suruh mohon pencen ilat. Tapi dah banyak kali tak lepas termasuk rayuannya. Jadinya ayah saya tidak hadir ke tempat kerja. Dan hanya berbekalkan mc sambungan. Macam mana ye tu?
Untuk sebarang tuntutan berkaitan PERKESO adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada PERKESO sendiri bagi mendapatkan penerangan yang lebih lanjut mengenai skim-skim mereka.
Salam tuan , maaf nak bertanya , boleh saya tahu macam mana kalau saya ketika itu masuk shiff petang tetapi dalam masa hendak bersiap untuk pergi ke kerja , saya tiba2 jatuh sakit atas sebab penyakit yg saya ada , dan terpaksa melakukan emergency operation . Dan saya mendapat mc selama 43 hari dan saya hanya boleh claim atas Mc yg saya ada iaitu 9hari atas sbb saya hanya ada lebihan mc sebanyak itu dan selebihnya saya disuruh apply unpaid . Adakah saya layak untuk claim socso ?
Untuk sebarang tuntutan dan pampasan berkaitan SOCSO adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pegawai PEREKSO.
Nak Tanya kalau hospitalisation saya dah habis kilang key in unpaid hospitalisation boleh lah saya claim dekat socso atas sebab operation
Untuk sebarang masalah seperti kemalangan di tempat kerja, pekerja boleh tuntut faedah PERKESO mengikut skim yang ditetapkan. Bagi kes seperti ini adalah dinasihatkan untuk rujuk laman rasmi PERKESO untuk dapatkan penerangan lanjut.
Saya nak tanya suami nak claim mc untuk perkeso tapi tak berjaya kerana bukan laluan pergi balik kerja.Adakah Masih berpeluang untuk buat rayuan untuk claim mc memandangkan suami Masih dalam mc
Jika diikutkan sekiranya pekerja dalam perjalanan ke tempat kerja, keluar dari tempat kerja semasa waktu rehat ia adalah dibawah waktu kerja yang membolehkan pekerja memohon faedah PERKESO. Untuk kes seperti ini adalah dinasihatkan untuk rujuk laman rasmi PERKESO sendiri untuk keterangan lanjut.
Salam
Nak tanya sekira nya berkerja dah Punch kad dalam masa yg sama pekerja rasa tak sihat dan telah bagi tahu pada penyelia dan penyelia mintak pekerja mendapat kan rawatan di hospital dalam perjalanan pekerja kemalangan boleh lah pekerja itu membuat clim di PERKESO
Betul. Sekiranya pekerja dalam perjalanan ke tempat kerja dan mengalami kemalangan, boleh menuntut faedah dari PERKESO. Dinasihatkan untuk rujuk laman rasmi PERKESO untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai faedah yang boleh dituntut.
Salam,
Nak tanya, kalau isteri saya bekerja dinsyarikat telco (mostly WFH) MC 5 hari (lain2 klinik disebabkan saya perlu membawa bersama ke kawasan kerja outstation untuk saya menjaga beliau), kemudian warded di hospital, boleh ke untuk claim PERKESO disebabkan MC melebihi 4 hari ?
Terdapat syarat yang membenarkan pekerja untuk tuntut MC dari PERKESO. Dinasihatkan untuk rujuk laman rasmi PERKESO untuk dapatkan keterangan lanjut.
Salam nk tanya sy eksiden dpt mc hsptl kjaan 3 dan mc 3hr lg klinik panel saya boleh ke clain perkeso?sbb mc lain2.tp bersambg
Untuk kes seperti ini dinasihatkan untuk rujuk pihak PERKESO dengan layari laman rasmi mereka.
Assalaamu’alaikum. Tuan, sekiranya kita mendapat MC daripada pihak Klinik/Hospital, tetapi kita hadir ke tempat kerja atas arahan/tugasan.
Jika berlaku apa2 pada kita / kemalangan pada hari tersebut, adakah kita masih layak membuat tuntutan dengan PERKESO?
Mohon pencerahan. Terima kasih.
Adalah menjadi kesalahan jika pekerja bekerja pada hari di mana mereka mendapat cuti sakit daripada klinik atau doktor yang berdaftar. Bagi tuntutan daripada PERKESO, boleh berhubung terus dengan pihak PERKESO untuk keterangan lebih lanjut.
Rakan sekerja saya terjatuh dan tercedera dengan teruk semasa menjalankan tugasan @ pekerjaannya. Tempoh MC yang diberikan adalah selama 8 hari. Bagaimanakah cara untuk tuntut MC dari PERKESO?
Boleh layari portal PERKESO atau ke pejabat PERKESO yang berdekatan untuk membuat tuntutan diatas kemalangan yang terjadi di tempat kerja.
salam,
kalau kita pergi kerja dalam masa cuti sakit ini boleh ke bang?
Tidak. Selepas mendapat pengesahan dan MC dari pegawai perubatan pekerja tidak perlu pergi ke tempat kerja.
kalau saya kena tibi di tempat kerja macam mana pula ya? sebulan mc . dan mc company limit 14hari je dapat claim sbb sy tak kena tahan ward. boleh ke claim socso. perlukan mc original ke?
Pekerja boleh mohon cuti hopitalisasi jika kes tersebut disahkan oleh doktor bahawa pekerja tidak boleh hadir bekerja kerana tidak sihat. Untuk claim SOCSO pula dinasihatkan untuk rujuk laman rasmi bagi mendapatkan kenyataan lanjut.
Salam.
Boleh ka claim socso sekiranya berlaku kemalangan semasa balik dari kerja.
Sekiranya tiada surat laporan polis masih boleh claim ka ?
Boleh, di bawah Skim Bencana Pekerja PERKESO pekerja yang dalam perjalanan ke tempat kerja dan dari rumah ke tempat kerja boleh buat tuntutan. Rujukan lanjut boleh dibuat pada laman rasmi PERKESO.
Asalam, tuan sy nak tanya, masa hari kejadian kemalangan saya belum melakukan laporan polis kerana tidak boleh berjalan dan disarankan untuk berehat, sekiranya laporan polis adalah diperlukan adakah boleh sekiranya sy melakukan laporan tersebut selepas keadaan sy semakin baik? Doktor menyarakankan sy agar melakukan claim setelah selesai tempoh bercuti kerana tidak ingin melakukan proses secara berulang. Berkemungkinan cuti sy akan dilanjutkan .
Jika kemalangan yang berlaku menyebab pekerja tidak mampu bekerja boleh membuat tuntutan dengan segera secara atas talian, akan tetapi untuk sebarang tuntutan faedah PERKESO adalah dinasihatkan untuk rujuk pegawai mereka bagi mengelakan sebarang salah faham.
Salam..saya terjatuh semasa perlawanan bola jaring anjuran company. Dan menyebab kan knee injury dan mc sudah hampir 3minggu & dalam masa yg sama perlu menjalani physioterapi. Adakah saya boleh membuat claim socso?
Boleh. Untuk rujukan lanjut boleh dibuat pada laman rasmi PERKESO.
Suami saya dapat mc sebulan dari hospital..sebelom ni die kerja kilang .tapi dah lama di berhentikan kerja..skrg die kerja buat rumah…boleh kah suami claim sebab tangan die patah
Boleh rujuk laman rasmi PERKESO untuk penerangan lanjut.
Assalamualaikum..
Saya nak tanya boleh ke claim MC kalau kemalangan luar waktu kerja?
Boleh cuba claim MC dengan PERKESO sekiranya jalan perjalanan ke tempat kerja atau dari tempat kerja ke rumah.
Jika bukan laluan ke tmpt kerja atau ke rumah macam mana?
Dinasihatkan untuk rujuk laman rasmi PERKESO untuk kes seperti ini.
Kalau accident bukan waktu kerja dan beza negeri, boleh claim juga ke?.. saya dah tak kerja 3 bulan sebab accident
Pencaruman PERKESO boleh membuat claim di laman rasmi mereka. Bergantung kepada kecederaan dan skim, pekerja boleh claim faedah yang ditawarkan.
Macam mana kira2 bayaran perkeso untuk cuti sakit (mc) disebabkan kemalangan semasa nak pergi kerja. Contoh saya dapat MC 1 bulan 7hari (bersamaan 37hari), dan gaji basic RM3000 (bersamaan RM125/hari). Adakah 125X0.8X37=RM3700. Berapa bayaran maksimum per hari.
Untuk pengiraan lengkap dinasihatkan merujuk pada laman rasmi PERKESO bagi mengelakkan sebarang kesalahan pengiraan.
Berapa lama proses claim Mc di perkeso yew…??
Sila rujuk laman rasmi PERKESO. Hanya pihak PERKESO sahaja yang dapat berikan jawapan jelas mengenai tempoh claim mereka.
Asalamualaikum Sy telah di masukkan ke hospital Dr 19-8 hingga 27-8 akibat masalah jantung Dan sten telah di masukkan ke dalam jantung sy.sybtelahbdi berikan mc hingga 7-10-2024 namun mc Sy mulai 19-9 hingga 6-10 adalah mc tidak bergaji.bolehkan Sy memohon bantuan perkeso utk mc Sy yg tidak bergaji?
Untuk sebarang skim ditawarkan PERKESO dinasihatkan untuk layari laman rasmi mereka.
Assalamualaikum sy nak Tanya umur 64 boleh lagi ke utk claim socso , saya masih bekerja dan sy telah patah tangan kanan ketika melakukan kerja2 berat di kilang perabot.
Selagi masih mencarum sebagai ahli boleh. Dinasihatkan untuk rujuk ke PERKESO untuk mengelak sebarang kekeliruan.
Assalamualaikum saya berumur 49 tahun.dan bekerja sebagai landskap Sklh Men sain Rembau n.9.kemalangan semasa bekerja waktu pagi terhempap besi.di kaki.ibu jari kaki patah.mc Dr hspt port Dickson dpt 1 bulan… bagaimana cara nk claim SOCSO .tidak tahu saluran nya encik..mohon bagi pencerahan.saya start bekerja pada 2 .9.2024 .kemalangan berlaku pada 19.9.2024…
Untuk sebarang aduan, laporan atau tuntutan rasmi adalah dinasihatkan untuk merujuk terus ke laman rasmi PERKESO.
salam nk tanya kalau pekerja tu sudah punch kad balik kerja dan dalam perjalanan pulang kerumah die kemalangan ….bolh ka buat tuntan kepada perkeso…kemalangan MC lebih dari 4 hari
Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan mengenai tuntutan dan skim-skim PERKESO adalah dinasihatkan untuk rujukan laman rasmi mereka.
Saya kemalangan di tempat kerja menyebabkan tulang bahu kiri retak Dan MC selama 2bulan. Adakah saya boleh claim kedua dua iaitu MC Dan juga bahu retak? Terima kasih kerana membantu.
Untuk penjelasan lanjut mengenai skim-skim ditawarkan adalah dinasihatkan untuk merujuk pada laman rasmi PERKESO.
saya kemalangan semasa balik kerja..dan patah tulang di bahagian leher..mc selama 28 hari..bole claim jugak ker
Jika dalam perjalanan ke tempat kerja dan terlibat dalam kemalangan terdapat skim yang ditawarkan PERKESO, dinasihatkan untuk rujukan laman rasmi PERKESO untuk keterangan lanjut.
Assalamualaikum tuan. Nak tanya kalau kemalangan berlaku pada ahad malam. dari kampung nk pulang ke rumah sewa untuk berkerja pada hari isnin nye. Boleh kah ke kita claim socso?
Untuk kes seperti ini adalah dinasihatkan merujuk ke laman rasmi PERKESO. Hal ini kerana skim-skim PERKESO nyatakan dalam perjalanan ke tempat kerja sahaja.
Hi Tuan, kalau saya kene denggi di temp at kerja saya, Dan saya ada MC, boleh saya claim perkeso
PERKESO ada tawarkan skim-skim untuk pekerja yang terlibat dalam kemalangan. Untuk kes denggi atau sebarang penyakit kesihatan adalah dinasihatkan untuk rujuk laman rasmi PERKSO sendiri.
Suami sya bru bkerja 3bulan..suatu hari suami saya kmalangan wktu balik kerja..masuk hospital 3 hari dan dpt cuti sakit slma 15 hari..pertanyaan saya disini..betul ke kalau belum ada socso,majikan tak boleh bayar cuti sakit wlaupun ada bukti surat cuti dari hospital..terima kasih
Cuti sakit adalah cuti berbayar, sekiranya pekerja kemalangan dan dapat MC maka sepanjang cutinya dia layak menerima gaji. Untuk tuntutan PERKESO adalah dinasihatkan untuk rujuk laman rasmi mereka bagi mengelakkan kekeliruan.
Saya nak tnya kalau saya kerja duduk.. disebabkan duduk terlalu lama dan menyebab kan sy cedera dan sy terkena slip disc dan sudah claim SOCSO tpi sampai skrg masih tiada apa2 keputusan..apa perlu sy buat
Untuk sebarang tuntutan dari pihak PERKESO adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada mereka semula.
ADAKAH JIKA CLIM SOCSO, GAJI TIDAK AKAN DIBAYAR OLEH SYARIKAT??
Gaji mesti dibayar majikan selepas penolakan SOCSO. Jika tidak dibayar gaji adalah dinasihatkan untuk membuat aduan ke Jabatan Tenaga Buruh.
Saya tiada lesen motor dan saya jatuh sewaktu pulang dari kerja sehingga menyebak tulang pergelangan patah lalu saya dapat mc selama sebulan lebih. Masih layakkah untuk saya claim perkeso?
Untuk sebarang tuntutan PERKESO adalah dinasihatkan untuk merujuk pada laman rasmi mereka.
Hai. Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera.
Jika Dalam Waktu Bekerja Saya Mengalami Keracunan Makanan Hingga Muntah,Demam,Cirit Birit Dan Warded Selama 3 Hari Serta Mendapat MC 6 Hari. Adakah Boleh Menuntut Dengan Pihak PERKESO?
Untuk sebarang tuntutan PEREKSO ini adalah dinasihatkan untuk rujuk dan runding dengan pihak PERKESO sendiri bagi mengelakan sebarang salah faham.
Saya nak bertanya saya bekerja di perhotelan bahagian dapur sya terkena kecederaan didapur boleh ka claim perkeso
Untuk sebarang tuntutan PEREKSO ini adalah dinasihatkan untuk rujuk dan runding dengan pihak PERKESO sendiri bagi mengelakan sebarang salah faham.
Asalamualaikum Sy telah di masukkan ke hospital Dr 9 -6 hingga 19-6 akibat masalah Terjatuh terus kena strok.sy telah berikan mc hingga 15-08-2024 Di sambung lagi mc dari 16 namun mc Sy mulai 19-9 hingga 21-11 Adalah mulai 10-09 hingga 21 – 11 adalah mc tidak bergaji.bolehkan Sy memohon bantuan perkeso utk mc Sy yg tidak bergaji? Dan bolehkah saya mohon pencen ilat dan buat rawatan rehabterima kasih Md Frioz bin MD Talib .Tel 01121745753.
Dinasihatkan untuk rujuk PERKESO bagi mendapatkan penjelasan dan prosedur memohon skim pencen ilat PERKESO.
Salam. Saya admitted di hospital selama 4 hari dan dapat mc selama 2 minggu disebabkan hyperthyroid,masalah saraf di tangan dan jugak didiognosed carpal turnel. Kerja saya banyak menggunakan komputer. Disebabkan saraf di pergelangan tangan dan carpal turnel syndrome ni saya dah lebih 3 bulan sakit. Kerja pon terganggu. boleh ke saya claim socso utk mc ni?
Untuk sebarang tuntutan pampasan daripada skim PERKESO adalah dinasihatkan untuk rujuk laman rasmi mereka.
Selepas kemalangan saya dapat m.c 60 hari selepas pembedahan masukkan plate, untuk pembedahan kali kedua untuk keluarkan plate, adakah m.c tu boleh claim seperti claim yang pertama?
Untuk sebarang tuntutan dengan PERKESO adalah dinasihatkan untuk rujuk pegawai mereka bagi mengelakan salah faham.
Hi, saya pesakit mengalami slipdisc.. telah dimasukan ke hospital pada 23/9/2024 dan telah keluar hospital pads 26/9/2024 dan telah menerima cuti sakit hingga 12/11/2024.. macam mana saya hendak menbuat tuntutan?
Untuk sebarang tuntutan berkaitan PERKESO adalah dinasihatkan untuk rujuk laman rasmi mereka bagi mendapatkan penerangan lanjut.
Saya baru lps operate bisul celah peha… Dpt mc 7 hari… Boleh ka saya claim
Boleh rujuk pada laman rasmi PERKESO ya.
𝑆𝑎𝑦𝑎 𝑛𝑎𝑘 𝑡𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑚𝑐𝑚 𝑠𝑦 𝑛𝑎𝑘 𝑐𝑙𝑎𝑖𝑚 𝑚𝑐 𝑝𝑎𝑡𝑎ℎ 𝑖𝑏𝑢 𝑗𝑎𝑟𝑖 𝑘𝑎𝑘𝑖..𝑚𝑐𝑚 𝑘𝑒𝑠 𝑠𝑦 𝑛𝑖 𝑠𝑦 𝑘𝑒𝑛𝑎 𝑑𝑒𝑘𝑎𝑡 𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑐𝑙𝑎𝑖𝑚 𝑚𝑐 3 𝑚𝑖𝑛𝑔𝑔𝑢 𝑐𝑢𝑡𝑖
Boleh rujuk PERKESO ya.
Salam..tuan jika mc asal berada pada majikan untuk klaim insyuran kenderaan saja dan liat untuk membuat klaim socso pekerja adakah pekerja boleh membuat sendiri klaim socso menggunakan tangkapan gambar mc dan jika boleh brapa lama kah tempoh masa untuk kita pergi klaim
Boleh rujuka PERKESO ya.
Salam. Pekerja saya mendapat MC hanya 3 hari sahaja akibat kemalangan kecil di tempat kerja. Adakah perlu untuk saya membuat klaim SOCSO pekerja tersebut?
Claim dari PERKESO mesti dibuat oleh pekerja dan majikan, boleh rujuk laman rasmi SOCSO ya.
Nak tanya, suami terkena eye infections dan diberi MC oleh doktor pakar selama 25 hari. tapi untuk kes ni, tidak dapat dipastikan punca eye infections daripada tempat kerja atau tak sebab suami saya bekerja di hospital. kalau kes macam ni boleh claim Socso atau tidak ye memandangkan MC yang syarikatperuntukkan hanyalah 14 hari?
Untuk kes seperti ini adalah dinasihatkan untuk merujuk pada PERKESO sendiri bagi mendapatkan jawapan yang lebih tepat ya.