Setiap individu datang ke pejabat dengan latar belakang, emosi, dan tabiat berbeza. Maka, tidak hairanlah jika isu disiplin pekerja menjadi antara cabaran paling kompleks bagi majikan dan pasukan sumber manusia (HR).
Semakin ramai pekerja diambil, semakin besar risiko yang perlu diuruskan, daripada kelewatan kecil hingga ke pelanggaran etika serius yang boleh menggugat reputasi syarikat. Namun, dengan strategi yang betu ia boleh menjadi proses membina budaya kerja yang lebih sihat dan profesional.
Isu Disiplin yang Popular di Malaysia
Sebelum memahami cara tangani pekerja bermasalah, penting untuk majikan mengenal pasti apakah bentuk isu disiplin yang sering berlaku dalam konteks undang-undang buruh Malaysia.
Menariknya, Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 tidak memberikan takrif khusus kepada istilah “disiplin” atau “salahlaku”.
Namun, beberapa seksyen dalam undang-undang ini memberikan petunjuk jelas misalnya, Seksyen 15 Akta Kerja 1955 mentafsir bahawa kegagalan pekerja hadir kerja lebih dua hari tanpa kebenaran adalah satu bentuk pelanggaran kontrak.
Selain itu, Bahagian XV menyentuh tentang pergaduhan di tempat kerja, manakala Bahagian XVA menjelaskan mengenai gangguan seksual dimana kedua-duanya termasuk dalam kategori contoh salah laku pekerja yang serius.
Secara umumnya, antara isu disiplin pekerja paling lazim di Malaysia ialah:
- Tidak hadir bekerja tanpa sebab munasabah
- Datang lewat ke tempat kerja secara berulang
- Berpakaian tidak sopan atau tidak sesuai dengan etika syarikat
- “Mencuri tulang” atau mengelak kerja
- Bergaduh atau berpuak-puak di tempat kerja
- Mencuri barangan milik syarikat
- Melakukan gangguan seksual
- Menjalankan kerja luar ketika waktu pejabat
- Menjalin hubungan sulit di tempat kerja
- Prestasi kerja tidak mencapai tahap memuaskan
Perlu diingat, setiap tindakan yang melanggar terma kontrak kerja sama ada bertulis atau tidak boleh dikira sebagai pelanggaran disiplin.
Jenis Isu Disiplin Pekerja
Secara asasnya, disiplin pekerja boleh dikategorikan kepada dua tahap: kesalahan kecil dan kesalahan besar.
- Kesalahan Kecil (Minor Issue)
Kesalahan kecil biasanya tidak menjejaskan hubungan majikan-pekerja secara langsung, dan boleh diperbetulkan dengan bimbingan. Antara contohnya ialah:
- Datang lewat ke tempat kerja
- Berpakaian tidak mengikut kod pakaian syarikat
Langkah lazim HR ialah memberikan amaran lisan atau memo bertulis, diikuti kaunseling bagi membantu pekerja memperbaiki sikap.
- Kesalahan Besar (Major Issue)
Kesalahan besar pula melibatkan tindakan yang menjejaskan kepercayaan, reputasi, atau operasi syarikat. Contohnya:
- Mencetus pergaduhan di tempat kerja
- Menyalahgunakan aset syarikat
- Melakukan gangguan seksual
Dalam kes sebegini, majikan berhak mengambil tindakan tatatertib yang lebih tegas — termasuk penggantungan kerja atau penamatan perkhidmatan, bergantung pada hasil siasatan dalaman.
Cara Majikan Tangani Isu Disiplin Pekerja
Mengurus disiplin pekerja bukan hanya soal menghukum; ia tentang menegakkan keadilan dan menjaga keharmonian tempat kerja. Dalam konteks undang-undang Malaysia, setiap tindakan terhadap pekerja mesti berpandukan prosedur yang adil (due process).
Berikut ialah langkah-langkah profesional yang boleh diambil oleh majikan untuk menangani isu disiplin pekerja dengan betul:
- Amaran Lisan dan Bertulis
- Berikan amaran awal kepada pekerja yang bermasalah. Memo atau surat amaran bertujuan mendidik, bukan menjatuhkan.
- Kaunseling Pekerja
- Selepas amaran, jalankan sesi kaunseling bagi memahami punca masalah. Kadangkala isu disiplin berpunca daripada tekanan luar atau ketidakjelasan tanggungjawab kerja.
- Surat Amaran Rasmi
- Jika tiada perubahan, keluarkan surat amaran rasmi. Dokumen ini penting sebagai bukti bahawa syarikat telah memberikan peluang kepada pekerja untuk berubah.
- Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry)
- Bagi kes besar seperti kecurian atau gangguan seksual, siasatan dalaman wajib dilakukan untuk memastikan keputusan penamatan berasaskan fakta, bukan emosi.
- Notis Penamatan Perkhidmatan
- Jika semua langkah telah diambil dan pekerja masih gagal menunjukkan perubahan, majikan berhak mengeluarkan notis penamatan perkhidmatan secara sah di sisi undang-undang.
Apa jua tindakan, prinsip keadilan mesti dijunjung. Tiada majikan boleh membuang pekerja serta-merta tanpa memberi ruang untuk pembelaan diri.
Baca juga: Kontrak Pekerjaan: Bertulis dan Tidak Bertulis
Kesimpulannya, disiplin bukan sekadar garis panduan, ia adalah cerminan budaya organisasi. Syarikat yang berjaya tidak hanya menghukum salah laku, tetapi membina sistem yang menggalakkan tanggungjawab dan integriti.
Majikan perlu memainkan peranan sebagai pembimbing, bukan sekadar penguat kuasa. Begitu juga pekerja, mereka harus memahami bahawa disiplin bukan hukuman, tetapi jalan untuk kemajuan kerjaya.
Akhirnya, cara tangani pekerja bermasalah yang paling berkesan bukan dengan ketakutan, tetapi dengan komunikasi yang jelas, empati, dan dasar yang konsisten. Di situlah terletaknya kunci kepada organisasi yang harmoni dan berdaya tahan.
Dalam pada itu, MySyarikat Academy ada menawarkan kursus latihan berkaitan melaksanakan kontrak pekerjaan dengan betul. Kursus latihan ini bukan sahaja 100% HRD Corp Claimable tetapi ia juga membolehkan majikan menggunakan dana levi HRD Corp yang terkumpul.
Melalui kursus latihan ini anda boleh mempelajari cara membuat kontrak pekerjaan yang betul, dan bagaimana cara untuk memasukkan klausa berkaitan conflict of interest bagi memastikan syarikat dilindungi kepentingan masing-masing.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!







