Skip to main content

Masih ingat tak artikel kami mengenai jenis cuti yang berhak untuk pekerja? Dalam artikel tersebut, kami juga ada menyatakan beberapa frasa seperti cuti tahunan prorata dan sebagainya. Tetapi, anda tahu tak definisi cuti tahunan prorata tersebut?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan prorata membawa maksud (i) mengikut kadar; dan (ii) mengikut bahagian tertentu. Selain itu, prorata juga didefinisikan sebagai berkadaran. Jadi, ini bermaksud cuti tahunan prorata adalah cuti tahunan yang berkadar atau yang telah ditetapkan.

“Saya membuat permohonan cuti 5 hari tetapi tidak diluluskan atas alasan saya perlu mengikut cuti prorata. Boleh jelaskan?”

Dalam isu ini, besar kemungkinan cuti tahunan prorata yang ditetapkan adalah kurang dari tempoh permohonan cuti tersebut. Jadi, untuk artikel kali ini kami akan tunjukkan cara kiraan untuk cuti tahun prorata bagi setahun berdasarkan isu di atas.

Katakan seorang pekerja berkhidmat cukup satu tahun kalendar, dia layak mendapat 8 hari cuti untuk setahun. Tetapi, andaikan pekerja tersebut mula berkhidmat setengah tahun sahaja, bermula 1 Julai, maka dia hanya layak mendapat 4 hari sahaja cuti dalam setahun.

Bagaimana cara pengiraannya?

Berdasarkan contoh di atas, kelayakan pekerja tersebut adalah 8 hari cuti. Katakan dia mula bekerja 1 Januari 2023 dan membuat permohonan cuti untuk 15 Mei 2023, jadi hanya 5 bulan sahaja dia lengkap bekerja (lebih dari tarikh 1 hari bulan itu tidak perlu dikira). Maka, cara kiraannya seperti berikut:

Prorata = Kelayakan/12 x Bulan Lengkap

Prorata = 8/12 x 5 = 3.33 hari (bundarkan nombor perpuluhan)

Prorata = 3 hari

Jadi, pekerja tersebut hanya layak membuat permohonan cuti 3 hari sahaja dalam setahun perkhidmatan.

Jika kita lihat kembali isu di atas tadi, besar kemungkinan pekerja tersebut hanya layak prorata cuti tahunan bawah dari 5 hari sahaja untuk setahun. Oleh sebab itu, permohonan cutinya ditolak.

Bagaimana pula jika cuti tersebut tidak digunakan sehingga hujung tahun?

Sekiranya cuti prorata tersebut tidak digunakan sehingga hujung tahun, dia boleh menggunakan cuti tersebut mengikut kadar yang telah ditetapkan pada bulan Disember. Contohnya, dalam isu tadi, cuti prorata tahunan pekerja tersebut adalah 3 hari. Jadi, dia boleh membuat permohonan cuti selama 3 hari berturut-turut. Perkara ini telah tertakluk di dalam Akta Pekerja 1955 dan pekerja perlu mematuhi perkara tersebut.

Sistem Kiraan Cuti MySyarikat

Bagi memudahkan urusan majikan mengira cuti secara tepat, kami di MySyarikat menyediakan sistem yang membantu semua urusan sumber manusia secara atas talian. Anda tidak perlu lagi memasukkan data secara manual kerana sistem kami hanya dihujung jari.

Nak kami bantu? Hubungi kami di MySyarikat!