Selain daripada bayaran gaji setiap bulan dan potongan untuk membayar caruman wajib, cuti juga merupakan salah satu hak pekerja yang dilindungi oleh Akta Kerja 1955. Malah, undang-undang kerja ada menggariskan 6 jenis cuti berbayar yang menjadi hak pekerja.

Artikel ini akan membincangkan secara terperinci tentang setiap jenis cuti tersebut daripada cuti tahunan, cuti sakit, hingga cuti bersalin dan paterniti supaya pekerja memahami hak mereka dan majikan pula memastikan kepatuhan terhadap undang-undang pekerjaan.

Senarai 6 Jenis Cuti Berbayar di Malaysia

Setiap pekerja di Malaysia berhak menikmati beberapa bentuk cuti berbayar yang ditetapkan oleh undang-undang. Berikut adalah pecahan enam kategori utama yang wajib diketahui oleh pekerja dan majikan.

Cuti Tahunan

Cuti tahunan adalah hak asas pekerja yang ditetapkan pada Seksyen 60E. Di bawah seksyen ini menerangkan bahawa kelayakan cuti bergantung pada tempoh perkhidmatan dengan majikan seperti berikut:

  • Lapan hari cuti setahun jika bekerja kurang daripada 2 tahun perkhidmatan.
  • Dua belas hari cuti setahun jika bekerja 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun perkhidmatan.
  • Enam belas hari cuti setahun jika bekerja lebih daripada 5 tahun perkhidmatan.

Cuti Sakit

Cuti sakit berbayar diberikan apabila pekerja jatuh sakit dan disahkan oleh doktor bertauliah melalui sijil cuti sakit (MC). Rujukannya boleh dibuat pada Seksyen 60F di mana jumlah cuti yang layak diterima ialah:

  • Empat belas hari untuk pekerja dengan tempoh perkhidmatan kurang 2 tahun.
  • Lapan belas hari untuk pekerja dengan tempoh perkhidmatan 2 tetapi kurang 5 tahun.

Dua puluh dua hari untuk mereka yang berkhidmat lebih 5 tahun.

Jika pekerja dimasukkan ke hospital, cuti ini boleh dilanjutkan sehingga 60 hari tambahan setahun.

Cuti Bersalin

Bagi pekerja wanita, cuti bersalin adalah hak mutlak. Bermula 1 Januari 2023, pekerja wanita layak menerima 98 hari cuti bersalin berbayar berturut-turut di bawah Seksyen 37. Antara syarat utama ialah:

  • Telah bekerja sekurang-kurangnya 90 hari dalam tempoh 9 bulan sebelum bersalin.
  • Mempunyai kurang daripada 5 orang anak yang masih hidup.

Cuti ini bukan sahaja penting untuk pemulihan fizikal ibu, tetapi juga memberi masa yang cukup untuk penjagaan awal bayi.

Cuti Paterniti

Bagi pekerja lelaki, cuti paterniti selama 7 hari berbayar kini menjadi hak yang diiktiraf di bawah Seksyen 60FA. Kelayakannya termasuk:

  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 12 bulan dengan majikan.
  • Memaklumkan kepada majikan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin pasangan.

Peranan cuti ini amat penting untuk memberi sokongan emosi dan fizikal kepada pasangan serta membantu proses penjagaan bayi baru lahir.

Cuti Umum

Di Malaysia, setiap pekerja berhak kepada 11 hari cuti umum berbayar setiap tahun. Daripada jumlah itu, terdapat 5 cuti wajib yang tidak boleh diganti:

  • Hari Kebangsaan
  • Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong
  • Hari Keputeraan Raja atau Yang di-Pertua Negeri (negeri berkenaan)
  • Hari Pekerja
  • Hari Malaysia

Baki 6 hari lain ditentukan oleh majikan, biasanya berdasarkan cuti perayaan atau cuti negeri.

Cuti Rehat Mingguan

Setiap pekerja berhak kepada sekurang-kurangnya 1 hari cuti rehat mingguan berbayar. Hari rehat (rest day) ini penting untuk memastikan keseimbangan kerja dan kehidupan pekerja sentiasa terjaga, di samping mengekalkan tahap produktiviti yang stabil.

Baca juga: Hari Cuti Umum Yang Syarikat Wajib Berikan

Kesimpulannya, terdapat 6 jenis cuti berbayar di Malaysia iaitu cuti tahunan, cuti sakit, cuti bersalin, cuti paterniti, cuti umum berbayar, dan cuti rehat mingguan. Semua ini diperuntukkan oleh undang-undang sebagai hak pekerja dan tanggungjawab majikan.

Cuti berbayar bukan sekadar kemudahan, tetapi keperluan asas untuk menjaga kesejahteraan pekerja dan memastikan kelangsungan produktiviti syarikat.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Adakah cuti tahunan boleh dibawa ke tahun berikutnya?

Secara asasnya, cuti tahunan perlu digunakan dalam tahun semasa. Namun, terdapat majikan yang membenarkan baki cuti dibawa ke tahun berikutnya bergantung pada polisi syarikat.

2. Apa beza cuti sakit biasa dengan cuti sakit hospitalisasi?

Cuti sakit biasa merujuk kepada cuti berbayar yang diberikan berdasarkan MC dari klinik atau hospital tanpa perlu dimasukkan ke wad. Manakala cuti sakit hospitalisasi ialah lanjutan cuti sehingga 60 hari tambahan apabila pekerja perlu dirawat sebagai pesakit dalam di hospital.

3. Bolehkah pekerja kontrak menikmati cuti berbayar ini?

Ya, pekerja kontrak juga berhak menikmati cuti berbayar seperti cuti tahunan, cuti sakit, dan cuti umum berbayar selagi kontrak mereka tertakluk kepada Akta Kerja 1955 atau perjanjian kerja yang jelas.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Tempoh Notis Berhenti Kerja: Ikut Akta Atau Kontrak Kerja?Fakta HR

Tempoh Notis Berhenti Kerja: Ikut Akta Atau Kontrak Kerja?

Zahin ByondZahin ByondDecember 24, 2025
picture of female employee holding a clock calculating overtime payment, is public holiday double or triple pay in Malaysia
Cuti Umum Dibayar Dua Kali Ganda atau Tiga Kali Ganda?Fakta HR

Cuti Umum Dibayar Dua Kali Ganda atau Tiga Kali Ganda?

Zahin ByondZahin ByondDecember 17, 2025
picture of 2 employee sad
Cuti Kematian Ahli Keluarga Berapa Hari?Fakta HR

Cuti Kematian Ahli Keluarga Berapa Hari?

Zahin ByondZahin ByondDecember 15, 2025

Leave a Reply