Skip to main content

Menghampiri hujung tahun pasti ramai pekerja mula rancang percutian untuk menghabiskan lebihan cuti yang ada.

Bagi pekerja sektor swasta yang layak terima cuti tahunan, lebihan cuti yang tidak digunakan boleh di bawa ke tahun berikutnya (carry forward) atau bergantung kepada polisi syarikat lebihan cuti juga boleh dikira burn kalau tidak digunakan.

Berbeza pula ceritanya bagi penjawat awam, di mana jika terdapat lebihan cuti rehat tidak digunakan ia boleh ditukarkan jadi ganjaran wang tunai yang dikenali sebagai Award Gantian Cuti Rehat (GCR).

Kelayakan Cuti Penjawat Awam

Sebenarnya terdapat sedikit berbezaan dalam cuti antara mereka yang bekerja di sektor swasta dan sektor awam. Umum mengetahui bahawa setiap pekerja layak dapat 6 jenis cuti seperti yang digariskan dalam Akta Kerja 1955.

Tetapi satu perkara yang tidak boleh dinafikan adalah pekerja sektor awam adalah antara yang paling banyak terima kelayakan cuti. Terdapat 4 kategori utama cuti yang layak untuk pekerja sektor awam seperti:

  • Cuti Yang Diberi Kerana Perkhidmatan
    • Cuti Rehat
    • Cuti Separuh Gaji
    • Cuti Tanpa Gaji
  • Cuti-Cuti Atas Sebab Perubatan
    • Cuti Sakit
    • Cuti Sakit Lanjutan
    • Cuti Pemulihan
    • Cuti Kerantina
    • Cuti Bersalin
    • Cuti Kecederan
    • Cuti Tibi, Kusta dan Barah
    • Cuti Kuarantin
  • Cuti Tidak Berekod
    • Cuti Gantian
    • Cuti Hadiri Latihan atau Khemah Tahunan Pertubuhan/Persatuan
    • Cuti Lain-Lain Kusus
    • Cuti Latihan Pasukan Sukarela
    • Cuti Ambil Bahagian Dalam Olahraga/Sukan
    • Cuti Ambil Peperiksaan
    • Cuti Menghadiri Mahkamah 
    • Cuti Menghadiri Mesyuarat MBK/MBJ
    • Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas
    • Cuti Sempena Pesta Keamatan dan Hari Gawai
    • Cuti Tugas Khas Perubatan
    • Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat
    • Cuti Kursus Sambilan
    • Cuti Isteri Bersalin
    • Cuti Umrah
  • Lain-Lain Cuti
    • Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan
    • Cuti Menjaga Anak
    • Cuti Haji 
    • Cuti Kecemasan Am

Suka diingatkan walaupun penjawat awam layak menerima cuti yang banyak tetapi ia tidak bermakna pegawai kerajaan boleh menukarkan semua cuti yang tidak digunakan menjadi ganjaran wang tunai.

Gantian Cuti Rehat (GCR) Penjawat Awam

Secara definisinya cuti rehat adalah tempoh di mana penjawat awam yang menerima kelulusan Ketua Jabatan untuk tinggalkan tugasan mereka tanpa dikira sebagai berhenti kerja. Perlu difahamkan cuti-cuti ini tidak termasuk cuti rehat mingguan pekerja.

Cuti rehat penjawat awam pula adalah kelebihan cuti yang boleh dipohon kakitangan awam pada bila-bila masa sepanjang setahun berdasarkann gred jawatan seperti:

  • Pengurusan Tertinggi bawah 10 tahun perkhidmatan layak dapat 30 hari cuti rehat setahun, sementara yang genap atau lebih 10 tahun perkhidmatan layak dapat 35 hari cuti setahun
  • Gred 31-54 bawah 10 tahun perkhidmatan layak dapat 30 hari cuti rehat setahun, sementara yang genap atau lebih 10 tahun perkhidmatan layak dapat 35 hari cuti setahun
  • Gred 21-30 bawah 10 tahun perkhidmatan layak dapat 25 hari cuti rehat setahun, sementara yang genap atau lebih 10 tahun perkhidmatan layak dapat 30 hari cuti setahun
  • Gred 1-20 bawah 10 tahun perkhidmatan layak dapat 20 hari cuti rehat setahun, sementara yang genap atau lebih 10 tahun perkhidmatan layak dapat 25 hari cuti setahun

Bagi penjawat awam yang tidak berpelung menggunakan cuti rehat yang diperuntukan atas kepentingan perkhidmatan, mereka layak untuk menerima faedah Gantian Cuti Rehat (GCR) berbentuk wang tunai.

GCR ini akan dikumpulkan setiap penghujung tahun dan bergantung dengan kelayakan gred jawatan seperti yang dinyatakan di atas. Malah, pada Belanjawan 2023 lalu kerajaan bersetuju untuk naikkan kadar maksimum GCR dari 160 hari kepada 180 hari dan pemberian tunai sebanyak 90 hari.

Untuk memohon GCR ini penjawat awam boleh buat permohonan pada HRMIS dengan mencetak Borang Lampiran A, kemudian dapatkan kelulusan pihak HRMIS. Sebarang rujukan lanjut boleh dibuat pada laman rasmi JPA.

beza rest day dan off day
Asas HR

Beza Antara Rest Day dan Off Day

Zahin ByondZahin ByondDecember 6, 2024

Leave a Reply