Skip to main content

Pada tarikh 16 September 2024 (Isnin) lalu, Hari Malaysia dan Maulidur Rasul jatuh pada hari yang sama. Ketika hari tersebut sesetengah syarikat memutuskan untuk menggantikan hari cuti Maulidur Rasul ke hari seterusnya iaitu pada (17 September) Selasa.

Namun, terdapat beberapa syarikat lain pula hanya bercuti pada 16 September (Isnin) sahaja iaitu Hari Malaysia. Perkara ini telah telah menyebabkan pekerja menghadapi kekeliruan polisi cuti dan penetapan yang digariskan oleh Akta Kerja 1955.

Jadinya artikel kali ini akan menerangkan tentang hari-hari cuti wajib seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955, cuti peristiwa dan apa yang perlu pekerja serta majikan perlu lakukan jika hari cuti tersebut jatuh pada hari sama, sama ada perlu gantikannya atau tidak.

Hari-Hari Cuti Wajib Bawah Akta Kerja 1955

penerangan hari-hari cuti wajib syarikat ambil berdasarkan Akta Kerja 1955

Untuk membincangkan tentang hari-hari cuti yang wajib majikan ambil ini ia perlu dirujuk kepada buku undang-undang pekerjaan utama negara, Akta Kerja 1955. Pada Seksyen 60D, Hari Kelepasan ada menyatakan,

  1. Setiap pekerja hendaklah berhak mendapat hari kelepasan berbayar pada kadar upah biasanya pada hari-hari berikut dalam mana-mana tahun kalendar:
    1. Pada sebelas hari kelepasan am yang diwartakan, lima daripadanya hendaklah-
      1. Hari Kebangsaan;
      2. Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong;
      3. Hari Keputeraan Raja-raja atau Yang di-Pertuan Negeri, mengikut mana yang berkenaan, bagi Negeri di mana pekerja keseluruhannya atau sebahagian besarnya bekerja di bawah kontrak perkhidmatannya, atau Hari Wilayah Persekutuan, jika pekerja keseluruhannya atau sebahagian besarnya bekerja di Wilayah Persekutuan;
      4. Hari Pekerja:
      5. Hari Malaysia; dan
    2. Pada mana-mana hari yang ditetapkan sebagai hari kelepasan am untuk tahun tertentu di bawah Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951:

Berdasarkan penetapan pada seksyen di atas, majikan dan pekerja perlu faham bahawa terdapat 11 hari cuti yang terdiri daripada 5 hari cuti WAJIB dan 6 hari cuti PILIHAN. Selain itu, 11 hari cuti ini juga hari cuti berbayar, maka kalau pekerja bekerja mereka layak untuk menerima bayaran OT.

Hari Cuti Ganti Bawah Akta Kerja 1955

penerangan tentang hari cuti ganti di bawah Akta Kerja 1955

Macam mana pulak kalau hari cuti umum jatuh pada hujung minggu?

Selalunya apabila hari cuti umum contohnya Hari Kebangsaan jatuh pada hari hujung minggu seperti Ahad, kebanyakan syarikat akan menggantikan cuti tersebut pada hari berikutnya iaitu pada Isnin.

Perkara bekaitan ganti cuti ini bukan dibuat-buat tetapi memang sudah dinyatakan dalam Akta Kerja 1955 sendiri. Sambungan pada Seksyen 60D di atas ada menerangkan bahawa:

Dengan syarat bahawa jika mana-mana hari kelepasan am yang dirujuk di perenggan-perenggan (a) dan (b) jatuh pada –

(i) suatu hari rehat; atau

(ii) mana-mana hari kelepasan am yang lain yang dirujuk dalam perenggan (a) dan (b)

Maka hari bekerja berikut selepas sahaja hari rehat tersebut atau hari kelepasan am yang lain tersebut hendaklah menjadi hari kelepasan berbayar sebagai ganti bagi hari kelepasan am yang disebutkan mula di atas.

Maksudnya di sini andai hari cuti umum contohnya Hari Kebangsaan (tarikh 31 Ogos 2025) jatuh pada Ahad, maka Isnin berikutnya (tarikh 1 September 2025 ) akan digantikan sebagai hari cuti ganti.

Tapi kalau hari Ahad bukan rest day, pekerja layak dapat OT atau cuti ganti?

Antara keraguan yang menjadi persoalan ramai pekerja terutamanya mereka yang bekerja dalam bidang perkhidmatan atau pekerja syef adalah apabila hari cuti umum jatuh pada hari bukan cuti rehat (rest day). 

Sebagai imbas kembali, Seksyen 59 berkaitan Hari Rehat ada menerangkan bahawa:

  1. Setiap pekerja hendaklah dibenarkan dalam setiap minggu 1 hari rehat sehari penuh sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh majikan, dan sekiranya pekerja dibenarkan lebih daripada 1 hari rehat dalam 1 minggu maka hari rehat yang terakhir daripada hari-hari rehat tersebut hendaklah menjadi hari rehat-

Dan pada Seksyen 60 berkaitan Kerja Pada Hari Rehat pula ada menggariskan bahawa tiada pekerja yang boleh dipaksa bekerja pada sesuatu hari rehat melainkan dia terlibat dalam kerja yang dengan sebab jenisnya memerlukan supaya dijalankan secara berterusan atau bersambungan oleh 2 atau lebih syef.

Berbalik kepada soalan, di sini jelas bahawa majikan perlu berikan sekurang-kurangnya 1 hari dalam seminggu sebagai hari rehat (rest day) kepada pekerja, selalunya pada hari Ahad. Tetapi untuk pekerja syef ia perlu diberikan kepada mana-mana satu 1 hari dalam seminggu.

Andai kata pula hari rest day tersebut jatuh pada hari cuti umum, pekerja layak mendapat cuti ganti pada hari berikutnya. Tetapi selalunya cuti ganti tersebut adalah jika ia jatuh pada hari Ahad.

Untuk pekerja syef pula adalah dinasihatkan untuk rujuk semula dengan polisi syarikat kerana ada sesetengahnya membenarkan cuti ganti untuk hari rehat pekerja yang bertindih dan ada pula yang tidak.

Kewajipan Majikan Keluarkan Notis Berkaitan Cuti

Walau apa pun, suka diingatkan kepada majikan dan pekerja untuk ambil maklum dengan notis makluman cuti yang diambil oleh syarikat. Malah, Akta Kerja 1955 sendiri ada juga menggariskan keperluan untuk majikan maklumkan hari cuti yang diambil.

petikan dari Akta Kerja berkaitan hari cuti yang syarikat wajib ambil dan keperluan majikan papar notis

“Majikan hendaklah mempamerkan supaya mudah dilihat di tempat pekerjaan sebulum bermulanya setiap tahun kalendar suatu notis menyatakan 6 hari kelepasan yang diwartakan yang masih berbaki yang sebagaimana yang diperuntukkan yang mana ekerja-pekerjanya berhak mendapat hari kelepasan berbayar.”

Jadinya majikan dinasihatkan untuk tentukan hari-hari cuti syarikat untuk setiap tahun kalendar selepas diwartakan oleh kerajaan. Ini bukan sahaja memudahkan pekerja untuk merancang cuti mereka tetapi turut membantu syarikat untuk menyusun jadual kerja.

Selaraskan Jadual Kerja dan Cuti Pekerja Syarikat Dengan MySyarikat!

Ingatlah bahawa cuti merupakan hak pekerja. Pekerja layak untuk mendapat cuti rehat, cuti tahunan, cuti umum dan cuti sakit sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dengan majikan. Kegagalan untuk mematuhi penetapan ini boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam pada itu, syarikat anda memiliki masalah pengurusan jadual kerja atau susah untuk selaraskan cuti dan meluluskan permohonan cuti secara efisien?

Berita baik untuk anda semua kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut! Pengurusan cuti syarikat ada boleh jadi efisien dengan fungsi Leave Managment yang boleh bantu untuk tetapkan jumlah cuti, selaraskan dengan jadual kerja, mudahkan proses permohonan dan pengesahan dalam satu sistem sahaja!

Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!
Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!

Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!

sistem MySyarikat dalam bentuk laptop dan telefon

Leave a Reply