Skip to main content

Disebalik kesibukan bekerja, akan tiba waktu-waktu kita jatuh sakit dan tidak mempunyai daya untuk meneruskan tugasan yang diberikan. Pada sesetengah kes, terdapat juga kes di tahap kritikal yang memerlukan pemantauan perubatan dari ahli perubatan profesional. 

Oleh itu, untuk menyelesai masalah ini telah diwujudkan insentif-insentif perubatan dari pihak kerajaan bagi penjawat awam dan Pertubuhan Kesihatan Sosial (PERKESO) untuk pekerja swasta. 

Insentif-insentif ini diperkenalkan untuk kemudahan pekerja bagi mendapatkan bantuan perubatan jika memerlukannya. Antara insentif utama kita selalu dengar tentunya PERKESO yang melaksanakan program perlindungan sosial terhadap pekerja di sektor swasta.

Tujuan utama PERKESO adalah untuk menyediakan perlindungan kepada pekerja dan keluarga pekerja yang terlibat dalam kes kemalangan, kecederaan, penyakit, atau kematian yang berkaitan dengan pekerjaan. 

Faedah Rawatan dan Perubatan Untuk Pekerja di Malaysia

Umumnya, pekerja yang mengalami sebarang kecederaan ketika sedang bekerja layak untuk menerima atau memohon manfaat perubatan. Bergantung kepada sektor pekerjaan, manfaat tersebut disediakan dalam pelbagai bentuk rawatan seperti kemasukan ke hospital untuk pesakit luar atau mendapatkan perubatan bagi sakit-sakit ringan di klinik.

Selain itu, pekerja layak memohon faedah cuti sakit berbayar selepas mendapat kelulusan daripada ahli perubatan profesional. Perkara ini telah dibentangkan oleh PERKESO sendiri kepada ahlinya yang mencarum. Bagi yang bekerja di sektor kerajaan pula mereka perlu dapatkan surat sakit hospital.

Misalnya, Skim Faedah Bencana Pekerjaan yang menanggung kos rawatan perubatan bagi pekerja yang terlibat dalam kemalangan ketika bekerja. Tambahan lagi, PERKESO juga menyediakan bayaran kepada pekerja atau waris mereka jika pekerja mengalami kecederaan atau kematian semasa bekerja.

Namun, suka dimaklumkan bahawa setiap faedah-faedah rawatan dan perubahan tambahan selain daripada ditawarkan PERKESO bergantung kepada polisi syarikat. Sesetengah syarikat boleh menanggung bil hospitalisasi secara penuh contohnya. 

Manfaat PERKESO Yang Tidak Diketahui

Sebagai pengetahuan PERKESO merupakan sebuah agensi di bawah kerajaan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan program perlindungan sosial kepada pekerja di sektor swasta. Tujuan utama PERKESO adalah berikan jaminan kesihatan dan keselamatan.

Dalam PERKESO, terdapat skim yang merangkumi pelbagai aspek jaminan kesihatan dan keselamatan untuk pekerja. Bagi mereka yang mencarumkan dalam PERKESO, ini adalah informasi yang wajib diketahui. 

Senarai skim-skim tersebut adalah seperti berikut:

  • Skim Bencana Pekerjaan
    • Faedah Perubatan
    • Faedah Hilang Upaya Sementara
    • Faedah Hilang Upaya Kekal
    • Elaun Layanan Sentiasa
    • Faedah Orang Tanggungan
    • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
    • Program ‘Return To Work’
    • Faedah Pengurusan Mayat
    • Faedah Pendidikan
  • Skim Keilatan
    • Pencen Ilat
    • Bantuan Ilat
    • Elaun Layanan Sentiasa
    • Pencen Penakat
    • Faedah Pengurusan Mayat
    • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional dan Dialisis
    • Program ‘Return To Work’
    • Faedah Pendidikan
  • Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri
    • Faedah Perubatan
    • Faedah Tunai
    • Rawatan dan Pemulihan
    • Latihan Vokasional
  • Skim Insurans Pekerja (SIP)
    • Sokongan Pekerjaan
    • Elaun Persediaan Bekerja
    • Elaun Bekerja Semula awal
    • Elaun Pendapatan Untuk Ahli Hilang Pekerjaan
    • Elaun Latihan Harian

Kenapa Faedah Perubatan Diperkenalkan?

Tujuan PERKESO dan kerajaan mewujudkan skim-skim ini adalah untuk memastikan setiap pekerja mendapat rawatan dan perlindungan yang diperlukan demi menjaga kebajikan dan juga keselamatan pekerja.

Kesimpulannya, tanpa PERKESO dan inisiatif kerajaan untuk peruntukan ini, pekerja akan terdedah dan terbeban dengan segala kos rawatan dan kemalangan yang boleh melumpuhkan kehidupan seharian pekerja-pekerja di negara ini. 

Selaraskan Caruman PERKESO Pekerja Dengan MySyarikat

Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!

Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!

Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!

Leave a Reply