Skip to main content

Menghampiri tahun baharu ini, soal kenaikan gaji tahunan menjadi topik hangat dalam kalangan pekerja serta majikan yang menjalankan bisnis. Hal ini kerana kenaikan gaji bukan sekadar angka tetapi berkait rapat dengan motivasi dan pengiktirafan terhadap nilai seseorang pekerja dalam syarikat.

Namun, persoalan utamanya adalah bagamana cara kira kenaikan gaji yang betul, dan apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kenaikan gaji pekerja di Malaysia? Artikel ini akan menghuraikan jawapan kepada persoalan anda dengan teliti.

Apa Itu Kenaikan Gaji?

Kenaikan gaji ialah peningkatan jumlah bayaran yang diterima oleh pekerja berbanding tempoh sebelumnya, lazimnya dinyatakan dalam bentuk peratusan (%). Ia bukan sekadar tambahan nilai pada pendapatan bulanan, tetapi juga simbol penghargaan terhadap dedikasi dan prestasi kerja. 

Bagi pekerja, kenaikan ini menjadi pendorong untuk terus mencapai hasil yang terbaik. Bagi majikan pula, ia merupakan strategi penting dalam mengekalkan pekerja berkualiti dan membina budaya kerja yang produktif.

Dalam konteks di Malaysia, kenaikan gaji turut memainkan peranan dalam mengekalkan keseimbangan antara kos sara hidup dan kuasa beli. Justeru, memahami cara kira gaji dan formula kenaikan gaji adalah langkah pertama ke arah perancangan kewangan yang bijak.

Cara Kira Kenaikan Gaji di Malaysia

Di Malaysia, cara kira kenaikan gaji bergantung pada beberapa faktor seperti dasar (polisi) syarikat, penilaian prestasi, dan kemampuan kewangan organisasi. Proses ini biasanya dikendalikan oleh bahagian sumber manusia (HR) dengan merujuk kepada garis panduan tahunan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Kenaikan gaji lazimnya diberikan dalam bentuk peratusan (%), contohnya antara 3% hingga 10% bergantung pada prestasi dan kedudukan pekerja. Industri, lokasi geografi, serta keadaan ekonomi juga memainkan peranan besar dalam menentukan kadar kenaikan.

Formula Kenaikan Gaji dan Contoh Pengiraan

Untuk memastikan ketelusan, kebanyakan organisasi menggunakan formula kenaikan gaji standard seperti berikut:

Jumlah Kenaikan Gaji = Gaji Pokok × (Peratus Kenaikan / 100)

Gaji Baru = Gaji Pokok + Jumlah Kenaikan Gaji

Mari lihat contoh mudah:

Seorang pekerja bergaji pokok RM3,500 menerima kenaikan 6%.

Jumlah Kenaikan Gaji = RM3,500 × 6 / 100 = RM210

Gaji Baru = RM3,500 + RM210 = RM3,710

Maka, gaji baru pekerja tersebut ialah RM3,710 sebulan.

Formula ini membantu pekerja memahami bagaimana angka akhir diperoleh dan memberi majikan kerangka jelas dalam mengira struktur penggajian dengan adil.

Faktor-Faktor Penentu Kenaikan Gaji

Walaupun formula kenaikan gaji kelihatan ringkas, kadar sebenar kenaikan bergantung pada pelbagai faktor dalaman dan luaran.

  • Prestasi Individu
    • Pekerja berprestasi tinggi biasanya menikmati kadar kenaikan yang lebih besar. Sebagai contoh, prestasi cemerlang mungkin mendapat kenaikan sekitar 8%, baik sekitar 5%, manakala sederhana sekitar 3%.
  • Keadaan Kewangan Syarikat
    • Keuntungan dan aliran tunai syarikat turut mempengaruhi kenaikan. Dalam tempoh ekonomi mencabar, kadar kenaikan mungkin lebih rendah bagi mengekalkan kestabilan kewangan organisasi.
  • Inflasi dan Kos Sara Hidup
    • Majikan yang bertanggungjawab lazimnya mengambil kira kadar inflasi tahunan supaya pekerja tidak kehilangan kuasa beli mereka. Kenaikan yang sejajar dengan inflasi memastikan gaji kekal relevan.
  • Industri dan Lokasi
    • Kadar kenaikan gaji tahunan juga bergantung kepada industri dan lokasi tempat kerja. Contohnya, pekerja di sektor teknologi di Kuala Lumpur berkemungkinan menikmati kenaikan lebih tinggi berbanding pekerja di kawasan luar bandar atau sektor tradisional.

Kepentingan Mengetahui Formula Kenaikan Gaji

Pengetahuan tentang cara kira gaji dan kenaikan gaji bukan sekadar untuk memahami angka tetapi ia membentuk asas kesedaran kewangan yang matang.

Bagi pekerja, ia membantu menilai sama ada kenaikan yang diterima setimpal dengan prestasi dan tanggungjawab semasa. Bagi majikan pula, kefahaman ini penting dalam merancang bajet penggajian tahunan dengan adil dan strategik.

Sistem yang telus dan berdasarkan prestasi meningkatkan motivasi, kepercayaan, dan kesetiaan pekerja. Dalam jangka panjang, ia menjadi pemangkin kepada pertumbuhan organisasi yang lebih mampan.

Baca juga: Wajibkah Syarikat Beri Kenaikan Gaji Setiap Tahun?

Kesimpulannya, memahami cara kira kenaikan gaji bukan lagi pilihan tapi  ia satu keperluan.

Pengetahuan ini membantu pekerja menilai nilai sebenar usaha mereka dan memberi majikan panduan dalam mengekalkan tenaga kerja berkualiti. Keadilan dan ketelusan dalam struktur gaji ialah asas kepada organisasi yang sihat dan berdaya saing.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

picture of 2 male employee, one is an employer and another one is a probation employee
Tips HR

Tips Hadapi Tempoh Percubaan

Zahin ByondZahin ByondNovember 5, 2025

Leave a Reply