Skip to main content

Dalam merancang kewangan, perbelanjaan ataupun simpanan bulanan, jumlah gaji bersih yang diterima akan diperhatikan. Hal ini kerana jumlah tersebut adalah gaji yang akan dimasukkan ke dalam bank setiap bulan oleh majikan.

Namun, dalam proses mencari kerja misalannya pasti pihak interviewer akan bertanya tentang berapa jumlah gaji pokok yang anda terima dan berapakah jumlah gaji kasar yang anda minta. Tetapi persoalannya apakah perbezaan gaji pokok, gaji kasar dan gaji bersih ini?

Definisi Gaji Akta Kerja 1955

definisi gaji ikut akta kerja 1955

Seperti semua sedia maklum gaji merupakan hak mutlak pekerja dan ia dilindungi di bawah penetapan Akta Kerja 1955. Gaji atau upah ini merupakan pembayaran wang tunai yang diberikan oleh majikan kepada pekerja atas sebagai ganjaran atas perkhidmatan diberikan. 

Perihal berkaitan gaji boleh dirujuk pada Bahagian 3 (Pembayaran Upah), Bahagian 4 (Potongan-Potongan Daripada Upah) Bahagian 5 (Sistem Pembayaran Upah) Akta Kerja 1955. Ringkasan bahagian-bahagian tersebut adalah seperti di bawah:

  • Gaji mesti dibayar untuk tempoh bekerja tidak melebihi 1 bulan.
  • Jika tempoh bekerja tidak dinyatakan dalam kontrak kerja, ia masih dianggap untuk 1 bulan.
  • Masa pembayaran gaji mesti tidak lewat dari hari ketujuh selepas hari terakhir tempoh penggajian.
  • Pembayaran upah kerja lebih masa (OT) juga mesti dibayar tidak lewat 7 hari selepas masuk bulan baru.
  • Gaji yang dibayar majikan tidak boleh dipotong sesuka hati melainkan untuk potongan-potongan sah yang diwajibkan.
  • Gaji mesti dikreditkan ke dalam akaun bank milik pekerja, melainkan jika dapat permintaan atau kelulusan Ketua Pengarah untuk menerimanya dalam tunai.

Dalam pada itu, pembayaran gaji juga mesti dibuat bertetapan dengan kadar gaji minimum seperti yang digariskan dalam Perintah Gaji Minimum 2022. Ini bermakna majikan yang memiliki 5 orang pekerja atau lebih mesti mematuhi kadar gaji minimum iaitu RM1,500.

Gaji Bersih, Gaji Kasar, Gaji Pokok

formula pengiraan gaji

Jadi kalau dalam interview nak minta gaji bersih, gaji kasar atau gaji pokok?

Tentunya anda mesti pernah dengar istilah gaji bersih, gaji kasar atau gaji pokok. Sama ada dalam interview, mengisi borang dengan pihak bank atau ketika ingin membuat pelaburan mahupun simpanan kita tidak boleh lari dari istilah-istilah tersebut.

Oleh itu, penting untuk anda fahami perbezaan disetiap istilah-istilah tersebut. Ringkasan formulanya adalah seperti di bawah.

Gaji Pokok = Gaji Asas

Gaji Kasar = Gaji Asas + Elaun (Jika Ada)

Gaji Bersih = Gaji Asas + Elaun (Jika Ada) – Potongan

  • Gaji Pokok (Basic Salary) – jumlah gaji asas sahaja
  • Gaji Kasar (Gross Salary) – jumlah gaji asas yang dicampur elaun (jika ada)
  • Gaji Bersih (Net Salary) – jumlah gaji asas yang dicampur elaun (jika ada) dan ditolak potongan

Untuk potongan tersebut ia termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Skim Insurans Pekerjaan (SIP), Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Potonga Zakat (jika ada).

Penting untuk majikan dan pekerja fahamkan di sini bahawa selain daripada potongan yang dinyatakan di atas, tiada lain yang dibenarkan melainkan jika diwartakan oleh kerajaan pada masa akan datang.

Ini juga bermakna majikan tidak boleh potong gaji pekerja kerana lambat hadir ke tempat kerja, potongan untuk menggantikan sebarang aset atas kecuaian atau potongan gaji pekerja kerana ditukarkan ke bahagian lain.

Jika berlaku sebarang potongan tanpa pengetahuan atau persetujuan pekerja boleh dibuat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja. Kesnya sama juga andai majikan tidak membuat sebarang potongan wajib pada gaji pekerja maka aduan boleh disalurkan.

Formula Kira Gaji Dengan Betul

Kini mari lihat formula cara kira gaji dan contoh situasi untuk pemahaman lanjut mengenai perbezaan diantara gaji pokok, gaji kasar dan gaji bersih. Pengiraan ini adalah merujuk kepada Akta Kerja 1955.

Contoh:

Liyana bekerja sebagai Graphic Designer di MySyarikat. Dia menerima gaji pokok sebanyak RM2,500 dan elaun tetap sebanyak RM500. Jadi pengiraan gaji yang diterima Liyana adalah seperti berikut:

Gaji Pokok = RM2,500

Gaji Kasar = RM2,500 + RM500

Sekarang, mari pula kita kira gaji bersih yang Liyana terima dan yang majikannya perlu kreditkan ke dalam akaun dia setiap bulan. Kadar caruman KWSP adalah sebanyak 11% sementara kadar caruman untuk PERKESO pula 0.5% dan kadar caruman untuk SIP pula 0.2%.

RM330 (Caruman KWSP) = RM3,000 x 11%

RM15 (Caruman PERKESO) = RM3,000 x 0.5%

RM6 (Caruman SIP) = RM3,000 x 0.2%

Gaji Bersih = RM2,500 + RM500 – (RM330+RM15+RM6)

Maka, jumlah gaji bersih yang Liyana terima setiap bulan adalah sebanyak RM2,649. Jumlah ini adalah jumlah yang majikan kepada Liyana perlu kreditkan ke dalam akaun dia setiap bulan tidak lewat daripada 7 hari selepas memasuki bulan baru.

Dalam Interview Nak Beri Gaji Bersih, Gaji Kasar atau Gaji Pokok?

interviewer tanya pasal gaji semasa interview

Dalam kebanyakan interview selalunya apabila ditanya tentang soal gaji, ia merujuk kepada gaji pokok. Ya, jumlah gaji asas yang berdasarkan pengalaman, kemahiran, tahap kelayakan atau nilai pasaran semasa!

Jadinya dalam membuat rundingan gaji, anda boleh meminta penambahan pagi jumlah gaji pokok atau gaji kasar. Misalnya dekat syarikat lama ada menerima gaji pokok sahaja iaitu sebanyak RM3,000, jadi anda boleh runding untuk minta penambahan elaun sebanyak RM200 yang boleh menjadikan jumlah gaji kasar sebanyak RM2,200.

Walau apa pun jumlah gaji yang anda minta perlu diingatkan bahawa gaji bersih yang anda terima bukan RM2,200 tetapi kurang selepas menolak semua potongan yang dibuat.  

Automasikan Pengiraan, Bayaran dan Agihan Gaji Dengan MySyarikat!

Kesimpulannya, sebagai pekerja ataupun majikan penting untuk memahami istilah-istilah gaji serta komponen-komponennya. Penting juga untuk semua tahu cara pengiraan dan jumlah caruman supaya tidak berlaku penindasan terhadap jumlah gaji diterima.

Dalam pada itu, syarikat anda memiliki masalah pengurusan, pengiraan, pengagihan dan pembayaran gaji secara efisien?

Berita baik untuk anda semua kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut! Pengurusan gaji syarikat ada boleh jadi efisien dengan fungsi Secured Payroll yang boleh bantu untuk pengiraan, agihan dan bayaran gaji serta OT dalam satu sistem sahaja!

Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!
Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!

Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!

sistem MySyarikat dalam bentuk laptop dan telefon
beza rest day dan off day
Asas HR

Beza Antara Rest Day dan Off Day

Zahin ByondZahin ByondDecember 6, 2024

Leave a Reply