Skip to main content

Antara persoalan yang sering jadi tanda tanya ramai pekerja, malah mungkin sebahagian majikan di luar sana adalah bolehkah seorang pekerja itu ditamatkan perkhidmatannya (terminate) oleh majikan disebabkan prestasi kerja yang teruk (poor performance)?

Jawapan bagi persoalan tersebut adalah BOLEH dan TIDAK BOLEH bergantung kepada situasi yang pekerja serta majikan. Pada sesetengah keadaan majikan boleh terminate pekerja kerana prestasi yang teruk dan ada keadaan yang tidak boleh.

Sebelum pergi lebih jauh suka diingatkan penulisan ini hanya rujukan ringan sahaja dan bagi kes berat, dinasihatkan untuk berunding dengan peguam atau Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

Penamatan Kontrak Atas Sebab-Sebab Khas

Untuk kes penamatan kontrak kerja ia telah digariskan dalam Akta Kerja 1955 pada Seksyen 12 sehingga Seksyen 14. Selain itu, perihal berkaitan pemecatan (dismiss) juga ada diterangkan pada Seksyen 20(1) dalam Akta Perhubungan Industri 1967.

Berdasarkan kedua-dua Akta tersebut, termination dan dismissal yang sah di sisi undang-undang perlukan justifikasi yang kukuh dan substantif, serta melalui prosedur yang adil kepada pekerja tserta majikan.

Mudah kata majikan tidak boleh sesuka hati terminate pekerja atas ‘hanya sebab atau alasan’ yang tidak digariskan dalam perundangan kerja negara. Sebarang pemberhentian pekerja perlu dibuat secara adil, bukan berdasarkan perasaan peribadi semata-mata.

Secara umumnya, sebab atau alasan yang membolehkan majikan untuk memberhentikan pekerja adalah seperti berikut:

  • Salah laku berat (misconduct)
  • Pemberhentian (retrenchment)
  • Prestasi buruk (poor performance)
  • Persaraan (retirement)
  • Pemberhentian (resignation)
  • Temat tempoh kontrak tetap (fixed period)
  • Kekecewaan kontrak (frustration of contract)
  • Pekerja alami masalah kesihatan yang tidak membolehkan mereka bekerja
  • Penutupan perniagaan (closure of a business)

Jika diperhatikan di sini salah laku dinyatakan pada Seksyen 14, Akta Kerja 1955. Ringkasan seksyen tersebut menerangkan bahawa majikan boleh menamatkan perkhidmatan pekerja atas salah laku yang bertentangan dengan persetujuan kontrak selepas siasatan  dengan pilihan sama ada untuk,

  1. Memecat pekerja tanpa notis
  2. Menurunkan pangkat pekerja
  3. Mengenakan hukuman ringan lain yang disifatkannya adil dan patut

Selain daripada salah laku, seorang majikan juga boleh memberhentikan pekerja tanpa notis jika pekerja gagal menghadirkan diri melebihi 2 hari tanpa kebenaran dan gagal kemukakan sebarang sebab ke atas ketidakhadiran.

Perlu difahamkan juga bahawa situasi-situasi yang membolehkan majikan memberhentikan pekerja ini berkait rapat dengan pelanggaran kontrak perkhidmatan. Jika siasatan dibuat mendapati pekerja melanggar mana-mana penetapan kontrak, maka majikan berhak untuk memberhentikan mereka.

Kes Pemberhentian Kerja Kerana Prestasi Buruk

Bagi kes pemberhentian pekerja atas alasan isu prestasi buruk pula, ia bergantung kepada situasi yang dihadapi oleh pekerja itu sendiri. Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi sebelum majikan boleh buang pekerja atas sebab prestasi buruk.

Terlebih dulu majikan perlu kemukakan bukti yang menunjukkan bahawa pekerja telah diberi peluang dan masa munasabah untuk memperbaiki diri, namun sekirannya tiada penambahbaikan maka barulah majikan boleh memberhentikan pekerja.

Sebaliknya andai majikan sudah memberikan peluang dan masa munasabah untuk pekerja memperbaiki diri, dan mereka berjaya untuk tambah baik prestasi kerja maka majikan sebenarnya tidak boleh memberhentikan pekerja itu.

Cara terbaik untuk berdepan dengan situasi prestasi buruk pekerja atau sebarang masalah disiplin ringan adalah majikan 

  • Pertama, boleh berikan teguran terlebih kepada pekerja
  • Kedua, berikan pekerja masa untuk berubah dan penambahbaikan
  • Ketiga, beri pekerja peluang dengan show cause letter 
  • Akhir sekali, jika sudah diberi peluang dan tiada perubahan barulah majikan boleh keluarkan warning letter kepada pekerja.

Langkah di atas merupakan salah satu bentuk peluang yang boleh diberikan majikan kepada pekerja untuk memperbaiki diri. Hal ini kerana pekerja juga layak untuk kemukakan bukti dan membela diri atas kesalahan yang dilakukan.

Sekirannya majikan gagal untuk memberikan peluang kepada pekerja, maka boleh terjadi kes pemberhentian tidak adil. Dan ini membolehkan pekerja untuk membuat laporan kepada JTKSM dan majikan dikenakan tindakan.

Maka, secara dasarnya majikan ada hak untuk terminate pekerja yang alami masalah prestasi buruk namun mestilah kemukakan bukti sudah memberi peluang penambahbaikan dan alasan yang kukuh terhadap pembuangan tersebut.

Oleh itu penting untuk semua pihak sama ada majikan dan pekerja mencerna hak-hak mereka apabila melibatkan pemberhentian pekerja ini. Sebarang pemberhentian yang tidak adil oleh majikan boleh diadukan di JTKSM.

Tingkatkan Prestasi Pekerja Dengan MySyarikat 

Adakah anda alami masalah penurunan prestasi pekerja akibat pengurusan pekerja yang kurang efisien? Jika jawapannya ‘Ya’ sudah tiba masa untuk tingkat prestasi pekerja dan pengurusan dengan MySyarikat!

MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat! Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!

man vector relaxing with big clock as the background and text talking about shift work in Malaysia
Fakta HR

Fakta Kerja Shift di Malaysia

Zahin ByondZahin ByondOctober 2, 2024

Leave a Reply