Skip to main content

1 Mei setiap tahun adalah Hari Pekerja atau dikenali juga sebagai Labour Day. Ia juga merupakan hari cuti umum yang diiktiraf di seluruh Malaysia sebagai penghargaan terhadap pekerja yang menjadi tulang belakang dalam pembangunan negara. 

Bagi pekerja, memahami hak-hak yang diperuntukkan undang-undang adalah penting untuk memastikan kebajikan anda terpelihara. Oleh itu, artikel ini akan menerangkan panduan lengkap berkaitan Hari Pekerja termasuk bayaran jika diminta untuk bekerja pada hari tersebut.

Sejarah Hari Pekerja di Malaysia

Sambutan Hari Pekerja ini bermula di Ipoh, Perak pada 1921. Ketika itu sekumpulan pekerja mengadakan perhimpunan untuk menuntut hak-hak mereka. Mereka telah menghadapi keadaan kerja yang sukar dengan waktu kerja yang panjang dan bayaran yang rendah.

Rentetan daripada itu, tarikh Hari Pekerja dipilih dan diiktiraf sebagai cuti umum di bawah undang-undang kerja utama negara, Akta Kerja 1955. Jadi ini bermaksud tarikh 1 Mei adalah hari WAJIB cuti.  

Hak Pekerja Sempena Hari Pekerja

Di bawah Seksyen 60D(1)(a) Akta Kerja 1955, Hari Pekerja adalah sebahagian daripada lima cuti umum wajib yang mesti diberikan kepada pekerja. Cuti ini tidak boleh digantikan dengan hari lain, dan pekerja berhak untuk tidak bekerja pada hari tersebut. 

Antara lima cuti umum wajib di Malaysia adalah,

  • Hari Pekerja (1 Mei)
  • Hari Kebangsaan (31 Ogos)
  • Hari Malaysia (16 September)
  • Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong
  • Hari Keputeraan Sultan atau Yang Dipertua Negeri 

Bayaran Kerja Lebih Masa (Overtime) Semasa Hari Pekerja

Jika pekerja diminta untuk bekerja pada Hari Pekerja, mereka layak untuk menuntut bayaran kerja lebih masa mengikut kadar yang ditetapkan dalam Akta Kerja.

Kadar bayaran kerja lebih masa (overtime)

  • Hari Biasa: 1x ganda kadar gaji sejam
  • Hari Rehat: 2x ganda kadar gaji sejam
  • Cuti Umum: 3x ganda kadar gaji sejam

Soalan Lazim (FAQ)

  1. Adakah semua pekerja layak dapat cuti pada Hari Pekerja?

Ya, semua pekerja yang tertakluk di bawah Akta Kerja 1955 layak dapat cuti berbayar pada Hari Pekerja.

  1. Bagaimana jika pekerja dipaksa bekerja pada Hari Pekerja?

Majikan wajib bayar bayaran tambahan jika minta pekerja bekerja pada Hari Pekerja. Jika tidak, pekerja boleh buat aduan ke JTK.

  1. Adakah bayaran OT termasuk elaun?

Tidak, bayaran OT biasanya dikira berdasarkan gaji pokok kecuali dinyatakan sebaliknya dalam kontrak.

  1. Bolehkah majikan gantikan cuti Hari Pekerja pada hari lain?

Ya, dengan syarat terdapat persetujuan diantara pekerja dengan majikan dan dalam tempoh yang munasabah.

  1. Adakah pekerja kontrak layak dapat cuti Hari Pekerja?

Ya, selagi pekerja tertakluk di bawah Akta Kerja 1955, mereka layak dapat hak yang sama.

Kepentingan Mengetahui Hak Pekerja

Memahami hak-hak pekerja adalah penting untuk memastikan keadilan dan kesejahteraan di tempat kerja. Pekerja yang mengetahui hak mereka boleh menuntut perlindungan yang sewajarnya, manakala majikan yang mematuhi undang-undang kerja dapat mewujudkan persekitaran kerja  yang harmoni dan produktif.

Baca juga: Hari Cuti Umum Yang Syarikat Wajib Berikan

Kesimpulannya, Hari Pekerja bukan sekadar cuti umum tetapi ia adalah simbol penghargaan terhadap sumbangan pekerja dan pengiktirafan terhadap hak-hak mereka. Sebagai pekerja anda wajib memahami hak-hak anda, dan majikan pula perlu menghormatinya.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

MySyarikat - sistem HRMS/ HR software terbaik di Malaysia
surat cuti sakit tanpa mc
Umum

Contoh Surat Cuti Sakit Tanpa MC

Zahin ByondZahin ByondApril 10, 2025

Leave a Reply