Skip to main content

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahannya begitu juga dalam alam pekerjaan apabila sudah sampai masa untuk bersara, tukar tempat kerja atau sambung penggajian ia tidak dapat dielakkan.

Tentunya melihat rakan sekerja ataupun pengurus meninggalkan syarikat bukan perkara mudah. Jadi apa yang boleh dibuat adalah untuk menunjukkan penghargaan atas kerja dan usaha individu itu selama menaburkan khidmat.

Cara terbaik untuk menunjukkan penghargaan adalah dengan memberikan hadiah sebagai memorial untuk memperingati individu itu, dan sebagai penghormatan terakhir kepada individu yang ingin meninggalkan syarikat.

Jadinya artikel kali ini akan memberikan beberapa cadangan hadiah perpisahan yang boleh diberikan majikan kepada pekerja atau pekerja kepada pekerja lain atau pekerja kepada majikan yang meninggalkan syarikat.

Tradisi Pemberian Hadiah Perpisahan

Sebenarnya tradisi pemberian hadiah perpisahan ini sukar untuk dijejaki permulaannya. Namun, apa yang pasti tiada satu perundangan kerja di mana-mana negara menetapkan wajib beri hadiah perpisahan. Ia diberikan atas kehendak sendiri.

Jadi di sini tiada nilai minimum atau maksimum ditetapkan, dan ia juga bermakna pemberian hadiah perpisahan ini boleh untuk tidak diberikan. Oleh itu jangan hairan jika syarikat tidak berikan sebarang hadiah pada hari terakhir anda bekerja.

Disebabkan tiada penetapan sah, hadiah yang diberikan juga boleh bermacam bentuk seperti jamuan makan atau bonus persaraan bagi pekerja yang besara. Yang penting bukan nilai hadiah tersebut tetapi niat si pemberi untuk menunjukkan penghargaan.
Dalam pada itu, suka dimaklumkan bahawa hadiah-hadiah dalam senarai ini bukan hanya boleh diberikan semasa perpisahan sahaja tetapi juga boleh diberikan semasa hari ulang tahun kelahiran pekerja atau hadiah kemasukan kerja (welcoming gift).

Idea Hadiah Perpisahan Yang Selalu Diberikan

  1. Album Gambar

Album gambar adalah antara idea hadiah perpisahan yang paling mudah. Hadiah jenis ini mungkin jarang diberikan pada zaman sekarang, namun ia kekal releven dan sering diberikan dalam kalangan rakan sekerja yang rapat.

  1. Cawan Dengan Mesej

Satu lagi idea hadiah paling mudah dan segar (evergreen). Hadiah cawan sesuai untuk diberikan pada pelbagai situasi sama ada perpisahan ataupun welcoming gift. Menariknya, anda boleh letak mesej pada cawan untuk jadikannya lebih sentimental

  1. Jamuan Makan

Satu hadiah yang sering diberikan syarikat sebagai penghargaan apabila ada pekerja ingin meninggalkan syarikat. Idea jamuan makan ini bukan sahaja boleh dibuat bagi menyambut sesuatu majlis tetapi ada syarikat yang buatnya secara berkala.

  1. Tiket Wayang atau Rekreasi

Mungkin antara idea hadiah yang paling kreatif dan lain daripada yang lain. Tiket konsert, wayang, taman hiburan atau apa-apa acara adalah antara hadiah perpisahan yang mudah untuk diberikan dan tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak.

  1. Peralatan Sukan atau Perkhemahan

Bagi pekerja yang suka bersukan, berkhemah atau bercuti menghadiahkan mereka dengan peralatan yang boleh digunakan untuk aktiviti tersebut adalah pilihan terbaik. Ia dapat menunjukkan bahawa anda menghargai pekerja itu walaupun di luar pejabat.

  1. Jam Tangan atau Pakaian

Hadiah seperti baju atau jam tangan sering jadi pilihan untuk pekerja yang meninggalkan syarikat atas faktor persaraan. Pemberian ini bukan sahaja menandakan penghargaan tetapi menunjukkan kehormatan atas sumbangan pekerja itu.

  1. Buku Fizikal atau e-Book

Hadiah yang mungkin paling berguna untuk diberikan kepada pekerja sebagai perpisahan dan memiliki makna simboliknya tersendiri. Pemberian buku untuk bacaan adalah antara hadiah perpisahan yang sering menjadi pilihan di negara barat.

  1. Gambar Polaroid

Sama seperti album gambar tadi, hadiah perpisahan gambar polaroid juga antara yang sering menjadi pilihan terutamanya dalam kalangan generasi muda kini. Ia bukan sahaja dapat merakam waktu gembira bersama tetapi terdapat nilai sentimen yang tinggi.

  1. Essential oil atau Scented Candle

Pemilihan wangi-wangian adalah idea terbaik untuk bermacam situasi, tidak terhad kepada perpisahan sahaja. Hadiah jenis ini boleh mencetus sentimen deria yang akan mengamit memori semasa pekerja itu bekerja dengan syarikat.

  1. Gift Box atau Hamper

Sebuah lagi hadiah yang tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman. Ini antara pilihan yang mudah dan banyak diberikan oleh syarikat sebagai hadiah perpisahan serta penghargaan kepada pekerja.

  1. Kad Ucapan atau Plak

Jangan menilai kad ucapan tiada harga kerana pemberian hadiah seperti ini walaupun nampak mudah tetapi boleh memberi makna yang besar. Pemberian plak pula sangat sinonim dengan penghargaan jadi tidak salah untuk berbelanja lebih sedikit untuk membelinya.

  1. Bag atau Coaster

Ini mungkin antara hadiah yang malah dan sangat sesuai untuk diberikan kepada pekerja wanita. Jika tiada kos mencukupi untuk membeli bag, anda boleh pilih memberi alas cawan (coaster) yang sering dilihat sebagai barangan mewah.

  1. Perhiasan Meja atau Rumah

Sesuai untuk diberikan kepada pekerja yang bersara atau yang meminati perhiasan rumah. Ia bukan sahaja menunjukkan anda kenal pekerja itu secara peribadi tetapi pada masa yang sama turut memberikan barangan yang boleh pekerja itu gunakan.

  1. Botol Air (Tumbler)

Antara hadiah paling mahal dan sangat berguna untuk pekerja adalah botol air tumbler kerana ia bukan sahaja memudahkan pekerja, malah memiliki nilai estatika yang tinggi. Ia berfungsi sebagai hadiah perpisahan dan hadiah hari lahir yang baik.

  1. Voucher Digital

Seiring peredaran zaman pemberian vaucher dalam bentuk digital seperti gift card adalah pilihan terbaik untuk menunjukkan penghargaan. Kepelbagaian fungsi vaucher digital untuk barangan harian adalah idea paling bernas untuk diberikan sebagai hadiah.

Berikan Hadiah Mengikut Kemampuan

Tidak kira anda sebagai majikan atau pekerja, pemberian hadian untuk sebarang situasi sama ada perpisahan atau hari lahir atau welcoming gift tidak semestinya perlu mahal. Ideanya adalah niat untuk menunjukkan penghargaan atas sumbangan pekerja itu.

Suka diingatkan sekali lagi pemberian hadiah ini tidak wajib dan bergantung kepada kehendak seseorang itu semata-mata. Jangan pula ingat jika tidak diberikan hadiah anda berasa tidak dihargai. Terdapat banyak cara lain untuk menunjukkan penghargaan.

Leave a Reply