Setiap pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) perlu jalani latihan industri atau praktikal (internship). Ia merupakan sebahagian silibus pembelajaran dan pendedahan awal kepada sesetengah individu berkenaan alam pekerjaan.
Namun, tular awal tahun ini apabila sebuah syarikat pertikai keperluan membayar gaji kepada pelajar praktikal. Malah, syarikat itu turut mencadangkan pelajar yang sepatutnya bayar kepada syarikat kerana beri tempat untuk timba pengalaman.
Persoalannya kini adakah pelajar yang membuat praktikal tidak dilindungi Akta Kerja 1955? Dan apakah keperluan membayar gaji kepada pelajar yang membuat praktikal?
Pelajar Praktikal dan Akta Kerja 1955
Secara asasnya, pelajar praktikal TIDAK disebut dalam Akta Kerja 1955 kerana pelatih industri tidak dikategorikan sebagai ‘pekerja’.
Menurut Seksyen 2(1) Akta Kerja 1955, pekerja adalah individu yang menandatangani kontrak perkhidmatan bersama majikan.
Pada seksyen sama juga ada menerangkan berkenaan kontrak perantisan (apprenticeship contract) yang menerangkan kontrak persetujuan antara majikan untuk melatih seorang perantis dalam melebihi tempoh 2 tahun.
Memandangkan tempoh praktikal kebiasanya berlangsung selama 3 ke 6 bulan, jadi pelajar praktikal tidak dikategorikan sebagai perantis ataupun pekerja.
Malah, tempat pelajar membuat praktikal juga tidak dipanggil sebagai ‘majikan’ tetapi sebagai ‘pembekal tempat latihan’.
Oleh itu, jelas bahawa pelajar praktikal tidak dilindungi oleh Akta Kerja 1955 dan tidak layak menerima gaji minimum yang ditetapkan dalam Perintah Gaji Minimum 2022 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2023.
Di sini juga perlu difahamkan bahawa memandangkan pelajar praktikal tidak dilindungi Akta Kerja 1955, maka pelajar praktikal tidak layak menerima faedah cuti dan peraturan tempoh masa bekerja maksimum seperti pekerja tetap.
Hak-Hak Pelajar Praktikal
Sungguhpun pelajar pratikal tidak dilindungi oleh Akta Kerja 1955 ini tidak bermaksud hak mereka diabaikan. Selalunya pihak IPT ada menyediakan garis panduan dan perjanjian latihan industri bersama syarikat-syarikat bagi membantu pelajar menjalani praktikal.
Walaupun tidak menerima gaji, pelajar praktikal biasanya ditawarkan elaun tetapi amaunnya bergantung kepada budi bicara pembekal tempat latihan.
Sebagai makluman elaun adalah sejumlah wang yang diberikan pada masa yang tetap untuk tujuan tertentu. Ia disediakan oleh majikan untuk tujuan membuat kawalan di tempat kerja kepada pekerja membelanjakannya bagi tujuan tertentu.
Terdapat 2 jenis elaun yang biasanya ditawarkan iaitu:
- Elaun Monetari – peruntukan wajib berupa gaji bulanan ke atas semua pekerja
- Elaun Benefit – peruntukan tambahan berupa wang untuk tujuan kemudahan tertentu
Selain itu, memandangkan pelajar praktikal tidak dikategorikan sebagai pekerja maka mereka tidak perlu memberi notis sekiranya ingin berhenti menjalani latihan industri.
Ini bermakna pelajar pratikal tidak terikat untuk membayar ganti rugi notis dan syarikat juga tidak perlu membayar ganti rugi notis kepada pelatih industi yang ingin berhenti.
Kadar Elaun Semasa Untuk Pelajar Praktikal
Berbalik kepada soal gaji dan pelajar praktikal, seperti yang dinyatakan di atas bahawa pelajar pratikal layak menerima elaun tapi bergantung kepada budi bicara pembekal tempat latihan.
Walau bagaimanpun bermula 1 September 2019, mereka yang membuat latihan industri di kementerian, jabatan dan agensi kerajaan diperuntukan kadar elaun sebanyak RM5 sejam.
Ini bermakna pelajar pratikal kerajaan boleh menerima elaun sehingga RM900 sebulan bagi tempoh 90 hari berbanding RM300 sebulan sebelum ini.
Bagaimana pula nasib pelajar praktikal yang membuat latihan industri di syarikat swasta?
Pada Belanjawan 2022 lalu bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ada menyeru agar pihak swasta memperuntukan elaun sekurang-kurang RM900 kepada pelajar praktikal.
Malah, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh pada awal tahun ini juga akan menyarankan galakkan sektor swasta contohi pihak kerajaan dengan memberi elaun sekurang-kurangnya RM900 kepada pelajar yang membuat latihan industri.
Mungkin bagi sesetengah syarikat keperluan elaun kepada pelajar praktikal ini dipandang ringan, namun perlu diingatkan bahawa pelajar juga adalah manusia yang memerlukan wang untuk jalani kehidupan.
Imbuhan elaun yang diberikan ini boleh dianggap sebagai pembakar semangat kepada pelajar praktikal dan gambaran awal berkenaan gaji sebelum mereka melangkah masuk ke alam pekerjaan sebenar.
Terdapat sebuah syarikat yang saya telah baru tamat menjalankan latihan industri selama setahun. Syarikat tersebut telah memberikan saya offer letter dan di dalam offer letter tersebut telah menyatakan bahawa syarikat akan memberikan elaun sebanyak RM1000 pada setiap bulan. Namun pada ketika ini elaun yang seharusnya saya terima pada bulan March 2024 masih tidak diberikan pada bulan April 2024 dan syarikat tersebut tidak mengeluarkan notis bagi pemberitahun bahawa elaun akan diberkan lewat. Hal ini bukan kali pertama terjadi sepanjang saya menjalankan latihan industri. Jadi apa tindakan yang saya harus lakukan untuk saya mendapatkan hak saya seperti yang telah dijanjikan di dalam offer letter tersebut?
Dinasihatkan untuk bincang dengan majikan dan HR untuk bertanya tentang pemberian elaun ini. Jika berlarutan dinasihatkan untuk membincangkan dengan pihak universiti dan majikan.
Adakah pelajar yang menjalani latihan industri dimestikan atau dibokehkan untuk bekerja secara shift
Latihan industri (Internship) tidak dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Ini bermakna sebarang tempoh waktu bekerja dan pemberian elaun tertakluk kepada persetujuan dicapai pelajar dan tempat latihan termasuk perjanjian dengan pihak universiti.
memandangkan pelajar latihan industri tidak dinyatakan di dalam akta kerja 1955, bagaimana dengan caruman KWSP dan juga SOCSO?bolehkan kiranya pihak majikan mencarum demi kebaikan pelajar yang menjalani latihan industri SOCSO demi keselamatan pelajar di tempat kerja, tapi tidak mencarum pelajar di dalam caruman KWSP
Pelajar intern tidak disebut sebagai pekerja dan majikan untuk pekerja intern pula disebut sebagai pembekal tempat latihan. Di sini majikan tidak diwajibkan untuk membuat sebarang caruman kepada pelajar intern.
Bagaimana dengan diganggu majikan selepas waktu kerja ? contohnya chat group untuk benda bukan hal kerja ? perlu ke kami pelajar intern untuk reply ?
Akta Kerja 1955 menetapkan tempoh waktu bekerja kepada pekerja dan jika majikan meminta untuk bekerja lebih masa perlu dibayar OT. Untuk kes majikan hubungi di luar waktu kerja adalh terpulang kepada pekerja untuk menjawabnya atau tidak. Jika kecemasan tidak menjadi kesalahan untuk menjawabnya.
Boleh ke pekerja praktikal diminta berkerja selama 11 jam sehari dan 6 hari berkerja dlm semingu, serta diminta berkerja dihari cuti umum.
Elaun yg diberi RM60.00 sebulan
Pelajar praktikal tidak dilindungi dan tidak dikategorikan sebagai pekerja dibawah Akta Kerja. Pelajar praktikal tidak tertakluk kepada faedah yang diberikan kepada pekerja tetap. Jadi seeloknya, berbincang dengan pihak penyedia latihan praktikal.
Bagaimana jika ingin bertanya mengenai jumlah elaun yg akan diberikan kepada pelajar intern yang akan menjalani latihan industri di sektor swasta.ini kerana pihak syarikat tidak menyatakan jumlah elaun yang spesifik.adakah wajar saya ingin bertanya berapa elaun yang saya akan terima jika pihak syarikat tidak meyatakan jumlah yang ingin ditawarkan?
Pelajar intern dinasihatkan untuk rujuk semula persetujuan dengan tempat pembekal latihan, ini termasuk jumlah elaun sehingga tugasan yang tertulis dalam persetujuan.
Adakah pelajar diberi hari offday semasa mereka melakukan internship
Bergantung kepada polisi yang diamalkan syarikat. Selalunya pelajar intern akan diberikan tempoh waktu bekerja dan rehat yang sama dengan pekerja lain.
sekiranya saya tidak dapat hadir ke tempat intern berikutan cuaca buruk dan transport tidak berada dalam kondisi yang baik, adakah itu salah sebagai sebab pelajar intern tidak dapat hadir?
Dinasihatkan untuk berbincang dengan syarikat tempat anda membuat intern dan maklumkan masalah yang dihadapi kepada mereka.
Bolehkah pelajar intern ditamatkan sebelum tarikh akhir intern kerana terdapat salah laku di tempat kerja ?
Jika pelajar didapati melanggar persetujuan dan perjanjian maka boleh.
Boleh ke pelajar intern meminta cuti atas sebab sebab tertentu ?
Secara asasnya pelajar intern tiada cuti tetapi bergantung kepada polisi syarikat ada yang membenarkan intern mengambil cuti tanpa gaji atau sebagainya.
Adakah peranan intern adalah penting sehingga department tidak mampu beroperasi semasa pelajar tersebut mengambil cuti sakit?
Sila berbincang dengan pihak syarikat.
Boleh ke pelajar intern minta untuk bermula intern lewat pada 14/9/2024 sedang pihak universiti telah tetapkan tarikh bermula pada 7/9/2024?
Dinasihatkan untuk bincang dengan pihak universiti dan syarikat tentang perkara ini.
Bolehkah pelajar intern mc /time off/ cuti tahunan, sepanjang intern di sesebuah syarikat?
Pelajar intern tidak dapat hak yang sama seperti pekerja ini bermakna tiada cuti tahunan ataupun time off. Jika diberikan ia adalah berdasarkan polisi syarikat semata-mata.
My youngest sis has to do OT but not being paid as ‘part time’ rate, they paid her using her basic monthly allowance rate which is:-
RM500 / 26 days / 7.5hours * 1.50 = RM3.85 per hour.
Is it normal or is there is any ACT on this? I genuinely curious. Cuz my company will give our interns RM10 per hour, claimed as part timer even they’re interns. Cuz paying them RM3.85 per hours is nonsense in this 2024 era.
Interns not eligible for OT. Intern not cover under Employment Act. Thus, OT or allowance for interns will based on the company itself and agreement between the interns itself and the company.
salam/hi.jika intern banyak sangat lateness boleh ke majikan terminate?
Bergantung kepada budicara majikan. Hal ini kerana intern tidak dilindungi oleh Akta Kerja, sebaliknya mereka berada di bawah persetujuan bersama antara tempat pembekal latihan dan pelajar serta pihak universiti.
if intern ada agreement duit allowance tetapi tidak dibayar selama 3 bulan boleh di saman?
Dinasihatkan untuk berbincang dengan tempat pembekal latihan.
maaf nak tanya . kalau intern mc sehari . tapi majikan tak terima mc tersebut . adakah patut majikan berbuat demikian ataupun sebaliknya?
Ia adalah berdasarkan budi bicara majikan kerana pelajar intern tidak dilindungi Akta Kerja. Dinasihatkan untuk berbincang dengan pihak majikan bagi mendapatkan penyelesaian terbaik.
Bolehkah syarikat tak beri Sijil Sebab Ada mc disepanjang mejalankan internship sedangkAn memang sakit & Ada mc Dari Doktor ( hospital )?
Ia adalah berdasarkan budi bicara majikan kerana pelajar intern tidak dilindungi Akta Kerja. Dinasihatkan untuk berbincang dengan pihak majikan bagi mendapatkan penyelesaian terbaik.
Hi, maaf saya ada 2 soalan.
1. Adakah pelajar intern layak untuk mendapatkan sijil internship atau surat pengesahan bekerja daripada majikannya? Dan jika majikan tidak mahu memberikannya adakah dikira salah di sisi undang-undang?
2. Adakah internship dikira dalam memohon kerja di sesebuah company. Dan sekiranya sesebuah company itu memerlukan surat pengesahan bekerja, adakah internship juga diambil kira?
Dalam kebanyakan kes pelajar intern akan diberi surat pengesahan penerimaan internship oleh syarikat sebagai bukti pengambilan.
1. Ia berdasarkan polisi syarikat namun kebanyakan syarikat akan berikan offer letter kepada pelajar sebelum mengambil untuk internship.
2. Internship adalah latihan praktikal yang menjadi sebahagian daripada keperluan pembelajaran universiti.