Hampir empat puluh peratus syarikat kini menawarkan kemudahan bekerja secara hybrid (atau turut dikenali sebagai remote working). Ia juga telah menjadi trend dalam kalangan pekerja di mana mereka lebih cenderung memilik syarikat yang tawarkan remote working walaupun bayaran gaji sedikit rendah.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa remote working memberi banyak manfaat kepada pekerja terutamanya bagi mereka yang memiliki keluarga dan mementing keseimbangan antara kehidupan dan kerja (work-life balance).
Malah, kerajaan Malaysia sendiri mengenal pasti dan mengiktiraf kemudahan remote working melalui menetapan pada Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang menggariskan perundangan Aturan Kerja Fleksibel (AKF).
Namun, persoalannya kini adalah sama ada kemudahan remote working ini turut sama memberi kelebihan kepada para majikan dan syarikat. Hal ini kerana ramai majikan diluar sana lebih cenderung untuk pekerja hadir ke pejabat berbanding bekerja dari rumah.
Statistik Kajian Kes Remote Working
Sebenarnya remote working bukan perkara asing di dalam dunia pekerjaan mahupun dalam konteks bekerja di Malaysia. Hal ini kerana trend remote working ini banyak diamalkan oleh pekerja bebas (freelance) sebelum terjadinya kes penularan Covid-19.
Benar, trend remote working semakin mendapat tempat dalam kalangan pekerja semasa penularan Covid-19 pada tahun 2020 lalu. Ketika waktu itu kebanyakan syarikat terpaksa meneruskan operasi dengan meminta pekerja bekerja dari rumah bagi menyekat penyebaran penyakit.
Berbalik kepada waktu kini, satu kajian yang dibuat mendapati bahawa hampir 60% syarikat yang mengamalkan remote working mencatat peningkatan produktiviti kerja berbanding hanya hampir 50% bagi mereka yang bekerja dari pejabat.
Jadi berdasarkan data pada kajian tersebut boleh dilihat bahawa pekerja menjadi lebih produktif apabila bekerja secara remote working. Peningkatan produktiviti ini juga menandakan bahawa syarikat boleh mencatat lebih banyak keuntungan seiring penambahan output kerja.
5 Kelebihan Remote Working Kepada Syarikat
Dengan berlakunya peningkatan penggunaan teknologi di tempat kerja, remote working kini menjadi lebih mudah kepada pekerja mahupun syarikat. Masalah-masalah yang dihadapi untuk membuat remote working semasa zaman Covid-19 dulu sudah banyak diselesaikan.
Melalui perancangan teliti dan pengurusan yang cekap syarikat yang mengamalkan remote working boleh mendatang pelbagai kelebihan antarannya,
- Tingkatkan Produktiviti Kerja
Satu perkara yang pasti tentang remote working adalah ia terbukti meningkatkan produktiviti kerja para pekerja. Hal ini kerana apabila bekerja bekerja dalam suasana yang mereka berasa selesa kualiti kerja akan bertambah, seterusnya meningkatkan output dan keuntangan syarikat.
- Tingkatkan Jumlah Tenaga Kerja
Kelebihan utama yang syarikat boleh menfaatkan melalui remote working adalah ia membantu dalam meningkatkan jumlah tenaga kerja tanpa perlu menambah saiz pejabat atau peralatan secara fizikal. Ini secara tidak langsung boleh membantu perkembangan syarikat untuk kekal kompetatif.
- Kurangkan Kos Utiliti dan Peralatan
Pada zaman moden kini hampir semua pekerja memiliki peralatan teknologi mereka sendiri untuk remote working. Maka, syarikat boleh mengurangkan pelbagai kos termasuk perbelanjaan utiliti seperti bill pejabat atau pembelian peralatan kerja lain.
- Kurangkan Masalah Pekerja Berhenti
Apabila pekerja dapat bekerja dalam suasana dan persekitaran yang mereka berasa selesa ia boleh mengurangkan masalah ketidakpuasan hati, seterusnya mengurangkan masalah pekerja ingin berhenti dan menyelamatkan kos pengambil pekerja untuk syarikat.
- Kurangkan Masalah Pekerja Tidak Hadir
Antara kelebihan utama dalam mengamalkan remote working adalah ia dapat mengurangkan masalah pekerja tidak hadir. Ini jelas dapat dibuktikan apabila pekerja wajib hadir bekerja setiap hari memandangkan mereka tidak memiliki alasan perjalanan atas ketidakhadiran.
Remote Working Jadi Lebih Teratur Dengan MySyarikat HR Software Terbaik Di Malaysia!
Sungguhpun remote working memiliki kelemahannya tersendiri dan dilihat hanya memberi manfaat kepada pekerja sahaja, jika ia diurus dengan baik serta melalui perancangan rapi amalan kerja hybrid ini dapat membuka corak bekerja baru kepada semua.
Selain itu, dengan peningkatan permintaan corak kerja remote working yang semakin meningkat dalam pasaran maka syarikat perlu cuba mengadaptasi dengannya demi memastikan semua pihak mendapat solusi yang adil.
Adakah anda sedang mencari HR software terbaik yang boleh bantu pengurusan pekerja secara hybrid? Jika jawapannya ‘YA’, berita baik kepada anda kerana HR software MySyarikat adalah pilihan pengurusan kepada bisnes-bisnes di Malaysia.
Dengan sistem HR software MySyarikat, pengurusan sumber manusia syarikat akan akan menjadi lebih efisien dan efektif! Daripada pengurusan gaji, cuti, tuntutan sehingga merekod kehadiran dan banyak lagi dapat diselesaikan dengan HR software yang moden dan inovatif ini.
Mari tingkatkan kualiti kerja tempat kerja, melancarkan operasi perniagaan dan merevolusikan syarikat anda dengan sistem HR software moden MySyarikat!
Jom rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software MySyarikat sekarang secara percuma dengan ‘Book Demo’ bersama kami!