Skip to main content

Ketepatan dan kebolehpercayaan merupakan perkara yang perlu dipertimbangkan dalam mencari sebuah sistem merekod kehadiran bagi mana-mana syarikat. Hal ini kerana ia telah menjadi satu standard di Malaysia untuk merekod kehadiran pekerja setiap hari.

Memiliki sebuah sistem merekod kehadiran ini bukan sahaja mampu membantu pengurusan kehadiran pekerja semata-mata, tetapi ia turut berfungsi untuk mencatat masa bekerja pekerja bagi proses pembayaran gaji.

Rentetan daripada itu MySyarikat menawarkan sistem merekod kehadiran innovatif melalui penggunaan ‘selfie’ yang moden, sekaligus menambahbaik pengalaman pekerjaan daripada cara trandisional seperti penggunaan punch card.

Sistem Rekod Kehadiran Digital

Sebagai makluman, sistem rekod kehadiran atau sistem rakaman waktu dan kehadiran (clock-in and clock-out system) merupakan satu kaedah yang digunakan syarikat untuk mengawasi gerak masuk serta keluar pekerja semasa waktu bekerja.

Terdapat banyak variasi sistem merekod kehadiran pekerja ini antaranya melalui penggunaan punch card sehingga thumbprint. Namun, melalui perkembangan teknologi semasa kaedah merekod kehadiran turut berevolusi dengan peralihan ke sistem digital.

Asas kepada perubahan ke arah digital ini berlaku kerana cara tradisional yang diamalkan memiliki kelemahan ketara. Mengambil contoh penggunaan punch card yang terdedah kepada masalah pekerja lain bantu untuk rekod kehadiran (buddy punch).

Jadi bagi menyelesaikan kelemahan yang ada pada cara tradisional tersebut, sistem merekod kehadiran terus berevolusi, seterusnya meningkatkan ketepatan dan efisiensi dalam membantu bahagian sumber manusia (HR) memantau gerak masuk keluar pekerja.

4 Manfaat Sistem Rekod Kehadiran Digital 

Salah satu fungsi utama sistem merekod kehadiran diwujudkan adalah untuk memantau gerak masuk keluar pekerja dan selaraskannya dengan pembayaran gaji. Terutamanya untuk syarikat yang tiada bahagian HR sendiri, proses tersebut boleh memakan masa panjang.

Lantaran itu, menggunakan sistem merekod kehadiran digital seperti yang ditawarkan MySyarikat dapat memberi banyak kelebihan kepada syarikat. Antara manfaat menggunakan sistem merekod kehadiran digital adalah seperti:

  1. Tingkat Produktiviti

Penggunaan sistem merekod kehadiran digital terbukti dapat memingkatkan produktiviti kerja pada semua bahagian, lebih-lebih lagi untuk bahagian HR. Hal ini kerana bahagian HR tidak perlu lagi membuat pengiraan atau pemantauan secara manual, sebaliknya semua data direkod dan mudah diakses semula apabila diperlukan.

  1. Tingkat Keselamatan

Antara kelemahan utama cara tradisional adalah ia terdedah kepada masalah seperti buddy-punch atau mesin merekod thumbprint gagal mengesan cap jari. Tetapi dengan penggunaan sistem rekod kehadiran digital segala kelemahan tersebut dapat diatasi dengan pantas dan menjamin keselamatan data.

  1. Tingkat Ketepatan

Apabila pekerja bertanggungjawab untuk merekod kehadiran secara manual setiap hari terdapat risiko kesilapan dan ketidaktepatan seperti ketika pekerja bekerja dari rumah. Disebabkan itu sistem merekod kehadiran digital membantu meningkatkan ketepatan walaupun pekerja bekerja dari rumah.

  1. Tingkat Efisiensi

Jika dibuat pengiraan sebenarnya kos untuk sistem merekod kehadiran tradisional jauh lebih mahal daripada cara digital. Ini secara tidak langsung mengurangkan efisiensi dari pelbagai sudut seperti terpaksa melakukan 2 kerja dalam satu sama. Maka, sistem digital yang boleh automasikan tugasan-tugasan tersebut meningkatkan efisiensi kerja dengan lebih pantas.

Kelebihan Fungsi Selfie MySyarikat Berbanding Punch Card

Mungkin ramai yang meragui dan memandang rendah terhadap fungsi merekod kehadiran melalui penggunaan selfie oleh MySyarikat. Namun, bak kata pepatah ‘belum cuba belum tahu, sudah cuba baru tahu’.

Kemampuan Smart Attendance MySyarikat ini bukan hanya berfungsi semata-mata untuk merekod kehadiran melalui selfie sahaja, ia dapat mengautomasikan terus kehadiran dengan pengiraan gaji pekerja.

Lebih menarik lagi fungsi Smart Attendance MySyarikat juga menggunakan GPS untuk menentukan lokasi pekerja merekod kehadiran melalui selfie. Ini secara tidak langsung meningkatkan ketepatan dan kebolehpercayaan terhadap majikan.

Maka, tidak hairan fungsi Smart Attendance MySyarikat menjadi sebutan oleh ramai pengguna di Malaysia. Ia bukan sahaja menawarkan cara mengambil kehadiran yang innovatif tetapi tidak berkompromi terhadap ketepatan dan pengurusan gaji secara automatik. 

Dalam pada itu, MySyarikat turut menawarkan segala fungsi lain yang diperlu bahagian HR untuk perkembangan pekerja dan syarikat.

Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ bersama kami!

Leave a Reply