Skip to main content

Apabila cakap pasal gaji pasti akan disebut tentang kehadiran pekerja dan mula 1 Mei 2022 kadar gaji minium ditetapkan pada RM1,500. Oleh itu, artikel kali ini akan bincangkan hubungan gaji dan kehadiran pekerja.

Amalan standard syarikat di Malaysia untuk rekod kehadiran pekerja sebagai indikator pengiraan gaji. Kalau bulan itu pekerja kerja tidak cukup bulan, maka gajinya dibayar kurang ikut hari datang kerja sahaja.

Sama juga dengan pembayaran kadar kerja lebih masa atau overtime (OT), di mana ia bergantung kepada rekod kehadiran pekerja yang bekerja melebihi waktu kerja normal sahaja.

Atas faktor itu MySyarikat menawarkan segala fungsi dari rekod kehadiran ke tuntutan OT dan sistem penggajian (payroll) dalam satu aplikasi untuk memudahkan tugasan pegawai HR serta majikan! 

Rekod Kehadiran Pekerja

Umumnya, cara pengiraan gaji ini adalah dengan semak rekod kehadiran pekerja. Jika dulu cara rekod kehadiran pekerja dengan punch card, yang boleh mendatangkan masalah seperti ‘buddy-punch’ atau mesin rosak.

Kini dengan fungsi Smart Attendance, MySyarikat pekerja boleh rekod kehadiran pada peranti pintar sahaja dengan cara mengambil swafoto (selfie)!

Antara kelebihan fungsi Smart Attendance ini adalah,

  • Clock in dan clock out pada telefon dengan mengambil selfie
  • Merekod dan menyimpan data kehadiran pekerja termasuk hari, masa, waktu dan lokasi
  • Mudahkan pegawai HR dan majikan semak kehadiran pada aplikasi di mana sahaja
  • Automasikan rekod kehadiran untuk mudahkan urusan pengiraan gaji

Mudah kata pegawai HR tidak perlu bersusah payah kira kehadiran secara manual untuk proses gaji, dengan MySyarikat segala urusan diautomasikan dari kehadiran pekerja terus ke pengiraan gaji.

Rekod OT Pekerja

Bagi pekerja yang selalu buat OT, fungsi Claim Management MySyarikat bukan sahaja memudahkan pekerja buat permohonan OT tetapi juga dapat automasikan bayaran gaji bagi pihak HR.

Pekerja hanya perlu buat permohonan OT pada aplikasi MySyarikat, kemudian rekod kehadiran dengan Smart Attendance. Sistem akan simpan data OT pekerja untuk rujukan dan pegawai HR boleh buat semakan OT pekerja pada peranti.

Menarik lagi fungsi Claim Management MySyarikat juga dapat automasikan pengiraan tuntutan lain termasuk perbelanjaan dan percukai. Pekerja hanya perlu imbas gambar resit untuk buat tuntuan.

Tidak dilupakan juga fungsi Claim Management boleh jana EA Form pekerja secara automatik bagi memudahkan proses pencukaian pekerja memfailkan cukai pendapatan.

Jom Dapatkan MySyarikat

Sudah tiba masa untuk anda bertukar ke MySyarikat, sistem pengurusan HR intuitif yang lengkap dan menyeluruh.

Dapat segala fungi menarik lain seperti Smart Annoucement, Secured Payroll dan Leave Management yang pasti memudahkan segala urusan HR atau majikan!

Rasai sendiri pengalaman automasi sistem HR dengan muat turun aplikasi MySyarikat di App Store, Google Play Store dan App Gallery secara percuma sekarang! Klik juga pada gambar untuk mendaftar, 100% percuma!

Leave a Reply